Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

A Certain Scientific Railgun Season 4 Diumumkan, Pulang Selepas 5 Tahun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 17, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
A Certain Scientific Railgun Season 4 Diumumkan, Pulang Selepas 5 Tahun!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu pengumuman di Dengeki Bunko Winter Festival 2025, A Certain Scientific Railgun Season 4 akhirnya disahkan, menandakan kepulangan besar bagi francais ini selepas lima tahun sejak Season 3 tamat pada September 2020.

Musim baharu ini menjanjikan pengembaraan dan jalan cerita yang lebih yang lebih menarik di Academy City, di mana esper Level 5, Mikoto Misaka atau lebih dikenali sebagai “Railgun,” terus berjuang menentang musuh yang kuat serta merungkai misteri dunia yang maju secara teknologi tetapi penuh konflik.

Musim keempat ini akan memperluaskan lagi naratif yang telah dibina dalam musim sebelumnya dan dalam dunia A Certain Magical Index. Para peminat bakal menyaksikan sekali lagi gabungan aksi epik, elemen sains dan supernatural, serta momen-momen emosi yang menyentuh hati.

Barisan pelakon suara yang kembali termasuk Rina Satō sebagai Mikoto Misaka, Satomi Arai sebagai Kuroko Shirai, Aki Toyosaki sebagai Kazari Uiharu, dan Kanae Itō sebagai Ruiko Saten.

Musim ini akan diarahkan oleh Tatsuyuki Nagai dari J.C. Staff, manakala Kiyotaka Haimura akan bertanggungjawab dalam reka bentuk watak, memastikan gaya visual dan penceritaan yang menjadi identiti siri ini tetap terjaga sambil meneroka hala tuju baharu.

Kredit: ©2018 鎌池和馬/冬川基/KADOKAWA/PROJECT-RAILGUN T

Walaupun A Certain Scientific Railgun Season 4 sedang dalam pembangunan, tetapi tarikh tayangan masih belum diumumkan secara rasmi: hanya disahkan bahawa ia akan tiba “tidak lama lagi.”

Peminat lama mahupun penonton baru pastinya tidak sabar untuk melihat bagaimana kisah ini akan berkembang. Bagi mereka yang belum menonton, ini adalah masa yang terbaik untuk mengejar semula perjalanan A Certain Scientific Railgun.

Musim keempat dijangka membawa aksi yang lebih mendebarkan serta perkembangan watak yang lebih kompleks.

Kredit: ©2018 鎌池和馬/冬川基/KADOKAWA/PROJECT-RAILGUN T
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: A Certain Scientific Railgunanime
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Bocchi the Rock Season 2 Sah Diumumkan!

Next Post

Reviu Ninja Gaiden 2 Black – Remake Brutal Selepas 15 Tahun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Honkai: Star Rail – Panduan Lengkap Phainon: Abiliti, Build Terbaik & Komposisi Pasukan
Panduan

Honkai: Star Rail – Panduan Lengkap Phainon: Abiliti, Build Terbaik & Komposisi Pasukan

July 2, 2025
aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Next Post
Reviu Ninja Gaiden 2 Black – Remake Brutal Selepas 15 Tahun!

Reviu Ninja Gaiden 2 Black - Remake Brutal Selepas 15 Tahun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd