Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara ROAD TO SIX INVITATIONAL kembali di Tom Clancy’s Rainbow Six Siege!

Serta Battle Pass penuh dan map baru.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 17, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Acara ROAD TO SIX INVITATIONAL kembali di Tom Clancy’s Rainbow Six Siege!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa acara ROAD TO SIX INVITATIONAL akan kembali ke Tom Clancy’s Rainbow Six Siege besertakan sebuah peta baru: Stadium! Acara ini kini berlangsung setiap hujung minggu (bermula Khamis hingga Ahad) dari 15 Januari hingga 16 Februari dan ia datang bersama Battle Pass penuh untuk Rainbow Six Siege, yang akan menyumbang kepada prize pool Six Invitational. 30% daripada pendapatan ini akan pergi ke prize pool Six Invitational sehingga maksimum $3,000,000 USD (RM12 JUTA).

Dalam acara ini, para Operator akan bertarung sesama sendiri untuk membuktikan siapakah specialist terbaik di dalam peta baru: STADIUM, yang dibuat khas untuk kejohanan ini. Di peta ini, dinding kalis peluru menimbulkan situasi baru di mana anda dapat melihat pihak lawan tetapi tidak mampu berlawan. Perlawanan terdiri daripada Bomb Match (Pick and Ban) di mana selepas 3 pusingan, anda akan bertukar giliran dengan musuh. Semua Operator akan tersedia untuk pemain di senarai main ini dan enam Competitor akan secara automatik dilengkapi dengan gear ROAD TO SIX INVITATIONAL: Blitz, Caveira, Hibana, Mozzie, Sledge, dan Thermite.

Untuk durasi acara ini, ROAD TO SIX INVITATIONAL Battle Pass akan disediakan dengan satu laluan percuma dan satu laluan premium. Dengan 35 tier di kedua-dua laluan, ia memberi sebanyak 48 ganjaran untuk ditebus, termasuk item customization eksklusif. Pass premium boleh dibeli dengan nilai 1200 R6 Credits.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi mereka.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: battle passRainbow Six SiegeROAD TO SIX INVITATIONALSTADIUM
Previous Post

Jom lihat perbandingan antara ASUS VivoBook S13, 14 dan 15 serta perbandingan warna sirinya!

Next Post

Beta Tertutup Genshin Impact tidak lama lagi akan hadir!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Beta Tertutup Genshin Impact tidak lama lagi akan hadir!

Beta Tertutup Genshin Impact tidak lama lagi akan hadir!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd