Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Bawakan 4 Monitor Baharu ke Pasaran Malaysia, Bakal Tingkatkan Pengalaman Gaming & Kerja!

Maira by Maira
January 4, 2024
in Artikel, Berita, Game, Monitor, Teknologi
0 0
0
Acer Bawakan 4 Monitor Baharu ke Pasaran Malaysia, Bakal Tingkatkan Pengalaman Gaming & Kerja!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ni mengumumkan kehadiran empat monitor baharu ke pasaran Malaysia yang bakal membawa pengalaman lebih baik untuk kerja dan gaming. Kesemua model monitor ini tersedia sekarang, jadi anda mempunyai pilihan untuk mencari monitor terbaik!

Nitro XV272UV3

Sumber: Acer

Acer Nitro XV27U V3 dilengkapi dengan panel Agile-SplendorIPS 27-inci yang menampilkan resolusi 2560×1440 WQHD. Ia memenuhi permintaan pengguna profesional dengan teknologi kristal cecair pantasnya digabungkan dengan gamut warna lebar 95% DCI-P3 dan Delta E<1, memastikan kualiti dan keseragaman warna sebenar. 

Dilengkapi dengan AMD FreeSync Premium Technology, Nitro XV272U V3 didatangkan dengan refresh rate sehingga 180Hz dan masa tindak balas pantas sehingga 0.5ms (Min., G to G). Ini membolehkan gamer menyelami diri mereka dalam visual yang lancar dan bebas tearing, memastikan setiap detik dalam game ditangkap dengan tepat dan jelas,.

Nitro XZ2 Series

Sumber: Acer

Monitor siri Acer Nitro XZ2 yang direka dengan lengkung 1500R yang mengasyikkan memastikan peningkatan rendaman dan sudut tontonan yang lebih baik untuk gamer. Dengan VESA DisplayHDR 400, kandungan dipamerkan dengan kejelasan yang menakjubkan dan julat warna dinamik.

Dilengkapi panel VA 31.5-inci, Nitro XZ322QUS dilengkapi dengan resolusi 2560×1440 WQHD, memberikan visual yang jelas dengan response time 1ms VRB pada 165Hz. 

Sumber: Acer

Bagi mereka yang mencari paparan yang lebih besar, XZ342CUV3 hadir dengan resolusi 3440×1440 UltraWide QHD pada panel VA 34-inci. Ia mempunyai response time 1ms VRB pantas pada 180Hz yang mengagumkan. Kedua-dua monitor Acer Nitro XZ2 memastikan tiada ghosting, input lag, stuttering atau tearing semasa bermain game fast-pace, sekali gus membolehkan pengguna menikmati visual yang lancar.

Acer VT270 Touch Monitor

Sumber: Acer

Direka bentuk untuk meningkatkan ruang kerja, panel IPS 27-inci ini mempunyai sudut tontonan 178 darjah yang luas, memastikan kandungannya jelas dan nyata dari hampir semua perspektif. Disokong oleh fungsi sentuhan sehingga 10-point, Acer VT270 membawa kelebihan sentuhan intuitif, merevolusikan cara pengguna berinteraksi dengan dunia digital.

Monitor sentuh Acer VT270 meningkatkan kecekapan kerja, di mana produktiviti ditingkatkan oleh teknologi sentuhan intuitif dan disokong oleh ciri mesra alam. Ia juga mempunyai kecekapan tenaga yang baik yang diperakui oleh Energy Star dan memegang EPEAT Silver Certification. Selain itu, kuasa PC melalui monitor memperkemas aliran kerja, memastikan permulaan yang lancar untuk kerja.

Keempat-empat monitor baharu itu tersedia serta-merta di kedai sah Acer di seluruh negara. Berikut adalah harga untuk setiap monitor:

  • Acer Nitro XV272UV3 — RM949
  • Acer Nitro XZ2 XZ322QUS — RM999
  • Acer Nitro XZ2 XZ342CUV3 — RM1499
  • Acer VT270 — RM 1,399

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Acer VT270 Touch MonitorNitro XV272UV3Nitro XZ2 SeriesNitro XZ322QUS
ShareTweetSend
Previous Post

5 Game Mobile yang Paling Untung di Malaysia pada 2023!

Next Post

Predator Triton Neo 16 Didedahkan, Hadir Dengan Intel Core Ultra & Siri NVIDIA GeForce RTX 40!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Predator Triton Neo 16 Didedahkan, Hadir Dengan Intel Core Ultra & Siri NVIDIA GeForce RTX 40!

Predator Triton Neo 16 Didedahkan, Hadir Dengan Intel Core Ultra & Siri NVIDIA GeForce RTX 40!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd