Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Jemput Rakyat Malaysia untuk “Feel the Vibe” dengan Acer Day Ahad ini!

Predator Helios 700 dan 300 dengan spec baru dilancarkan!

Nyny.A by Nyny.A
July 29, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Livestream, Pameran/Expo, Teknologi, Tempatan
0 0
0
Acer Jemput Rakyat Malaysia untuk “Feel the Vibe” dengan Acer Day Ahad ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Norma baharu bukan penghalang untuk Acer Malaysia meraikan sambutan Acer Day, satu acara tahunan yang dikenali dan diikuti oleh rakyat Malaysia. Acer Malaysia mengadakan acara tersebut secara dalam talian pada tahun ini, namun masih mengekalkan kepelbagaian permainan, promosi, cabutan bertuah, cabaran #FeeltheVibeWithAcer dan pelbagai aktiviti lain. Bersempena dengan Acer Day yang bakal disambut, Acer Malaysia turut mengumumkan laptop gaming video popular yang diberi nafas baharu iaitu Predator Helios 700 dan Helios 300.

“Tahun 2020 menandakan edisi ke-4 Acer Day dan kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai sambutan ini bersama-sama di dalam talian yang bertemakan “Feel the Vibe”. Ketika diperingkat perancangan, langkah berjaga-jaga dititikberatkan dan kami memutuskan bahawa kita tidak akan melaksanakan Roadshow di beberapa negeri untuk keselamatan para pelanggan. Kami percaya acara dalam talian juga tidak kurang seronok dan meriahnya untuk orang ramai. Selain daripada permainan dan hadiah, kami menganjurkan Super Brand Day selama 3 hari di Shopee dari 2 hingga 4 Ogos 2020. Dianjurkan hanya untuk tempoh istimewa ini, terdapat promosi Massive Deal di mana potongan harga sehingga 83% dan baucar Shopee sehingga RM200 ditawarkan,”

-Johnson Seet, Pengarah Urusan Pelanggan, Pemasaran dan Produk, Acer Malaysia.

Acara Acer Day akan diadakan di Facebook Acer Malaysia pada 2 Ogos 2020 pukul 3 petang. Untuk menambahkan lagi keriangan, Acer menyediakan persembahan daripada Linora, Pong Pong dan Cikidot, di samping acara tumpuan ramai iaitu sesi cabutan bertuah. Tersedia untuk para pelanggan adalah hadiah-hadiah bernilai lebih RM22,000 termasuklah Predator Helios 300 (PH315-52-59CY) dan sebuah Predator Triton 700 (PT715-51-74MY). Bagi menyerikan lagi acara Acer Day ini, sesi Acer Bid & Shop akan diadakan bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Dignity for Children Foundation.

Bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 30 September 2020, para pelanggan yang membeli model-model Acer terpilih dari kedai dalam talian atau fizikal akan diberikan ganjaran penyertaan “Buy and Win Lucky Draw” dan hadiah tambahan yang berjumlah sehingga RM500,000. Para pelanggan hanya perlu hantarkan resit ke laman web tebusan Acer untuk menebus hadiah dan daftar untuk menyertai “Buy and Win Lucky Draw” dimana hadiah yang tersedia berjumlah sehingga RM26,000.

Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah laptop gaming video Predator, Acer Swift 7, monitor dan headset gaming. Pemenang bertuah akan dipilih dalam siaran langsung di Acer Malaysia Facebook, yang akan turut disiarkan dari Facebook MasterRamen, ChuChu Gaming, Spartanker dan Alicia Tan pada bulan Ogos dan September.

Antara aktiviti yang tersedia untuk semua perserta:

  •  ‘Battle of the Series’: Acer Day ‘Feel the Vibe’ bermula dengan ‘Battle of the Series’ pada 22 Julai 2020 yang membolehkan rakyat Malaysia mengundi pakej promosi kegemaran mereka di Facebook Acer Malaysia. Promosi yang mendapat undian tertinggi akan tersedia diadakan secara ‘Limited-Time Offer’ di Store Shopee Rasmi Acer pada 3 Ogos 2020.
  • ‘5 Days Check-in Gam’: Membolehkan peminat Acer menebus Hadiah Eksklusif Acer Day dengan hanya menyertai tugasan harian di laman web Acer Redemption bermula 29 Julai 2020. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan atau memenangi hadiah.

https://www.facebook.com/AcerMalaysia/videos/1027259417693230/

  • Cabaran #FeeltheVibeWithAcer: Peserta hanya perlu memuat naik video pendek di Facebook atau Instagram yang memaparkan peserta menari mengikut irama lagu ‘Feel The Vibe’, letakkan hashtag #FeeltheVibeWithAcer dan tagkan @AcerMalaysia di Facebook atau @my_acer di Instagram untuk berpeluang memenangi hadiah utama, ConceptD 3 Pro dan wang tunai bernilai RM1,000. Lagu boleh dimuat turun di TikTok bermula 2 Ogos 2020. Tiada pembelian diperlukan untuk menyertai cabaran ini yang berlangsung dari 2 Ogos hingga 30 Ogos 2020.
  • ‘Massive Deal’: Potongan harga sehingga 83%!! Pada 12 tengah malam 3 Ogos 2020 akan berlangsung di Shopee “Shocking Sale” untuk barangan terpilih seperti Predator Gaming Chair (dari harga runcit RM1,999 ke hanya RM340!) dan keyboard Predator Aethon 300 (daripada RM399 turun kepada RM68). Sebuah produk lagi adalah monitor EB192Q B yang hanya berharga RM44.03 semasa Massive Deal. Stok adalah terhad.
  • Hadiah Hari Jadi Ogos: Istimewa kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet kepada pelanggan yang dilahirkan pada bulan kemerdekaan yang membuat pembelian lebih RM1,800.

Predator Helios 700 – Calon Pengganti Desktop Mudah Alih

Predator Helios 700 versi baharu yang diumumkan semasa sidang media global next@acer pada Jun 2020 kini dibuka untuk pra-tempah khas di Malaysia. Harga bermula dari RM12,999 bergantung pada spesifikasi. Predator Helios 700 menampilkan keyboard ikonik sliding HyperDrift dan dilengkapi dengan overclockable Intel Core i9-10980HK Generasi ke-10 atau pemproses i7-10875H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER.

Acer menyediakan penyelesaian termal baharu bagi menpertingkatkan keupayaannya– yang dikenali sebagai Predator PowerGem. Predator PowerGem disediakan dalam model yang mempunyai pemprosesan Intel Core i9. PowerGem, adalah termal interface material (TIM) khas yang direka dengan kecekapan tinggi dalam pengaliran haba, menghasilkan konduksi haba menegak 3.83 kali lebih tinggi daripada tembaga. PowerGem ditambah pada lima paip haba tembaga yang sedia ada, Acer CoolBoost Technology, ruang wap dan dua kipas 3D Gen AeroBlade keempat milik Acer. Secara keseluruhan, prestasi CPU akan dimanfaatkan daripada teknologi Acer baharu ini.

Dengan paparan 17.3 inci 144 Hz FHD IPS dan teknologi NVIDIA G-SYNC®, Predator Helios 700 memboleh para pemain untuk memulakan laptop terus ke tahap prestasi yang lebih tinggi bagi mendapat pengalaman permainan video yang lancar. Didatangkan dengan dua port Thunderbolt 3, Predator Helios 700 mampu dilengkapi dengan memori 2933 Hz bersaiz 64GB dan sehingga dua PCIe NVMe SSD cepat bagi memastikan kepantasan, ditambah lagi dengan Killer DoubleShot™ Pro terbaharu akan memastikan aplikasi yang memerlukan kelajuan dapat keutamaan jalur lebar.

Pencahayaan RGB mengikut kekunci dan keyboard anti-ghosting dalam Predator Helios 700 kini dinaik taraf dengan suis mekanikal MagTek untuk kekunci WASD dan satu set baharu kekunci perlumbaan yang menawarkan ketepatan yang lebih tinggi. Para pemain boleh memilih kekunci yang terbaik untuk mereka dengan menukarkan standard kekunci WASD kepada MagForce atau kekunci perlumbaan. Pemain boleh menyesuaikan titik pencahayaan dan titik pengaktifan melalui aplikasi Predator Sense atau dengan menekan kekunci P3.

Predator Helios 700

Model PH717-72-944E PH717-72-76GW
Pemproses Intel Core i9-10980HK Intel Core i7-10875H
Grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 Super 8GB DDR6 NVIDIA GeForce RTX2070 Super 8GB DDR6
Paparan 17.3″ 144Hz FHD Slim Bezel IPS GSYNC Display
Storan 1TB PCIe Gen3X4 NVMe SSD
(512GB x 2 at RAID0)
512GB PCIe NVMe SSD
+ 1TB 7.2k rpm HDD
Memori 1 x 16GB 2933Mhz DDR4 RAM (upgradable to 64GB)
Wireless & Networking
  • Killer™ Wi-Fi 6 AX1650i
    • 802.11 a/b/g/n+acR2+ax wireless LAN
    • 2×2 MU-MIMO technology
  • Killer™ Ethernet E3100G – 2.5G Ethernet
  • Killer DoubleShot™ Pro enabled Bluetooth® 5.1
Input & Output
  • 2 x USB Type-C™ ports
    • USB 3.2 Gen 2×2 (up to 20 Gbps)
    • DisplayPort over USB-C
    • Thunderbolt™ 3
    • USB charging 5 V; 3 A
  • 3 x USB 3.2 Gen 2 ports featuring power-off USB charging
  • 1 x DisplayPort™1.4
  • 1 x HDMI® 2 port with HDCP support
  • 1 x Microphone-in jack
  • 1 x Headphone/speaker jack
  • 1 x Ethernet (RJ-45) port
Audio DTS® X
Acer TrueHarmony technology
Webcam FHD webcam with 1920 x 1080 resolution
Dimensi 430 (W) x 299 (D) x 41.7 (H) mm
Berat 4.8 kg
Waranti 2 years On Site Warranty with Accidental Damage or Theft
Operating System Windows 10 Home
Harga RM 17,999 RM 12,999

Predator Helios 300 – Laptop Esports Pada Harga Mampu Milik

Predator Helios 300 adalah model komputer riba yang popular dalam kalangan pemain yang mencari gameplay bebas-kabur kerana paparan 15.6 inci bingkai nipis FHD IPS yang menyokong kadar refresh dan tempoh respon 3ms. Selain pemproses terkini Intel® CoreTM Generasi ke-10, laptop gaming ini dimuatkan dengan 8GB RAM boleh dinaiktarafkan ke 32GB RAM dalam dwi-saluran (dual channel) dan 512GB PCIe NVMe SSD serta tambahan slot M.2 dan slot HDD dengan kit naiktaraf HDD tersedia dalam kotak.

Bagi memastikan penggunaan jalur lebar mengikut keutamaan, Killer DoubleShotTM Pro beserta Intel® Wireless Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 meningkatkan kepantasan, kestabilan rangkaian dan prestasi bagi membolehkan pemain menggunakan setiap kelebihan dalam pertempuran yang paling hebat. Predator Helios 300 membolehkan pemain menakluk dunia baharu dengan memanfaatkan potensi sebenar dengan menampilkan Teknologi Kipas 3D AeroBlade™ terbaharu untuk penyejukan yang berkesan sambil mengurangkan kadar bunyi secara keseluruhan.

Setelah terbukti menerusi pelbagai kejohanan esports di Malaysia, Predator Helios 300 yang diperbaharui ini hadir dengan pilihan pemproses Intel® CoreTM i7 Generasi ke-10 atau pemproses i5 digandingkan dengan grafik GeForce RTX 2060 untuk memenuhi keperluan para pemain. Dari aspek rekaan, Predator Helios 300 mengubah pembesar suara ke atas dan port pengecaj di belakang peranti.

Harga runcit bermula dari RM4,599 dan ia akan mula dijual dengan kadar segera di semua stor dalam talian rasmi Acer dan semua pengedar sah di seluruh negara mulai 2 Ogos 2020.

Predator Helios 300

Model PH315-53-77CF PH315-53-5462
Pemproses Intel® Core i7-10750H Intel® Core i5-10300H
Grafik NVIDIA® GeForce® RTX 2060 6GB DDR6
Paparan 15.6″ 144Hz FHD Slim Bezel IPS Display
Storan 512GB PCIe NVMe SSD
(with 1 extra SSD slot and 1 extra HDD slot)
Memori 1 x 8GB 2933Mhz DDR4 RAM
(Upgradable to 32GB)
Wireless & Networking
  • Killer Wi-Fi 6 AX1650
    • 802.11 a/b/g/n+ac+ax wireless LAN
    • Dual Band (2.4 GHz and 5 GHz)
  • Killer™ Ethernet E2500
  • Bluetooth® 5
Input & Output
  • SD card reader
  • 1 x USB Type C port (USB 3.1 Gen2 10 Gbps)
  • 1 x USB 3.1 Gen2 port featuring power off charging,
  • 2 x USB 3.1 Gen1 ports
  • HDMI™ 2 port with HDCP support
  • Mini Display Port™ 1.4
Audio DTS® X
Webcam Acer HD Webcam with 1280 x 720 resolution
Dimensi 363.4 (W) x 255 (D) x 22.9 (H) mm
Berat 2.2 kg
Waranti 2 years On Site Warranty with Accidental Damage or Theft
Operating System Windows 10 Home
Harga RM 5,199 RM 4,599

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia, hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288, WhatsApp +6011-1062 8865, atau email (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat).

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: #FeeltheVibeWithAcerAcer DayAcer Day 2020acer malaysiaPredator Helios 300Predator Helios 700
Previous Post

Game baru One Piece di mobile! One Piece: The Bloodline ala-ala musou RPG!

Next Post

Kamen rider kedua untuk era Reiwa – Kamen Rider Saber!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS
Acara

Yu-Gi-Oh! World Championship 2025 Qualifier Bermula di MASTER DUEL & DUEL LINKS

May 23, 2025
Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Next Post
Kamen rider kedua untuk era Reiwa – Kamen Rider Saber!

Kamen rider kedua untuk era Reiwa - Kamen Rider Saber!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd