Hari ini, PUBG MOBILE secara rasmi melancarkan kolaborasi dengan siri anime terkenal, JUJUTSU KAISEN. Mulai hari ini hingga 15 Mac, crossover ini menambah set atau skin Cosplay berdasarkan watak utama daripada siri, musuh berbentuk ‘Cursed Corpse’, aktiviti pemburuan Cursed Object, emote istimewa baru dan item bertema JUJUTSU KAISEN lain.
Korang dapat melihat watak dan karya seni termasuk Yuji Itadori, bersama rakan-rakannya, Megumi Fushiguro, Nobara Kugisaki dan Satoru Gojo, yang semuanya tersedia dan boleh dipakai melalui Set Cosplay. Pemain juga boleh bertarung menggunakan mode bertema baru dengan memilih ‘Ranked Theme Mode’ untuk sama ada peta Erangel atau Livik yang dipenuhi oleh musuh ‘Cursed Corpse’. Dalam setiap peta, pemain akan menemui peti ‘ Cursed Object’, yang mengandungi jari sumpahan Sukuna. Cari dan kumpulkan semua jari untuk dapatkan ganjaran istimewa. juga akan muncul dalam mode ini.

Sepanjang kolaborasi ini, pemain juga akan dapat mengumpul ‘Exploration Progress’, sama ada melalui bermain mode JUJUTSU KAISEN atau mode Classic biasa. Dengan mengumpul ‘Exploration Progress’, korang dapat memperoleh ganjaran bertema JUJUTSU KAISEN, emote khas, Set Cosplay, skin senjata/kereta dan barangan lain berdasarkan Yuji Itadori, Megumi Fushiguro , Nobara Kugisaki dan Satoru Gojo.

Sekali lagi saya ingatkan: kolaborasi PUBG MOBILE dan JUJUTSU KAISEN rasmi dilancarkan hari ini dan tersedia di Erangel dan Livik sehingga 15 Mac. Untuk maklumat lanjut, sila layari halaman rasmi PUBG MOBILE di Facebook.
Bukan itu sahaja, peminat Jujutsu Kaisen di Malaysia juga boleh bergembira kerana filem Jujutsu Kaisen 0 bakal ditayangkan di pawagam Malaysia tidak lama lagi pada 10 Mac 2022. Berikut adalah sinopsis filem:
“Yuta Okkotsu adalah seorang pelajar sekolah menengah yang menderita dari sejenis masalah besar – iaitu rakan kecilnya, Rika telah bertukar menjadi sumpahan dan tidak akan meninggalkan Yuta. Oleh kerana Rika bukan sumpahan biasa, Yuta diperhatikan oleh Satoru Gojo, seorang guru di Jujutsu High.
Jujutsu High merupakan sebuah sekolah di mana para “exorcist” baru belajar cara-cara untuk melawan sumpahan. Gojo berjaya meyakinkan Yuta untuk mendaftar, tetapi adalah dia dapat belajar tepat pada masanya untuk menghadapi sumpahan yang menghantui dirinya?”
@gamersantaimy
Discussion about this post