Acer Malaysia hari ini secara rasmi memperkenalkan pemenang Anugerah Red Dot Acer Swift X dan Acer Nitro 50 yang dikuasakan oleh pemproses siri AMD Ryzen 5000 untuk pengguna yang memerlukan lebih banyak prestasi dalam faktor bentuk yang lebih kecil.
Acer Swift X

Ahli terbaru dalam siri Swift yang nipis dan ringan, Swift X dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen 7 5800U dan NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti dengan teknologi Max-Q Generasi ke-3. Dengan RAM LPDDR4X hingga 16GB dan PCIe NVMe SSD 512GB, ia menyediakan akses yang responsif untuk fail dan aplikasi.
Menampilkan paparan FHD IPS 14 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 85,7%, Swift X membolehkan pengguna mengedit foto atau video berkat kecerahan hingga 300nits dan gamut warna sRGB 100%. Ia juga dilengkapi dengan teknologi Acer BlueLightShield untuk membantu mengurangkan ketegangan mata semasa sesi penyuntingan yang panjang dan sensor cap jari untuk log masuk yang lebih selamat melalui Windows Hello. Acer Swift X membungkus semua perkakasan ini dalam casis nipis 1.79cm dan berat hanya 1.39kg. Ia dilengkapi dengan bateri 59W yang cepat dicas dan menawarkan penggunaan sehingga 17 jam.
Acer Swift X hadir dengan dua varian – AMD Ryzen 7 dan AMD Ryzen 5, masing-masing dijual pada nilai harga RM4,999 dan RM4,299. Untuk meraikan pelancaran, sebarang pembelian Acer Swift X dari 6 Oktober hingga 20 Oktober 2021 di Acer Shopee Flagship Store dan Acer eStore berhak membeli tetikus Logitech MX Anywhere 3 dengan potongan harga 50%, pada harga RM199. Ia boleh didapati di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan penjual semula sah Acer di seluruh negara mulai 15 Oktober 2021.
Acer Nitro 50

Selain itu, Acer Nitro 50 juga kini hadir dengan pilihan AMD Ryzen 7 dan AMD Ryzen 5 hingga NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti untuk pengguna yang mencari pengalaman yang lebih baik untuk gaming atau pengguna dengan tugas intensif grafik seperti pembuatan kandungan dan suntingan video. Dengan 8GB DDR4 RAM dan 1TB M.2 PCIe NVMe SSD, Nitro 50 membolehkan pemain meningkatkan kapasiti penyimpanan dan RAM melalui slot tambahan.
Datang bersama waranti selama 3 tahun, pemproses Acer Nitro 50 dengan AMD akan tersedia di semua kedai rasmi dan pengedar sah Acer di seluruh negara mulai 10 Oktober 2021, dalam tiga varian:
- Acer Nitro 50 – AMD Ryzen 5 5600X – NVIDIA GeForce GTX 1650 – RM4,299
- Acer Nitro 50 – AMD Ryzen 7 5700G – NVIDIA GeForce GTX 1660 SUPER – RM4,999
- Acer Nitro 50 – AMD Ryzen 7 5700G – NVIDIA GeForce RTX 3060 Ti – RM6,499
Pelanggan yang membeli Acer Nitro 50 dengan pemproses siri AMD Ryzen 5000 melalui Acer eStore atau Acer Flagship Store di Shopee pada 10 Oktober 2021 akan berhak menerima hadiah bernilai sehingga RM278, termasuk gaming headset Predator Galea 311 dan Predator Gaming Urban Backpack.
Berikut adalah kedai sah Acer dan tempoh promosi bagi produk di atas:
- Acer Swift X – 6 – 20 October 2021 – Acer eStore – https://store.acer.com/en-my/
- Acer Swift X – 6 – 20 October 2021 – Acer Flagship Store on Shopee – https://shopee.com.my/acer_os_my
- Acer Nitro 50 – 10 October 2021 – Acer eStore – https://store.acer.com/en-my/
- Acer Nitro 50 – 10 October 2021 – Acer Flagship Store on Shopee – https://shopee.com.my/acer_os_my
Untuk segala liputan kami tentang Acer, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post