Acer telah memperkenalkan laptop Swift X terbaru yang dikuasakan oleh cip GPU dari intel gen ke-12 untuk pengguna yang inginkan sebuah laptop yang hebat serta ringan dan nipis. Mari kita lihat apa yang terbaru untuk model Swift X ini!

Acer Swift X 2022 datang dengan dua jenis model yang berlainan saiz iaitu 14 inci (SFX14-51G) dan 16 inci (SFX16-52G). Laptop hebat yang nipis dan ringan ini datang dengan GPU khas untuk setiap model.
Untuk model 14 inci iaitu SFX14-51G, laptop itu mempunyai berat sebanyak 1.4 kg sahaja. Dibekalkan dengan pemperosesan CPU 12th Gen Intel Core sehingga 12 core serta GPU NVIDIA GeForce RTX 3050Ti, laptop ini datang dengan chassis aluminium yang kelihatan profesional dan bergaya.
Kipas, pengudaraan keyboard serta dual heat pipe yang tersedia menghilangkan haba yang dijana oleh perkakasan laptop ini. Jadi, anda tidak akan mudah berasa panas ketika menggunakan keyboard walaupun laptop ini berfungsi dengan lama. Ia juga membantu peranti ini mengekalkan prestasi mantap yang diharapkan untuk pembelajaran kreatif dan juga mengerjakan reka bentuk multimedia.

Acer Swift X model 16 inci pula, SFX16-52G datang dengan pemprosesan CPU 12th Gen Intel sehingga 12 core serta GPU khas Intel Arc. Yang akan mengekalkan suhu laptop ini adalah dual-fan, dual copper heat pipe, air inlet keyboard serta exhaust port yang besar. Model ini juga telah dibangunkan dengan kejuruteraan bersama Intel dan akan memenuhi keperluan laptop Intel Evo melalui spesifikasi perkakasan Intel dan sasaran pengalaman utama untuk responsif, hayat bateri, pengecasan pantas dan kolaborasi pintar.

Selain itu, ia juga menampilkan skrin IPS nisbah 16:10 – 2240×1400 untuk model 14-inci dan sehingga 2560×1600 (WQXGA) untuk model 16-inci dengan bezel kecil yang menakjubkan serta membolehkan nisbah screen-to-body sehingga 99.22%. Digabungkan dengan salutan 100% gamut warna sRGB dan sehingga 400 nits kecerahan, Swift X menyajikan imej yang jelas dan memberikan pengalaman tontonan yang mengasyikkan.

Selain daripada 16 GB memori LPDDR5 dan 2TB storan PCIe SSD untuk navigasi yang lebih pantas, model Swift X baru juga menggabungkan Intel® Wi-Fi 6E (802.11ax) untuk sambungan yang pantas dan stabil yang sempurna untuk perkongsian fail berkelajuan tinggi dan penstriman 4K yang lancar. Kedua-dua laptop ini mempunyai dua I/O port Type-C dengan sokongan Thunderbolt 4 (sehingga 40 GB), dua port USB 3.2 Gen 1 Type-A dan HDMI 2.0.
Jika anda berminat untuk mendapatkan laptop ini, anda boleh layari laman web rasmi. Untuk liputan lain mengenai produk Acer, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post