Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Bekerjasama dengan Qualcomm untuk Melancarkan Dua Router Baharu, Predator Connect X7 5G CPE & Predator Connect T7!

Maira by Maira
January 8, 2024
in Artikel, Berita, Game, Teknologi
0 0
0
Acer Bekerjasama dengan Qualcomm untuk Melancarkan Dua Router Baharu, Predator Connect X7 5G CPE & Predator Connect T7!

Sumber: Acer

Share on FacebookShare on Twitter

Acer mengumumkan dua router gaming baharu, memanfaatkan kuasa Qualcomm Immersive Home Platform dan Wi-Fi 7 tiga jalur untuk penyambungan yang mantap dan gameplay tanpa wayar yang dipertingkatkan. Predator Connect X7 5G CPE membolehkan kelajuan internet yang cepat melalui 5G dan Wi-Fi 7, bersama dengan penyambungan dwi-WAN untuk mengurangkan gangguan. Cepat, boleh berfungsi dan liputan rangkaian yang luas disediakan oleh Router Mesh Wi-Fi 7 Predator Connect X7 dengan sistem mesh Wi-Fi berbilang pautan yang boleh dikembangkan, membolehkan masa tindak balas seolah-olah sambungan berwayar dalam tetapan mesh.

Sumber: Acer

Dikuasakan oleh cip pemproses empat core yang tercanggih daripada Qualcomm Technologies, X7 dan T7 menyediakan pengalaman atas talian yang dipecut, peningkatan dalam penggunaan spektrum dengan Wi-Fi 7 dan MU-MIMI dan OFDMA yang lebih baik untuk keseluruhan rangkaian peranti para gamer dan penstrim.

“Kami teruja untuk mengumumkan router Predator terbaharu dengan pilihan sambungan 5G and Wi-Fi 7, memperkasakan para gamer untuk meningkatkan tahap gameplay mereka,” ujar Wayne Ma, Pengurus Besar, Penyambungan, Acer Inc. “Berkat Qualcomm Immersive Home Platform dan cip pemproses empat core, router Predator baharu menyampaikan prestasi dan kecepatan daya pengeluaran yang tinggi kepada lebih banyak pemain dan persekitaran gaming.”

Sumber: Acer

“Qualcomm Technologies amat puas untuk bekerjasama dengan Acer, membawa pelbagai teknologi penyambungan yang tercanggih merangkumi 5G, Wi-Fi 7 dan perangkaian mesh,” ujar Rahul Patel, Timbalan Presiden Senior dan Pengurus Besar, Penyambungan Jalur Lebar dan Rangkaian, Qualcomm Technologies, Inc. “Bersama, teknologi berikut adalah penting untuk gaming generasi baru dan mengujakan pengguna dengan pengalaman gaming yang mengasyikkan dan responsif.”

Router Predator Connect: Membebaskan Kelajuan Internet Generasi Baru dengan Wi-Fi 7

Router gaming Acer mengambil langkah yang besar dengan pengenalan barisan router Wi-Fi 7 Predator baharu. Berkat inovasi teknologi tanpa wayar daripada Qualcomm Technologies, router ini boleh menggandakan kelajutan output berbanding dengan Wi- Fi 6 sambil menambah kesesuaian untuk Wi-Fi para gamer dan meningkatkan prestasi melalui pengurangan masa tindak balas, pengawalan gangguan yang lebih baik, bandwidth yang tinggi dan prestasi yang kekal untuk rangkaian peranti melalui Wi-Fi 7.

Sumber: Acer

Predator Connect X7 5G CPE menonjol sebagai router pertama yang menggabungkan daya pengeluaran BE 11000 tiga jalur Wi-Fi 7 dan 5G, menawarkan kelajuan 3.5Gbps atas talian 5G dan masa tindak balas yang rendah di 1ms. Pengguna mendapat manfaat dari dwi- penyambungan melalui 5G dan ethernet, menggabung pengimbangan beban dan mekanisme penyelenggaraan antara peranti dalam rangkaian mesh untuk menjaga operasi daripada sebarang gangguan. Router Mesh Wi-Fi 7 , dengan sokongan untuk daya 3 pengeluaran Wi-Fi 7 tiga jalur, sesuai dengan daya pengeluaran gabungan BE11000 dan boleh disepadukan dengan sistem mesh berbilang unit dengan senang, dipertingkatkan dengan High-Band Multi-Link Simultaneous untuk kemampanan jalur belakang dan liputan rumah yang lebih luas.

Sumber: Acer

Keserasian Perisian Pintar untuk Pengalaman yang Terbaik

Barisan router terkini Predator dilengkapi pemecutan rangkaian dan serasi dengan (Intel Killer Prioritization Engine), menyediakan pengesanan data rangkaian yang canggih dan keutamaan yang cekap untuk ribuan game, aplikasi dan laman web. Ciri-ciri Wi-Fi 7 seperti sokongan untuk saluran 320 Hz, QAM 4K, dan Multi-Link Operation meningkatkan prestasi router tersebut dengan membolehkan peranti menghantar dan menerima data kepada frekuensi jalur dan saluran yang berbeza pada masa yang sama, meningkatkan daya pengeluaran, mengurang masa tindak balas, dan mengurang gangguan rangkaian. Dengan Multi-Link Mesh, para gamer boleh memasang beberapa titik akses yang bekerjasama untuk menghasilkan satu rangkaian yang besar, menawarkan Wi-Fi yang pintar dan cekap di rumah dan ruang yang besar.

Sumber: Acer

Para gamer boleh mengawal router melalui aplikasi Acer Predator Connect dan boleh memantau kekuatan isyarat melalui indicator cahaya berbilang warna, logo Predator yang terletak di atas penutupnya. Untuk perlindungan yang lebih mantap, peranti tersebut disepadukan dengan Trend Micro Home Network Security terbina dalam peranti untuk melindungi pelbagai peranti dalam rangkaian daripada sebarang serangan siber dan membantu memantau trafik rangkaian.

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerPredator ConnectPredator Connect T7Predator Connect X7 5G CPE
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Memperkenalkan PC AI Swift Go Baharu dengan Cip Pemproses Intel Core Ultra!

Next Post

MSI Perkenalkan Barisan Laptop Sedia-AI untuk Gamer, Pencipta Kandungan di CES 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
MSI Dedahkan Handheld Gaming Baharu “Claw”, Tampil Dengan Core Ultra Intel!

MSI Dedahkan Handheld Gaming Baharu "Claw", Tampil Dengan Core Ultra Intel!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd