Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Swift 5 dan Laptop Aspire Baru Dilancarkan, Harga Bermula RM 2499!

Maira by Maira
August 3, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Laptop, Produk, Promosi, Teknologi
0 0
0
Acer Swift 5 dan Laptop Aspire Baru Dilancarkan, Harga Bermula RM 2499!
Share on FacebookShare on Twitter

Bersempena dengan Acer Day 2022, Acer hari ini melancarkan Acer Swift 5 baharu yang ringan dan nipis, dan laptop kegunaan harian Aspire 3 dan 5 untuk pasaran Malaysia. Dilengkapi dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core, komputer riba Acer Swift 5 dan Aspire memenuhi keperluan profesional yang bekerja di mana sahaja, pelajar dan keluarga. Tanpa membuang masa, jom kita lihat apa yang hebat pada laptop Acer baru ini!

Acer Swift 5

Swift 5

Dari luar, ia menampilkan pandangan klasik, terima kasih kepada chasis unibody yang dimesinkan dengan CNC, dan diperbuat daripada Aluminium Gred Aeroangkasa. Chasis berwarna hijau yang mempunyai berat 1.2kg dan tinggi 14.95mm tampil dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core i7 dan grafik Intel Iris Xe yang menyediakan prestasi berkuasa tinggi. Laptop ini juga menawarkan memori dual-channel LPDDR5 sehingga 16GB, dan storan PCIe NVMe SSD sehingga 1TB bagi memastikan pengalaman yang lancar dengan pelbagai aplikasi dibuka pada 2 masa yang sama. Acer Swift 5 turut menampilkan pengimbas cap jari yang diletakkan di butang kuasa untuk keselamatan dan memudahkan pengguna.

Paparan skrin sentuh WQXGA diperbuat daripada Gelas Antimicrobial Corning Gorilla bagi melindungi permukaan sentuh dan mengekalkan kebersihan. Aspek paparan boleh digunakan pada kadar skrin ke badan sehingga 92.22% dengan bezel nipis di keempat-empat sisi. Keyboard dengan lampu backlit Acer Swift 5 menampil ruang udara yang menyokong sistem penyejukan TwinAir beserta paip haba D6. Semua ini meningkatkan aliran udara dan keberkesanan thermal untuk sokongan operasi hardware komputer riba berkuasa tinggi.

Swift 5

Sebagai sentuhan terakhir, pad sentuh OceanGlass diperbuat daripada sisa plastik yang menuju ke laut, menyediakan rasa seperti permukaan gelas dan pada masa yang sama, menyokong sentuhan daripada beberapa jari. Acer Swift 5 baharu itu diperakui oleh Intel Evo, yang mana ia memenuhi sasaran pengalaman utama seperti instant wake from sleep, jangka hayat bateri 10 jam dan pengecasan selama 30 minit yang menghasilkan lebih daripada 4 jam bateri.

Tersedia segera di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada serta penjual semula Acer yang sah, Acer Swift 5 baharu dijual bermula dari RM4,699.

Pelanggan yang membeli Acer Swift 5 baharu sebelum 30 September 2022 layak untuk menebus sarung komputer riba, beg urban dan kredit eWallet Touch n’ Go bernilai RM120, manakala diskaun RM100 tambahan akan tersedia semasa jerayawara Acer Day yang sedang berlangsung sehingga 7 Ogos 2022.

Aspire 5 & Aspire 3

Aspire 3

Siri Acer Aspire yang didorong oleh fungsi dan praktikaliti ini disegarkan dengan pemproses generasi ke12 Intel Core bagi menyediakan teknologi terkini kepada pelajar dan keluarga. Acer Aspire 5 dan Aspire 3 15.6-inci dilengkapi dengan RAM minima 8GB dan SSD minimum 1TB, serta slot tambahan untuk RAM dan memori HDD, selain penambahan storan.

Acer Aspire 5 hadir dengan pilihan kad grafik NVIDIA GeForce MX550 yang menambahkan mutu dan kelajuan prestasi grafik, selaras dengan keperluan pengguna yang sering menyunting gambar dan video. Port USB Type C pada komputer riba itu menyokong Thunderbolt 4, membolehkan pengguna menyambung dua paparan 4K bagi tugasan serentak.

Aspire 5

Kedua-dua model Aspire 3 dan 5 tampil dengan rekaan engsel yang boleh mengangkat chasis komputer riba dan menyerongkan papan kekunci mengikut sudut yang selesa untuk menaip, lantunan audio dan pengudaraan yang lebih baik.

Tersedia dalam warna hijau willow, Acer Aspire 3 dijual pada harga bermula RM2,499, sementara harga Acer Aspire 5 bermula RM2,599. Kedua-dua model tersedia segera di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, serta penjual semula Acer yang sah.

Jangan lupa untuk sertai acara Acer Day 2022 untuk dapatkan laptop dan produk terkini pada harga murah. Maklumat lanjut tentang Acer Day boleh dibaca di sini!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer Day 2022Acer Swift 5Aspire 3Aspire 5
Previous Post

Acer Malaysia umum tambahan TravelMate Vero, Veriton Vero Mini & Veriton AIO – Harga bermula RM3299

Next Post

Lelaki tukar tandas ke Gaming PC, siap boleh main CS:GO

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Lelaki tukar tandas ke Gaming PC, siap boleh main CS:GO

Lelaki tukar tandas ke Gaming PC, siap boleh main CS:GO

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd