The Pokemon Company telah melepaskan maklumat baharu mengenai Pokemon Sleep hari ini! Memandangkan sambutan Halloween semakin hampir, acara khas bertemakan Halloween akan bermula dalam Pokemon Sleep nanti! Jom kita lihat lebih lanjut mengenainya.
Halloween 2023 — Double Candy Research

Acara bertemakan Halloween, “Halloween 2023 — Double Candy Research,” akan diadakan dalam Pokemon Sleep. Acara selama seminggu ini akan diadakan setahun sekali.
- Tempoh Acara: 30 Oktober 2023 (4 pagi) – 6 November 2023 (3:59 pagi)
- Kawasan: Greengrass Isle
Pemain akan berpeluang bertemu Pikachu yang memakai topi Halloween, serta banyak Pokémon jenis Ghost seperti Gastly! Dalam tempoh ini, pemain akan menikmati dua kali ganda jumlah gula-gula biasa yang diperoleh daripada menjalankan penyelidikan tidur, dan mengambil bahagian dalam misi khas untuk mendapatkan Handy Candies dan item lain.

Good Sleep Day
Dalam Pokémon Sleep, acara Good Sleep Day akan diadakan game dari 28 Oktober (4:00 pagi) hingga 31 Oktober (3:59 pagi). Dalam game, Kuasa Drowsy Snorlax akan digandakan pada 29 Oktober, malam bulan purnama. Pemain mungkin dapat menarik lebih banyak Pokémon atau melihat gaya tidur yang lebih nadir semakin besar Kuasa Drowsy ini berkembang.
Snorlax Bangga! – Lebih 100,000 tahun tidur telah dikesan!
Pokémon Sleep telah dikeluarkan di seluruh dunia untuk iOS dan Android pada Julai 2023 dan mencapai 10 juta muat turun di seluruh dunia pada bulan Ogos. Menjelang September, jumlah tidur yang dijejaki di seluruh dunia melalui Pokémon Sleep* telah melebihi 900 juta jam, yang bersamaan dengan kira-kira 105,000 tahun!

Pokemon Sleep tersedia di iOS dan Android sekarang! Untuk mendapatkan berita lain mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post