Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Swift 3 OLED – Tambahan terbaru ke famili OLED, bermula harga RM4,399!

Alan Fikri by Alan Fikri
November 9, 2022
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer Swift 3 OLED – Tambahan terbaru ke famili OLED, bermula harga RM4,399!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan peranti pertengahan dengan prestasi dan teknologi yang lebih baik – Acer Swift 3 OLED dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core H dan paparan OLED, selain Acer Aspire 7 yang hadir dengan kad grafik NVIDIA GTX1650.

Acer Swift 3 OLED yang ringan dan nipis memuatkan prestasi yang diperlukan pengguna dalam chasis bersaiz 17.9mm dan berat hanya 1.4kg. Komputer riba ini menyediakan prestasi harian yang lancar dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core i7 12700H dengan 16GB LPDDR5 RAM dan 1TB PCIe NVMe SSD.

Dengan nisbah 92% skrin-ke-badan, Acer Swift 3 OLED menawarkan paparan OLED bersaiz 14 inci 16:10 WQXGA+ (2.8k). Paparan ini diiktiraf oleh VESA DisplayHDR True Black 500 dan menyokong 100% gamut warna DCI-P3 untuk pengimejan seakan kehidupan sebenar.

Mengambil kira norma sidang video, Acer Swift 3 OLED mempunyai teknologi yang memastikan pengalaman e-sidang yang lebih baik. Ia dilengkapi dengan Wi-Fi 6E untuk ketersambungan yang pantas. Kualiti video dijamin oleh webcam MIPI FHD yang menyokong Temporal Noise Reduction (TNR), walaupun dalam pencahayaan yang rendah. Acer PurifiedVoice™ dengan AI Noise Reduction memastikan suara didengari dengan jelas.

Pad sesentuh OceanGlass™ diperbuat daripada sisa plastik yang berisiko dibuang ke laut itu telah direka bagi menawarkan kekemasan ibarat kaca ketika menatal di Acer Swift 3 OLED. Tambahan lagi, papan kekunci dengan pencahayaan belakang turut hadir dengan rekaan ruang udara yang menghapuskan lebih 8-10% haba berbanding papan kekunci standard.

Aspire 7 yang ditunjangi pemproses generasi ke-12 Intel Core i5-1240P itu digandingkan dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 bagi memenuhi keperluan golongan profesional dan amatur. Rekaan bersahaja bakal menarik minat mereka yang meminati rekaan halus, terutama apabila bekerja secara on-the-go, sama ada bekerja di kafe atau pejabat klien.

Dengan memori DDR4 8GB (boleh ditambahbaik kepada konfigurasi Dual Channel RAM untuk prestasi ditambah baik sehingga 32GB) dan 512GB PCIe NVMe SSD serta dual band Wi-Fi 6 yang laju, Aspire 7 mempunyai komponen untuk pengalaman pengkomputeran yang lancar. Ia menawarkan teknologi terkini dengan pemindahan data USB-C™ sehingga 5 Gbps.

Rekaan yang nipis itu memuatkan paparan 15.6 inci HD penuh dengan kadar refresh 144Hz dan bezel nipis, pada nisbah 81% skrin-ke-badan. Acer Color Intelligence™ dan Acer ExaColor™ berfungsi untuk menyampai visual dengan ketepatan tinggi dan sesuai untuk permainan action-shooter yang laju. Acer Color Intelligence menyediakan paparan cerah dengan CPU loading yang berkurangan. Peranti itu menukar saturasi dan gamma pada masa sebenar, mengoptimumkan warna paparan, kecerahan dan saturasi tanpa clipping atau over-saturation.

Rekaan termal menawarkan beberapa mod penyejukan, memastikan komputer riba terus sejuk dan tidak bising. Dengan sekali sentuhan “Fn+F”, kelajuan kipas boleh diubah antara mod senyap, normal dan prestasi. Acer Aspire 7 berharga RM3,899 dan tersedia segera di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada.

Bersempena musim perayaan, pelanggan yang membeli Acer Swift 3 OLED atau Acer Aspire 7 sebelum 31 Disember 2022 akan layak menebus kredit e-Wallet Touch n’ Go bernilai RM120 atau RM80. Manakala, produk-produk terpilih yang lain layak untuk menebus kredit eWallet bermula RM20 sehingga RM200. Tersedia di Acer eStore, stor rasmi Acer di Shopee dan Lazada, Acer Swift 3 OLED bermula pada harga RM4,399 manakala Acer Aspire 7 bermula pada harga RM3,899.

Anda boleh lawati Facebook Acer Malaysia untuk mendapatkan kemas kini terbaru tentang produk mereka. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk Acer daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAcer Aspire 7Acer Swift 3 OLED
Previous Post

TiMi Studio Group & Capcom bakal keluarkan game Monster Hunter baru untuk Mobile!

Next Post

God of War Ragnarok kini dilancarkan, pengembaraan terbaru Kratos bersama Atreus!

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
God of War Ragnarok kini dilancarkan, pengembaraan terbaru Kratos bersama Atreus!

God of War Ragnarok kini dilancarkan, pengembaraan terbaru Kratos bersama Atreus!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd