Acer mengumumkan barisan baharu laptop siri Aspire, menampilkan pelbagai prestasi dan pilihan reka bentuk yang memenuhi keperluan pengguna sepanjang hari. Aspire Vero 16 adalah peranti terbaharu daripada siri produk Vero, dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra baru dengan Intel AI Boost dan serasi dengan Wi-Fi 7. Acer telah berdedikasi terhadap keseimbangan karbon untuk Aspire Vero 16, mengikuti piawaian antarabangsa untuk pengiraan jejak karbon dan tahap neutral karbon. Pelbagai langkah telah diambil di setiap tahap dalam jangka hayat peranti ini untuk mengurang jejak karbonnya. Setelah itu, kredit karbon berkualiti tinggi daripada peranti ini akan digunakan untuk mencapai tahap neutral karbon.

Laptop Edisi Intel Evo ini telah menambah penggunaan bahan kitaran semula (PCR) dalam rangkanya untuk menggabung inovasi mesra alam dan pengalaman PC premium daripada peranti ini.
Laptop Acer Aspire Go 15 dan Aspire Go 14 terbaharu bertujuan untuk menyokong penggunaan seharian pengguna-pengguna di rumah dan keluarga. Laptop Aspire Go datang dengan cip pemproses sehingga Intel Core 13 Siri N, muatan memori yang ditingkatkan, penuh dengan kelengkapan dan teknologi Acer PurifiedVoice. Selain itu, Aspire Go 15 juga datang dengan pilihan cip pemproses AMD Ryzen siri 7000. Untuk fleksibiliti tambahan, peranti Aspire terbaharu ini dilengkapi teknologi AI yang terkini; Copilot dalam Windows dan akses mudah melalui kekunci Copilot tersendiri, lengkap dengan Acer PurifiedVoice untuk panggilan yang jelas.
Aspire Vero 16: PC AI Neutral Karbon dengan Prestasi yang Mengagumkan
Menggabung reka bentuk yang baru dan ciri-ciri terkini, laptop Acer Aspire Vero 16 (AV16-51P) direka untuk sesiapa yang mencari pilihan yang mesra alam tanpa menjejaskan prestasi. Direka untuk prestasi yang lebih, peranti Edisi Intel Evo ini dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 7 dengan Intel AI Boost untuk memastikan pengalaman PC yang berkualiti tinggi, peningkatan dalam produktiviti dan jangka hayat bateri yang tahan lama sehingga 10.5 jam dengan sekali cas.

Dilengkapi dengan Copilot dalam Windows, peranti tersebut membantu para pengguna menelusuri peranti mereka dengan pintar dan lancar, menjimatkan masa dan usaha ketika bekerja, mencipta ataupun bermain. Video dan audio yang jelas disampaikan oleh kamera web QHD 1440p AI PC ini dengan Acer PurifiedVoice yang dibantu AI untuk memastikan panggilan yang lancar tanpa gangguan. Laptop Windows 11 ini juga dilengkapi dengan memori LPDDR5 16 GB yang menyokong storan yang boleh dinaik taraf sehingga 2TB SSD PCIe Gen 4.
Pengguna akan menghargai keringkasan reka bentuk Aspire Vero 16 yang mempunyai permukaan yang halus dan berwarna Kelabu Cobblestone yang ikonik. Rangka berteksturnya tidak mengandungi sebarang sebatian organik, cat, atau bahan tambahan yang meruap, dan diperbuat daripada 60% bahan PCR, hasilnya adalah pengurangan pelepasan CO2 di masa pembuatan. Ciri-ciri mesra alam Aspire Vero 16 ini lengkap dengan touchpad OceanGlass, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk para pengguna yang mementingkan persekitaran dan kemesraan alam.

Paparan 16 inci WQXGA (2500 x 1600) pada peranti ini dengan nisbah aspek 16:10 dan bezel nipis sesuai untuk kerja atau hiburan melalui liputan 100% ruangan warna sRGB dan tersedia dengan pilihan skrin sentuh WUXGA. Pengguna boleh berhibur dan bekerja di mana-mana dengan lancar melalui Wi-Fi 7 dan pilihan penyambungan yang lengkap seperti Bluetooth LE Audio, dua port USB Type-C (Thunderbolt 4 dan USB 4), dan satu palam HDMI 2.1. Aspire Vero 16 ini juga datang dengan pelbagai aplikasi pintar termasuk AcerSense untuk mengawal penggunaan bateri peranti, penjimatan tenaga dan mod prestasi, sementara Intel Unison 2.0 menyepadukan pelbagai peranti dan sistem operasi dalam satu paparan untuk produktiviti yang lancar.
Aspire Go: Boleh Dicapai dan Mesra Pengguna
Barisan laptop Aspire Go terbaharu adalah peranti-peranti serba guna untuk penggunaan di rumah, oleh keluarga, dan golongan pelajar yang menginginkan prestasi di harga yang berpatutan, dengan ciri-ciri yang penting untuk penyambungan dan produktiviti. Model-model Aspire Go 15 (AG15-31P) dan Aspire GO 15 (AG14-31P) dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i3 siri N, manakala Aspire Go 14 (AG14-21) boleh dilengkapi dengan cip pemproses AMD Ryzen siri 7000 untuk menyediakan prestasi yang cekap, lengkap dengan jangka hayat bateri sehingga 10 jam untuk semua model. Setiap peranti juga datang dengan RAM sehingga LPDDR5 16GB dan SSD M.2 PCIe Gen3 sehingga 1TB untuk ruang storan yang mencukupi untuk menyimpan pelbagai gambar, video dan fail.

Dengan reka bentuk bezel yang nipis dan nisbah aspek 16:10, laptop Aspire Go menawarkan ruang pandangan yang luas dan visual beresolusi tinggi di atas paparan WUXGA 4 Aspire Go 14 dan paparan FHD Aspire Go 15. Peranti-peranti tersebut juga dilengkapi dengan Copilot, menawarkan penggunaan yang dipertingkatkan dan bantuan kepada para pengguna ketika menyiapkan tugas dan menggunakan sebarang aplikasi atas peranti mereka dengan menekan kekunci Copilot tersendiri.

Panggilan video dengan peranti ini juga dipertingkatkan dengan penyelesaian TNR Acer untuk gambaran yang lebih jelas, walaupun dalam tempat yang malap, sementara teknologi pengurangan bunyi AI Acer PurifiedVoice dan dua mikrofon digital memastikan suara boleh dirakam dengan tepat. AcerSense adalah aplikasi yang mengoptimumkan ruang storan dan pemantauan aplikasi, manakala penyambungan W-Fi 6 mengurangkan masalah internet perlahan semasa panggilan video dan strim.

Model-model Aspire Go terbaharu ini juga dilengkapi dengan Acer BlueLightShield untuk melindungi mata pengguna sepanjang jangka penggunaan. Aspire Go 15 dan Aspire Go 14 juga datang dengan beberapa ciri-ciri yang mesra alam dengan menggabungkan bahan kitaran semula di dalam rangkanya dan bungkusan dan juga lengkap dengan pendaftaran Energy Star dan EPEAT Silver.
Buat masa ini, tiada lagi harga rasmi buat pasaran Malaysia. Jadi nantikan pengumuman rasmi daripada Acer Malaysia pada masa akan datang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post