Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer umum Swift Go, laptop ringan & nipis dengan paparan OLED – Senarai produk baru Acer Swift!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 4, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer umum Swift Go, laptop ringan & nipis dengan paparan OLED – Senarai produk baru Acer Swift!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini melancarkan model pertama dalam barisan produk Acer Swift Go, satu tambahan kepada senarai produk notebook Swift. Ia direka untuk profesional mudah alih, pencipta kandungan dan pelajar. Acer Swift X 14 dan Acer Swift 14 dilancarkan dengan reka bentuk moden baru, teknologi prestasi terbaru dan kelengkapan untuk pengguna kekal produktif dan berhubung.

Berikut adalah senarai penuh:

Acer Swift Go

Swift Go 16 (SFG16-71) dan Swift Go 14 (SFG14-71) baharu ini menggabungkan teknologi tercanggih dan mempunyai paparan OLED degan refresh rate sehingga 120Hz.  Laptop yang ringan dan nipis ini hadir dengan paparan yang menghasilkan imej seakan dunia sebenar, dengan kecerahan puncak 500-nit, julat warna 100% DCI-P3 dan pengiktirafan VESA DisplayHDR True Black 500.

Swift Go 16

Swift Go 14 membawakan paparan 2.8K OLED 14 inci dengan resolusi 2880×1800, manakala Swift Go 16 mempunyai paparan OLED 3.2K OLED 16 inci dengan resolusi 3200×2000. Aktiviti kerja, pembelajaran dan permainan yang lama menjadi lebih mudah dengan pensijilan paparan TÜV Rheinland Eyesafe®, nisbah 16:10 yang mengoptimumkan produktiviti dan keupayaan sentuhan-pilihan.

Papan kekunci berlampu dan pad sentuh OceanGlass™ memastikan pengalaman yang lancar dan produktif semasa menatal.

Dikuasakan oleh pemproses Generasi ke-13 Intel® Core™ H-series dan disahkan sebagai laptop platform Intel® Evo™, Swift Go 16 dan Swift Go 14 baharu memberikan prestasi terbaik dan ketahanan bateri sepanjang hari melebihi 9.5 jam. Pemproses Generasi ke-13  Intel Core dengan Intel® Movidius™ VPU mempunyai jentera AI khusus yang membolehkan kolaborasi video premium, AI tanpa kompromi dan integrasi yang lancar.

Swift Go 14

Laptop juga disertakan dengan Intel® Unison™ untuk membolehkan pengguna menyambungkan PC mereka dengan mudah dengan peranti Android atau iOS untuk pengalaman universal.

Kedua-dua laptop menampilkan sistem dwi-kipas TwinAir yang dinaik taraf, paip haba tembaga dwi D6 dan papan kekunci dengan inlet udara yang mengeluarkan haba bagi mengekalkan suhu sejuk, meningkatkan prestasi dan kebolehpercayaan di mana-mana sahaja.

Reka bentuk casis aluminium 14.9 mm dioptimumkan dengan 90% nisbah screen-to-body dan bezel sisi ultra nipis. Model 14 inci hadir dengan bezel 4.15 mm yang nipis, manakala beratnya hanya kurang daripada 1.3 kg. Bingkai sisi versi 16 inci berukuran 4.2 mm dan berat sekitar 1.6 kg.

Kedua-duanya menampilkan pelbagai port termasuk USB Type-C dengan Thunderbolt™ 4, HDMI 2.1 dan pembaca kad MicroSD. Laptop Swift Go juga mempunyai ciri persidangan video PurifiedView™ termasuk Pengaburan Latar, Pembingkaian Automatik dan Sentuhan Mata.

Webcam 1440p dengan Pengurangan Bunyi Temporal (TNR) menyediakan maklum balas video berkualiti tinggi walaupun dalam keadaan cahaya malap dan dipadankan dengan teknologi Acer PurifiedVoice™ dengan pengurangan ‘noise’ AI, sekali gus menghasilkan imej dan audio yang jelas dan jelas untuk persidangan dan kelas.

Wi-Fi 6E yang pantas dan boleh dipercayai memastikan laptop sentiasa disambungkan, terutama pada detik-detik penting. Kedua-dua Swift Go 16 dan Swift Go 14 menyokong SSD PCIe Gen 4 sehingga 2 TB dan memori LPDDR5 sehingga 16 GB.

Acer Swift X 14

Acer Swift X 14 (SFX14-71) menyerlahkan potensi pengguna amatur dan profesional dengan CPU canggih dan GPU yang senyap. Daya pemproses Generasi ke-13Intel® Core™ H-series memberikan kuasa kepada laptop premium dan mempunyai pilihan naik taraf kepada GPU NVIDIA GeForce RTX 4050.

Swift X 14

Laptop berkuasa tinggi ini menerima penarafan NVIDIA Studio dan dioptimumkan dengan Pemacu NVIDIA Studio ‘pre-installed’, membolehkan pencipta kandungan melakukan lebih banyak tugasan menerusi sokongan optimum apabila berkolaborasi dengan aplikasi-aplikasi kreatif lain.

Termal canggih  Swift X 14 termasuklah kipas lebih besar yang menarik lebih banyak udara bagi memastikan bahagian dalaman sentiasa sejuk. Selain itu, ia mempunyai papan kekunci dengan inlet udara dan dwi-paip haba kulprum D6. Chasis yang direka semula itu memberi ruang kepada bateri yang lebih besar bagi produktiviti dan prestasi sepanjang hari.

Paparan 2.8K OLED 14 inci yang menakjubkan dengan refresh rate 120 Hz menyerlahkan julat warna 100% DCI-P3  dan mempunyai penarafan VESA DisplayHDR™ TrueBlack 500. Kecerahan puncak 500 nit dan kadar kontras tinggi membawakan warna yang mengagumkan dan imej seakan dunia sebenar, pada masa yang sama memastikan teks jelas sepanjang tontonan.

Pencipta kandungan boleh berkolaborasi secara ‘on-the-go’ dengan Webcam QHD 1400p dan Acer PurifiedView™ serta PurifiedVoice™ dengan Pengurangan Bunyi AI. Sebagai tambahan, port-port terkini seperti dwi USB Type-C dan HDMI 2.1, dan pembaca kad MicroSD memastikan pencipta kandungan disambungkan ke paparan, pencetak dan peranti lain.

 Acer Swift 14

Dengan rekaan serba baharu dan dinaik taraf Swift 14 (SF14-71T) menyerlahkan chasis ‘unibody’ ringan dan nipis yang diperbuat daripada CNC dan dan dilitup oleh aluminium gred aeroangkasa yang didatangkan dengan warna Mist Green atau Steam Blue. Bahagian tepi potongan berlian dan bahan anod berganda meningkatkan chasis yang tipis dan berkualiti tinggi itu. Ia berukuran 14.95 mm (0.59 inci) nipis dan berat hanya 1.2 kg (2.64 lbs).

Swift 14

Pad sentuh OceanGlass melengkapkan gaya premium laptop itu dan pada masa yang sama menyumbangkan kepada misi Earthion Acer, memandangkan pad sentuh seakan gelas itu diperbuat daripada sisa plastik yang menuju ke laut.

Komputer riba Swift 14 kelihatan anggun di dalam dan luar kerana ia memuatkan pemproses Generasi ke-13 Intel Core H-series dan disahkan Intel Evo, sambil menawarkan hayat bateri lebih daripada 9.5 jam. Notebook ini disepadukan dengan Intel Unison yang membolehkan pengguna bekerjasama merentasi sistem pengendalian yang berbeza untuk fungsi produktiviti yang paling penting.

Solusi haba Swift 14 menampilkan reka bentuk inlet udara yang berpasangan dengan sistem dwi-kipas TwinAir Acer dan paip haba tembaga D6 untuk meningkatkan aliran udara yang memastikan sistem sentiasa sejuk.

Acer Swift 14 menawarkan dua pilihan paparan skrin sentuh 14 inci yang cantik – sama ada WQXGA (2560×1600) atau WUXGA (1920×1200). Kedua-duanya dilindungi dengan Antimikrobial Corning® Gorilla® Glass untuk meningkatkan ketahanan, menghalang daripada calar dan menghalang pertumbuhan bakteria penyebab kekotoran dan bau.

Pekerja hibrid, ‘remote’ dan pelajar ‘on-the-go’ akan menikmati persidangan, kelas dan panggilan video dengan webcam QHD 1440p Swift 14 dengan teknologi TNR, Acer PurifiedVoice™ dan dwi pembesar suara yang dipertingkatkan dengan DTS® Audio.

Log masuk pengguna menjadi lebih mudah tanpa mengorbankan aspek keselamatan dengan Windows Hello dan pengimbas cap jari bersepadu, manakala dua port USB Type-C Thunderbolt™ 4 dan port HDMI 2.1 menyediakan sambungan yang mudah kepada peranti ‘peripheral’.


Acer tidak mengumumkan dengan tepat bila produk-produk di atas akan dilancarkan di Malaysia, tetapi saya akan mengemas kini artikel ini apabila menerima info lanjut.

Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Acer, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAcer Swift GoLaptopTeknologi
Previous Post

Acara Offline Genshin Impact “Docodo Wish Machine” Akan Berlangsung di Malaysia 6 Januari Ini!

Next Post

Steam Awards 2022 – Elden Ring menang Game of the Year lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Steam Awards 2022 – Elden Ring menang Game of the Year lagi!

Steam Awards 2022 - Elden Ring menang Game of the Year lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd