Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Pamer Barisan Produk-Produk Baharu di Predator League 2024! Ada Laptop, Monitor, Router & Banyak Lagi!

Maira by Maira
January 15, 2024 - Updated on January 16, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Monitor, Produk, Teknologi
0 0
0
Acer Pamer Barisan Produk-Produk Baharu di Predator League 2024! Ada Laptop, Monitor, Router & Banyak Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa di Predator League 2024 di Manila, Filipina, Acer telah mempamerkan beberapa produk mereka daripada laptop, monitor dan banyak lagi. Anda ingin tahu produk-produk tersebut? Jom kami tunjukkan kepada anda!

Barisan Produk SpatialLabs

Monitor Predator SpatialLabs View 27

Hadir dengan paparan khas SpatialLabs, monitor ini mampu memberikan pengalaman 3D yang luar biasa walaupun anda menghubungkannya dengan laptop Predator yang biasa. Monitor ini turut memberikan audio yang hebat dengan dilengkapi SpatialLabs TrueGame Stereo 3D Gaming.

Sumber: Gamer Santai

Semasa demo, TEKKEN 7 telah dimainkan menggunakan Predator SpatialLabs View 27. Visualnya telah dipertingkatkan dengan kedalaman yang nyata dan anda boleh rasakan bahawa kedudukan sebenar watak-watak. Satu lagi game yang dimainkan pada monitor ini adalah Kena: Bridge of Spirits. Apabila bermain, anda akan rasa seperti anda sendiri berada dalam game. Persekitarannya seperti muncul di luar skrin.

Acer Aspire 3D 15 SpatialLabs Edition

Bukan Predator sahaja yang mendapatkan teknologi SpatialLabs tetapi Aspire juga mempunyainya melalui Aspire 3D 15 SpatialLabs Edition. Memang senang untuk menghasilkan 3D kerana anda boleh melihat sendiri bagaimana rupa model tersebut kelihatan. Malah harganya juga lebih murah berbanding siri Predator SpatialLabs. Ia turut hadir dengan fungsi AI seperti Swift Go 14.

Sumber: Gamer Santai

Anda boleh semak senarai game yang menyokong SpatialLabs melalui pautan ini.

Barisan Consumer & Monitor

Acer Swift Go 14

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Acer Swift Go 14 hadir dengan butang khas untuk Copilot, pembantu AI anda. Dengan menekan butang tersebut, Copilot bersedia untuk membantu anda dalam menjalankan tugas. Laptop ini turut dilengkapi dengan webcam Acer PurifiedView. Pelbagai perkara yang boleh anda lakukan dengan fungsi AI ini. Antaranya, membuatkan latar belakang anda kabur semasa perbincangan, membetulkan pandangan mata dengan Eye Contact dan Automatic Framing, di mana frame anda dibetulkan oleh AI. Selain itu, Acer Purified Voice 2.0 turut hadir dengan AI Noise Reduction yang akan mempertingkatkan kualiti suara anda serta mengurangkan gangguan noise.

Sumber: Gamer Santai

Fungsi AI tidak terhenti disitu dengan ciri-ciri lain untuk penghasilan grafik. Anda boleh menggunakan Intel Unison untuk mendapatkan gambar yang anda mahukan dalam komputer dan gunakannya untuk menghasilkan stiker anda tersendiri menggunakan Acer LiveArt. Selain itu, anda boleh menjana gambar AI anda dengan menggunakan GIMP dan Intel Stable Diffusion. Wallpaper juga boleh dihasilkan dengan cara yang sama. Anda inginkan wallpaper 3D? Gunakan sahaja Acer AlterView.

Touchpad yang hadir pada Acer Swift Go 14 boleh menjadi multi-control dengan swipe kanan pada perkataan “SWIFT”. Terdapat ikon yang akan muncul pada touchpad, di mana anda boleh mengawal volume audio, main/jeda, mute, skrin penuh dan back/forward. Untuk menutup kawalan ini, anda hanya perlu swipe pada perkataan SWIFT sekali lagi.

Acer Swift Go 16

Ia hadir dengan fungsi AI yang sama dengan Swift Go 14 tetapi mempunyai paparan yang lebih besar. Berkenaan touchpad, ia hanya hadir dengan fungsi touchpad biasa tidak seperti Swift Go 14.

Sumber: Gamer Santai
Acer Swift X14

Swift X14 turut mempunyai fungsi AI seperti Swift Go 14 serta mendapat beberapa kemas kini pada perkakasannya. Untuk model baharu ini, ia dilengkapi dengan kad grafik 4060/4070 yang memberikan prestasi yang lebih hebat berbanding dahulu. Kalau ingin dibandingkan dengan laptop gaming, saiznya lebih kecil dan sesuai untuk pengguna Autocad dan Adobe.

Sumber: Gamer Santai
Acer Aspire Vero 16

Sama seperti siri Swift, Aspier Vero 16 dilengkapi dengan ciri-ciri AI seperti Swift Go 14. Yang menariknya, model baharu ini dihasilkan dengan 60% bahan kitar semula. Kalau anda ingin tahu, semasa laptop ini dilancarkan di Filipina, ia telah menarik perhatian ramai pengguna di sana kerana reka bentuknya serta kalis cakaran. Kalau anda jenis yang menjaga privasi, laptop ini hadir dengan cover webcam, jadi privasi anda kekal selamat dan mengelak daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Monitor Predator X34 X

Beralih kepada monitor pula, Predator X34 X merupakan monitor gaming yang hadir dengan paparan OLED UWQHD 34 inci dan mempunyai refresh rate sehingga 240Hz. Monitor melengkung ini turut dilengkapi dengan 800R Curve yang jauh lebih besar menjadikannya monitor yang unik.

Untuk mendapatkan 240Hz, anda boleh sahaja menggunakan mana-mana kabel tidak kisahlah DP, Type-C mahupun HDMI 2.1. Monitor ini juga mempunyai dua 5W stereo speaker untuk pengalaman audio hebat.

Sumber: Gamer Santai
Monitor Predator X39

Monitor ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti Predator X34 X tetapi hadir dengan paparan yang lebih besar iaitu sebesar 39 inci!

Predator Gaming Laptop & Router

Kami telah perkenalkan beberapa produk ini semasa acara CES 2024, jadi anda boleh rujuknya di sini:

  • Predator Helios 16
  • Predator Helios 18
  • Predator Helios Neo 16
  • Predator Triton Neo 16
  • Predator Connect X7 5G CPE
  • Predator Connect T7 WiFi 7

Produk lifestyle Acerpure

Selain daripada laptop dan produk gaming, Acer turut juga mempunyai barisan produk untuk kemudahan anda seperti kipas berdiri (Acerpure Cozy F1, Acerpure Cozy F2), pembersih udara (Acerpure Pro P3), vakum (Acerpure V1 Lite) dan water purifier (Acerpure Aqua WP1).

Sumber: Gamer Santai

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda kali ini. Kalau ada produk yang menarik perhatian anda, nantikan pelancarannya di Malaysia nanti! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAcerpureMini CES 2024predatorSpatialLabs
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Santai di YOASOBI ASIA TOUR Kuala Lumpur! Persembahan Penuh Semangat & Tenaga!

Next Post

Redmi Note 13 Series Beri Pengalaman Fotografi Hebat Dengan Ciri Ikonik Flagship!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Redmi Note 13 Series Beri Pengalaman Fotografi Hebat Dengan Ciri Ikonik Flagship!

Redmi Note 13 Series Beri Pengalaman Fotografi Hebat Dengan Ciri Ikonik Flagship!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd