Acer Nitro 16 telah pun dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos yang lalu dan hadir dengan tiga varian. Kami telah berpeluang untuk mencuba salah satu varian Acer Nitro 16 yang hadir dengan cip Ryzen 9 7940HS dan RTX 4070 8GB. Ingin tahu bagaimana prestasi laptop ini? Teruskan membaca review kami ini!

Reka bentuk
Nitro 16 yang berada pada kami merupakan upgrade kepada Nitro 5, yang nampaknya mempunyai aspek 16:10 dan kelihatan lebih kontemporari. Casis Nitro 16 tidak diperbuat daripada bahan mahal seperti aluminium atau magnesium. Keseluruhan casis dibuat daripada plastik hitam dan Acer memilih untuk menggunakan kemasan matte licin. Walaupun menggunakan plastik sepenuhnya, ia kelihatan baik dan kukuh walaupun ditekan dengan kuat menggunakan jari.

Terdapat beberapa jalur merah jambu dan biru nipis pada bahagian belakang casis, yang melengkapkan pencahayaan keyboard RGB dengan penambahan beberapa warna. Kalau bukan disebabkan grafik lid, kami ingatkan hanya cahaya keyboard sahaja yang menarik perhatian. Warna jalur tersebut sememangnya satu gabungan yang menarik. Lid laptop dan bezel bawah skrin turut mempunyai logo “N” (Nitro) daripada Acer.

Nitro 16 mempunyai berat sebanyak 2.7 kg dan mempunyai USB Port 4 yang tersedia untuk anda gunakan. Ia juga mempunyai Bluetooth 5.2 dan Wi-Fi 6E. Berikut merupakan senarai penuh port yang tersedia pada laptop ini:
- Bahagian kiri: Gigabit ethernet, USB 2.0 (USB-A), Pembaca kad memori (MicroSD), audio jack
- Bahagian kanan: 2x USB 3.2 Gen 2 (USB-A), slot untuk cable lock
- Belakang: Soket power, HDMI 2.1, USB 4 (USB-C; Power Delivery, DisplayPort), USB 3.2 Gen 2 (USB-C; Power Delivery, DisplayPort)

Keyboard & Touchpad
AN16 didatangkan dengan backlit keyboard yang mempunyai pencahayaan lampu belakang RGB empat zon dan keypad nombor. Penekanan visual diletakkan pada WASD dan kekunci anak panah. Font juga kelihatan lebih menonjol. Backlit keyboard jelas kelihatan pada waktu siang dan kami memang puas hati melihatnya. Setiap kekunci juga mempunyai travel distance yang pendek yang sememangnya baik untuk menaip.

Menggunakan kekunci yang lebih kecil, Acer nampaknya letakkan berjaya meletakkan numberpad pada Nitro 16. Malangnya, disebabkan kekunci anak panah tidak dipisahkan, kekunci pad nombor “0” dan Shift kanan juga menjadi lebih kecil. Selain itu, ada juga butang untuk membuka aplikasi Nitro Sense. Hampir semuanya boleh diakses melalui keyboard, membuatkannya sesuai untuk kegunaan harian.
Selain itu, multitouch touchpad Nitro 16 berfungsi dengan baik, memberikan banyak ruang dan klik fizikal yang memberikan pengalaman input yang menyenangkan dengan permukaan licin dan titik tekanan yang berbeza.
Paparan
Nitro 16 yang kami uji mempunyai skrin 16 inci, 2560×1600. Ianya terang, dan memberikan kualiti yang mampu menyaingi peranti yang mahal. Ia juga mempunyai kemasan anti-silau yang menghilangkan pantulan. Kami telah menonton siri One Piece Live Action menggunakan laptop ini. Prestasi skrin ini agak mengagumkan kerana kami betul-betul boleh melihat warna-warna terang serta kontras yang membuatkan pengalaman menonton lebih mengasyikkan.

Terima kasih pada refresh rate skrin 165 Hz, dan response time 3 ms, kami tidak mengalami ghosting atau frame tearing semasa bermain game. Kami juga tidak mengalami sebarang lag input, berkat Nvidia Advanced Optimus yang membolehkan laptop bertukar kepada GPU Nvidia semasa bermain game dan kepada grafik bersepadu untuk tugas yang kurang mencabar. Kami juga berpuas hati dengan kecerahan dan kontras panel.
Paparan Nitro 16 ada liputan warna terbaik dan kecerahan. Ia mempunyai gamut coverage 91% DCI-P3 yang sangat baik. Dari mana-mana posisi, panel IPS boleh ditonton dan ada sudut tontonan yang stabil. Memandangkan kecerahan tinggi paparan, ia juga boleh dibaca di kawasan luar yang cerah.

Prestasi produktiviti
Laptop ini dilengkapi dengan cip AMD Ryzen 9 7940HS, NVIDIA® GeForce RTX™ 4070 8GB GDDR6, 32GB DDR5 5600MHz, dan 1TB PCIe NVMe Gen4 SSD. Melihat kepada spesifikasi ini, ia sepatutnya mempunyai prestasi yang cukup untuk kegunaan harian termasuklah bermain game, mengedit video dan rendering. Berikut adalah hasil ujian benchmark laptop yang telah kami jalankan:
- Cinebench R23
- Multi-Core: 12834
- Single Core: 1747
- PCMark 10: 7648
- 3DMark
- Time Spy: 11774
- Fire Strike: 25370
Gaming & Grafik
Nitro 16 direka untuk game 2K pada setting tinggi hingga maksimum. Di bawah, kami menguji tiga game dengan grafik pada setting tertinggi pada resolusi 2K dengan ray tracing dan DLSS dihidupkan. Secara keseluruhan, Ryzen 9 7940HS dan RTX 4070 8GB menawarkan pengalaman gaming yang hebat bagi anda yang ingin bermain pada setting tinggi hingga maksimum pada resolusi asli untuk kebanyakan game pada hari ini.
Ishin (Average: 165FPS)

Menggunakan tetapan 2560 x 1600, termasuk NVIDIA DLSS ditetapkan kepada Like a Dragon: Ishin! hampir tidak mengalami sebarang frame drop. Ia sentiasa berada pada 165FPS hampir sepanjang masa walaupun semasa pertempuran dan hanya menurun kepada sekitar 150FPS apabila terdapat banyak model watak yang dimuatkan.
Armored Core (Average: 78FPS)

Dengan tetapan maksimum pada 2560 x 1600 serta Ray Tracing Quality yang ditetapkan kepada Maksimum, Armored Core mampu dimainkan pada kadar sekitar ~78FPS semasa gameplay dan boleh jatuh pada sekitar 69FPS bila ada banyak unit musuh atau kesan visual pada skrin. Walau bagaimanapun, frame drop tidak ketara sama sekali dan tidak ada sebarang stuttering. Anda pasti boleh mencapai lebih daripada 120FPS jika anda menurunkan beberapa tetapan, untuk menjadikan pengalaman armored core anda lebih lancar dan lebih memuaskan.
Starfield (Average: 47FPS)

Bermain dengan tetapan Ultra Graphics pada 2560 x 1600, dengan peningkatan yang ditetapkan kepada FSR2, Starfield tidaklah mempunyai kadar FPS yang memuaskan walaupun dengan Ryzen 9 7940HS dan RTX 4070 8GB. Game masih boleh dimainkan pada 60FPS di dalam rumah tetapi jika berada di luar, ia mula menurun dengan ketara dan jadi tidak stabil. Ada kalanya ia boleh jatuh ke sekitar 35FPS terutamanya masa pertempuran dan di luar pertempuran ia akan kembali ke sekitar 47FPS. Adalah disyorkan untuk menurunkan setting kepada High jika anda mahukan pengalaman yang lebih menyeronokkan, dengan purata FPS sekitar ~67FPS di dalam dan ~51FPS di luar.
Audio
Walaupun speaker stereo menghasilkan bunyi tetapi kami susah betul untuk mengecam bunyi bass. Walaupun kami sudah menggunakan Bass Booster dan preset EQ yang ada pada DTS:X Ultra, ia masih tidak membantu. Jadi kalau anda mempunyai external speaker atau headphone, sebaiknya anda gunakannya untuk dapatkan pengalaman audio yang lebih baik.
Hayat bateri
Laptop ini dilengkapi dengan 90 Wh Lithium Ion (Li-Ion). Masalah bateri sentiasa menjadi isu utama kepada banyak laptop gaming. Jadi bayangkan betapa terkejutnya kami apabila Nitro 16 mampu bertahan sehingga 8 jam dengan hanya melakukan kerja-kerja seperti melayari internet, strim video dan membukan aplikasi-aplikasi lain pada kecerahan separuh skrin. Bateri juga dicas menggunakan adaptor USB-C, bermakna anda tidak perlu sentiasa ada PSU yang besar berdekatan.

Tentang haba, bahagian tengah keyboard Nitro 16 boleh mencapai suhu yang tinggi semasa sesi gaming tapi lebih sejuk pada keypad. Haba sebenar berada di bahagian bawah laptop dan ke arah belakang, di sekitar lubang ekzos haba. Jadi lebih elok kalau gunakan laptop ini pada permukaan yang kukuh untuk membolehkan pengaliran udara yang baik.
Selalunya kalau bermain game, bunyi kipas pasti bising. Tetapi kami terkejut apabila ia tidaklah berbunyi dengan kuat. Secara umum, laptop beroperasi dengan senyap senyap apabila menggunakannya untuk kerja-kerja biasa. Perbezaan prestasi antara mode adalah agak sederhana. Untuk menjamin gaming pada tahap sederhana hingga rendah, “Balanced” dan “Quiet” telah digunakan.

Software tambahan
Aplikasi paling berguna yang disertakan dengan Nitro 16 ialah NitroSense, yang membolehkan anda menetapkan mode prestasi. Tetapan yang tersedia ialah Balanced; Quiet, mengekalkan bunyi kipas pada tahap minimum dengan mengorbankan prestasi, manakala mode Turbo dan Performance untuk meningkatkan prestasi tetapi bunyi kipas akan lebih kuat.
Keupayaan untuk kawal backlit keyboard empat zon adalah titik jualan utama NitroSense. Ada banyak animasi yang tersedia, seperti breathing dan waves, dan warna boleh ditukar. Sesetengah efek, seperti meteor, menerangi satu zon papan kekunci pada satu masa.

Semua setting aplikasi boleh disimpan ke profil, dan ciri yang sangat menarik membolehkannya didayakan secara automatik berdasarkan situasi. Anda boleh menambah program dan mengaitkannya dengan profil prestasi menggunakan bahagian App Center; contohnya, profil Quiet boleh dihidupkan setiap kali Chrome dibuka. Selain itu, game juga boleh dihubungkan dengan profil individu.
Untuk setting bunyi, terdapat aplikasi DTS:X Ultra. Ada juga aplikasi Acer Care untuk kemaskini sistem dan alatan penyelenggaraan, serta Acer Purified Voice Console, yang direka untuk membantu mengurangkan bunyi latar belakang yang diterima oleh mikrofon.
Aplikasi Killer Intelligence Center disertakan dengan Nitro 16. Ia sediakan kawalan manual selain mengutamakan game trafik secara automatik. Selain itu, ia menyokong Killer Doubleshot Pro untuk berbilang sambungan rangkaian; jadi untuk game menggunakan Ethernet manakala perkara lain akan menggunakan Wi-Fi.

Pendapat
Acer Nitro 16 merupakan salah satu laptop gaming terbaik, ia menawarkan banyak prestasi. CPU AMD Ryzen 5 dan Nvidia GeForce RTX 4070 adalah kombo yang kuat, dan game benar-benar hidup pada skrin 1920 x 1200, 165 Hz yang terang untuk gaming laptop.
Nitro 16 juga tidak ketinggalan dalam memberikan keselesaan kepada pengguna dengan keybaord, port yang banyak serta hayat bateri yang panjang. Walaupun prestasi speaker tidak begitu hebat, tetapi ia tidaklah begitu membimbangkan memandangkan ramai gamer sering menggunakan headphone semasa bermain.

Harga & Ketersediaan
Acer Nitro 16 AN16-41 dengan CPU Ryzen 9 7940HS dan RTX 4070 berharga RM7,899.00 dan boleh dibeli di kedai terdekat atau dalam talian dan Shopee.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post