Acer mengumumkan komitmennya kepada neutraliti karbon untuk siri laptop Aspire Vero, bermula dengan Aspire Vero 16 (AV16-51P) baharu. Mengikut piawaian antarabangsa untuk pengiraan jejak karbon dan neutraliti karbon, tindakan untuk mengurang jejak karbon sepanjang hayat peranti ini telah di ambil di setiap peringkat, kemudian, kredit karbon berkualiti tinggi akan digunakan untuk mencapai neutraliti karbon.

“Untuk mengatasi cabaran perubahan iklim yang semakin meningkat, daripada segi produk, Acer mencadangkan ‘conscious technology’ direka dan dibuat dengan pertimbangan untuk masa depan,” ujar Jerry Kao, COO, Acer inc. “Dari segi korporat, Acer telah menyertai inisiatif RE100 dan berkomited untuk mencapai 100% elektrik yang boleh diperbaharui menjelang tahun 2035. Kami juga telah berikrar untuk mencapai pelepasan net-zero menjelang tahun 2050.”

Semenjak permulaan siri ini, laptop siri Aspire Vero telah direka secara eco-conscious dengan matlamat untuk mengurang jejak karbon sepanjang jangka hayatnya. Daripada proses pembuatan ke pembungkusan sehingga kitaran semula di akhir hayat peranti ini, setiap proses telah diperiksa dan ditala halus secara berterusan untuk menyumbang kepada pengurangan pelepasan. Aspire Vero 16 (AV16-51P) adalah rangkuman daripada usaha-usaha seperti:

- Warna, Bahan, dan Kemasan: Casisnya diperbuat dengan campuran plastik yang dikitar semula sebanyak 60% (vs. 30% dari generasi pertama), dan permukaannya tidak mengandungi sebatian organik, cat, dan bahan tambahan yang meruap.
- Komponen: Dikuasakan oleh cip pemproses Intel® Core™ Ultra terbaharu yang lebih cekap kuasa berbanding dengan cip pemproses generasi yang sebelumnya. Intel AI Boost, neural processing unit (NPU) baharu yang memberi kebolehan berkuasa AI yang baru dengan kecekapan kuasa yang terserlah.
- Pembungkusan: Langkah-langkah untuk mengurangi jejak karbon telah diambil dengan mengitar semula bahan-bahan buangan yang terhasil dalam proses pembuatan dan menggunakan bungkusan yang boleh dikitar semula 100%. Reka bentuk yang 2 menimbangkan kebergunaannya membolehkan kotak kertas yang 100% dikitar semula, bertaraf FSC, untuk digunakan semula dengan senang.
- Penghantaran: Acer telah bekerjasama dengan para rakan penghantarannya untuk mengurangkan pelepasan dari kontena laut standard dengan penggunaan biofuel di pelbagai laluan penghantaran mereka.
- Penggunaan: Perisian pengurusan bateri AcerSense memberi tumpuan kepada kecekapan tenaga dengan empat mod prestasi: Eco+, Eco, Balanced dan Performance.
- Pengitaran Semula dan Pembaikan: Direka untuk dibuka dengan senang dan cepat untuk pembaikan, penaik tarafan atau dikitar semula, skru standard digunakan dalam produk ini.

Setelah perlaksanaan usaha-usaha untuk mengurangi pelepasan ini, Acer akan menggunakan kredit karbon berkualiti tinggi untuk mencapai neutraliti karbon. Acer Aspire Vero 16 akan diumumkan pada Januari akan datang. Jadi ramai-ramai kita nantikan siri Aspire Vero serba baru ini.
Untuk mendapatkan liputan lain untuk produk Acer daripada kami, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post