Selepas mengongsikan review permainan No Straight Roads yang sememangnya terhibur dengan pelbagai irama lagu minggu lalu serta tarikh pelancarannya pada waktu yang sama, kali ini bukan setakat review permainan sahaja yang kami dapat cubakan, sebaliknya Metronomik yang juga merupakan studio tempatan Malaysia memberi kami edisi istimewa permainan ini! Yup, kat tangan kami ada Collector’s Edition No Straight Roads!
Jadi apa sebenarnya yang ada pada edisi ini? Jom usha bawah:
Collector’s Edition No Straight Roads, yang menampilkan vinyl LP dua sisi eksklusif dengan trek dari OST permainan, buku seni ‘The Art of NSR’ 64 halaman, drumstick NSR rasmi dan kotak persembahan yang funky, akan boleh didapati di Nintendo Switch, Xbox One dan PS4.


- Game disc
- Vinyl record
- Premium Artbook
- Sepasang drumsticks
- Game box dengan 2 protagonis
- Digital Mini Soundtrack
Buka-buka sahaja Game Box Collector’s Edition ni, kami sememangnya tak sabar nak mainkan Vinyl atau kalau orang melayu lebih kenal Piring Hitam lah. Kami cuba mendengarnya dan nyata kedengaran lagu-lagu soundtrack dari dalam permainan ini! Terdapat senarai nama lagu pada sarung Vinyl ini untuk anda rujuk juga!
Untuk disc permainan sudah semestinya permainan penuh versi fizikal yang anda boleh mainkan di PlayStation 4. Yang kami tertaik adalah Drumstick yang kini terhias indah di rak barang game kami! Kalau ada drum set ni memang dah rasmi dah drumstick ni!
Serta artbook yang terdapat lakaran dan design penuh untuk watak dan persekitaran permainan ini.
Jadi pada anda yang ingin dapatkan Collector’s Edition untuk No Straight Roads ini, anda boleh terus ke laman web rasmi No Straight Roads. Anda boleh dapatkan edisi ini dalam harga lingkungan RM350.00* sahaja berdasarkan platform pemilihan yang anda ingin beli. Jadi, terima kasih Metronomik memberi kami kesempatan untuk review No Straight Roads dan beri kami review Collector’s Edition yang boleh menjadi idaman ramai peminat ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post