Bersempena dengan Acer Day 2022 yang bertemakan ‘‘Make Your GreenMark’, Acer Malaysia hari ini memperkenalkan varian komersial kepada siri peranti Vero. Peralatan-peralatan Acer Vero itu termasuklah laptop TravelMate Vero, desktop mini Veriton Vero dan computer desktop Veriton AIO.
Berikut adalah huraian:
Acer TravelMate Vero
Acer TravelMate Vero menawarkan tambahan pilihan kepada organisasi dan perniagaan yang mencarilaptop komersial mesra alam. Mengekalkan intipati Vero, chasis TravelMate Vero menampilkan 30% plastik post-consumer recycled (PCR) dihantar dalam pempakejan yang boleh dikitar semula 100%.
Dari segi reka bentuk, ia bersih dan mudah untuk penyelenggaraan atau naik taraf. Tanpa mengurangkan aspek ketahanan, ia juga direka mengikut piawaian MIL-STD-810G untuk menampung penggunaan tinggi dan hentaman akibat terjatuh.
Acer TravelMate Vero dikuasaki oleh Intel Core i5 dan Intel Iris Xe, mempunyai prestasi untuk menyokong penggunaan pejabat dan kerja harian di pejabat manakala RAM 8GB dan storan PCIe NVMe SSD 1TB untuk kelajuan memuatkan fail dengan pantas.
Ketenangan hati tentang keselamatan data didayakan oleh“Trusted Platform Module’ (TPM) yang berdikari menyediakan keselamatan dan kebolehurusan peringkat perusahaan untuk melindungi data perniagaan sulit. Acer TravelMate Vero juga hadir dengan Acer ProShield Plus, solusi keselamatan all-in-one, sebagai tambahan kepada langkah pengesahan biometrik.
Tersedia di Acer eStore, kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada, Acer TravelMate Vero berharga RM3,999.
Pelanggan yang membeli TravelMate Vero baharu sebelum 30 September 2022 layak menebus TetikusWayarles USB Acer yang nipis dan ringan, Backpack Urban serta kredit Touch n’ Go eWallet bernilai RM120,manakala diskaun RM200 tambahan akan diberikan jika pembelian dibuat semasa roadshow Hari Acer2022.
Acer Veriton Vero Mini
Acer Veriton Vero Mini dibungkus dalam faktor bentuk satu liter! Memuatkan prestasi bertaraf komersial dalam saiz yang kompak dan boleh diubahsuai, Acer Veriton VeroMini terdiri daripada 25% plastik PCR pada bahagian chasis dan dihantar dengan kotak yang boleh dikitarsemula.
Dikuasakan oleh pemproses generasi ke-12 Intel Core i5, Acer Veriton Vero Mini dilengkapkand engan RAM 8GB dan SSD M 2 256GB. Slot tambahan M.2 dan DDR4, membolehkan pengguna menaiktaraf PC mengikut keperluan storan dan memori masing-masing.
Menariknya, pengguna dan juruteknik boleh mengakses dan mengkonfigurasi fungsi dengan mudah melalui papan kekunci atau peranti penunjuk, seperti tetikus terima kasih kepada BIOS antara muka pengguna grafik unik Acer Veriton Vero Mini. Acer System Health Indicator menyediakan dashboard yang mudah untuk melihat status setiap komponen dan sekiranya abnormaliti dikesan, lampu indikator akan menyala pada butang kuasa
Saiz mini dan berat ringan 1.3kg ditambah dengan reka bentuk, Acer Veriton Vero Mini didatangkandengan rekaan VESA Mountable yang membolehkan pengguna mencari tempat letak ideal bagimengekalkan meja yang bersih dan kemas.
Acer Veriton Vero Mini dijual pada harga RM3,299.
Acer Veriton Vero All-In-One (AIO)
Desktop AIO Veriton Vero dibina untuk perniagaan mesra alam yang mencari komputer kemas, elegan dan jimat ruang. Veriton Vero AIO terdiri daripada 30% bahan PCR dan hadir dengan papan kekunci dan tetikus yang juga dibuat daripada bahan PCR.
Dihantar dengan pembungkusanyang boleh dikitar semula, Veriton Vero AIO didatangkan dengan penutup belakang tanpa skru yang mudah dialihkan untuk naik taraf dan penyelenggaraan bagi menambahkan jangka hayat.
Dikuasakan dengan pemproses generasi ke-12 Intel Core i5, Acer Veriton Vero AIO hadir dengan paparan IPS FHD 24-inci yang menyokong sudut tontonan lebar. Menggabungkan RAM 8GB dan SSD M.2 512GB untuk pengalaman komputer yang lancar, produk itu juga hadir dengan slot DDR4 dan M.2 tambahan untuk menaiktaraf memori dan storan.
Veriton Vero AIO dilengkapkan dengan pengimbas Inframerah (IR) untuk pengecaman muka dan teknologi pintar bersepadu Tobii Aware yang akan dikaburkan secara automatik apabila pengguna beralih tempat, serta mengunci skrin selepas itu.
‘Peeker detection’ bertindak mengikut klu visual bagi mengingatkan pengguna sekiranya ada seseorang yang melihat daripada belakang skrin, yang mana ia akan menawarkankaburan skin privasi secara automatik atau mengikut reaksi, bagi meningkatkan aspek privasi
Acer Veriton Vero AIO dijual pada harga RM4,599.
Jangan lupa untuk sertai acara Acer Day 2022 untuk dapatkan produk terkini pada harga murah. Maklumat lanjut tentang Acer Day boleh dibaca di sini!
@gamersantaimy
Discussion about this post