Hari ini, game popular PUBG MOBILE telah mengeluarkan video trailer penuh yang menunjukkan kerjasama mereka bersama francais filem blockbuster Malaysia KL Gangster. Ini adalah kerjasama rasmi pertama antara PUBG MOBILE dengan filem Malaysia.
Korang boleh tonton trailer PUBG MOBILE x KL Gangster melalui video di bawah:
Berlangsung di Jalan Petaling, video penuh aksi itu dibintangi oleh pelakon veteran Syamsul Yusof dan Dato’ Aaron Aziz yang mengulangi peranan mereka sebagai Shark dan Malek. Video bermula dengan penampilan ‘mamat PUBG’ yang terpaksa berlindung di sebalik gerai kosong untuk mengelakkan diri ditembak oleh kumpulan Shark.

Malangnya, ‘mamat PUBG’ telah kehabisan peluru, jadi Shark mencabarnya untuk bertumbuk. Dengar sahaja itu, ‘mamat PUBG’ melepaskan pistolnya, keluar dari tempat sorok dan mendedahkan bahawa dia bekerjasama dengan Malek. Shark dan Malek berdepan antara satu sama lain dalam satu pertarungan terakhir – “perang kasi habis”showdown – perang kasi habis.
Kerjasama PUBG MOBILE x KL Gangster akan keluar pada 15 Julai dan menjanjikan banyak acara dan ganjaran menarik seperti “Voice Card Shark dan Malek.” Buat sesiapa yang ingin jadi gengster, jangan lupa sertai acara ini!

KL Gangster merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2011 arahan Syamsul Yusof (yang turut membintanginya). Ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak, dan menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya.
KL Gangster mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, pada awal tahun 2014. Prekuel filem ini, KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 diikuti oleh dua terbitan turunannya Abang Long Fadil pada 29 Mei 2014 dan Abang Long Fadil 2 pada 24 Ogos 2017.
Untuk segala liputan kami tentang PUBG Mobile, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post