Percaya atau tidak, siri anime One Piece ciptaan Eiichiro Oda telah wujud sejak 1999, di mana Monkey D. Luffy dan kru Straw Hat telah mengalami pelbagai detik-detik ikonik sepanjang pengembaraan mereka. Di sini, Shueisha membuat keputusan untuk mengadakan undian besar-besaran di mana peminat boleh mengundi adegan-adegan yang paling tidak boleh dilupakan dalam sejarah anime One Piece setakat ini.

Secara khusus, One Piece Day 2024 telah bermula di Jepun pada 10 Ogos 2024, di mana undian populariti mengumumkan pemenang bagi adegan-adegan paling ikonik/tersentuh/terharu daripada total 100 babak.
Interim poll result will be announced today🙌
Here are the Top 10 up to June 20!Here comes the last spurt!
Vote once a day for your favorite scene and show your support!You can vote once per day▼https://t.co/bes1Yz7QQQ#ONEPIECE pic.twitter.com/YBG3QPDliZ
— ONE PIECE スタッフ【公式】/ Official (@Eiichiro_Staff) June 21, 2024
Seperti yang anda dapat lihat dalam posting di bawah, halaman rasmi One Piece di X telah mengumumkan keputusan setakat 20 Jun tetapi nampaknya undian tidak berubah langsung hingga ke hari terakhir. Berikut adalah 10 adegan paling tidak boleh dilupakan dalam anime One Piece menurut peminat:
10) Kemunculan Pertama Gear 5 Luffy
9) Impian Luffy
8) Berpisah Dengan Vivi
7) Robin Saya Mahu Hidup
6) Selamat Tinggal Ace
5) Zoro Tanggung Semua Kesakitan Luffy
4) Sanji Bersatu Semula dengan Luffy Di Whole Cake Island
3) Luffy Hadiahkan Topinya kepada Nami
2) Detik Terakhir Corazon dan Trafalgar Law
1) Selamat Tinggal Going Merry
Baca segala berita kami tentang One Piece di SINI termasuk berita tentang manga, anime, anime remake, dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post