Acara E3, sememangnya antara acara yang ramai gamer nantikan kerana banyak pengumuman game baru selalu didedahkan semasa acara ini. Pada mulanya E3 2022 diadakan secara dalam talian tetapi nampaknya ia juga dibatalkan. Senang cerita, E3 2022 telah dibatalkan secara rasmi. Ini merupakan kali kedua ia telah dibatalkan.
Pertama kali ianya dibatalkan kerana lockdown seluruh dunia akibat pandemik COVID-19 pada tahun 2020. Tahun lepas, E3 telah diadakan secara dalam talian yang berlangsung di Los Angeles Convention Center. Nampaknya tahun ini tidak akan ada acara fizikal atau dalam talian untuk E3. Tetapi ini tidak bermaksud E3 akan dibatalkan sampai bila-bila. Tunggu sahaja pengumuman lanjut daripada Entertainment Software Association (ESA) untuk E3 2023.

“E3 2023 akan kembali dengan pameran yang akan menyambut pelbagai game menarik dan menyeronokkan serta inovasi industri baru,” kata pihak penganjur melalui emel yang telah telah dihantar. Ia juga dirancang untuk kembali ke Los Angeles untuk acara tersebut tetapi ia juga akan mempunyai pameran untuk komponen digital.
Walaupun begitu, ada satu lagi acara yang anda boleh nanti-nantikan iaitu Summer Game Fest yang akan berlangsung pada bulan Jun ini. Tarikh tetap untuknya masih belum diumumkan tetapi di laman web rasmi terdapat beberapa syarikat game yang akan sertainya seperti 2K, Bandai Namco Entertainment, Epic Games, SEGA,PlayStation, XBox, Ubisoft dan banyak lagi.
Anda boleh harapkan beberapa pengumuman game baru, demo untuk dicuba serta kemas kini baru untuk game yang anda nantikan. Acara ini akan berlangsung secara dalam talian di beberapa platform seperti Twitch, Youtube, Twitter, Facebook dan lain-lain. Lebih penting lagi, ianya percuma! Jadi, anda tidak perlu risau mengenai tentangnya. Boleh ikuti laman sosial rasmi Summer Game Fest untuk mendapatkan kemas kini baru mengenainya.
Apapun, kepada anda yang kecewa mengenai pembatalan acara E3, jangan sedih sangat. Kami yakin Summer Game Fest mempunyai berita panas yang menanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai acara daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post