Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih 150 video dibuang, Toei Animation mula mengenakan tindakan keras ke atas YouTuber anime

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 8, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Lebih 150 video dibuang, Toei Animation mula mengenakan tindakan keras ke atas YouTuber anime
Share on FacebookShare on Twitter

Studio di sebalik anime popular seperti One Piece dan Dragon Ball, Toei Animation kini terlibat dalam kontroversi selepas mengenakan tindakan keras ke atas seorang YouTuber anime.

https://www.youtube.com/watch?v=WaeqXWzaizY&t=

Menurut Totally Not Mark, Toei Animation telah membuang lebih daripada 150 video (terdiri daripada video analisis tentang One Piece dan Dragon Ball) di halaman YouTube-nya kerana isu pelanggaran hak cipta dalam tempoh masa 24 jam. Walau bagaimanapun, dia mendakwa bahawa kesemua video ini digunakan dalam cara yang adil dan tidak melanggar sebarang undang-undang.

Mark juga mengatakan bahawa sembilan daripada video yang dibuang tersebut tidak mengandungi apa-apa rakaman anime dari Toei dan hanya diisi video melukis. Bersama bukti ini, dia menuduh Toei atas alasan tidak bersikap adil dan agresif sedangkan pihak syarikat tidak menonton kandungan sebelum membuang video.

Dalam klip berdurasi hampir sembilan minit di atas, Totally Not Mark menjelaskan proses rayuan tuntutan di YouTube, yang boleh mengambil masa berbulan-bulan bagi setiap video. Pada penghujung proses, hanya satu video sahaja yang dapat diselamatkan tetapi malangnya, dia sudah kehilangan keupayaan untuk menjana pendapatan tetap. Mark mendakwa bahawa untuk mengembalikan 150 video yang dibuang, ia akan mengambil masa lebih 37 tahun.

Matlamat Totally Not Mark adalah untuk mendapatkan semula setiap video Dragon Ball dan One Piece miliknya. Walaupun merancang untuk memuat naik lebih banyak video baru, dia tidak akan berpuas hati sehingga isu itu diselesaikan.

“Saya tidak boleh dengan hati ikhlas menyokong syarikat yang secara aktif tidak menghormati, menghina dan memusnahkan komunitinya sendiri seperti ini.”

https://twitter.com/IamTheTrev/status/1468328803051184136

Pada masa yang sama, Totally Not Mark meminta peminat lain untuk memboikot filem Dragon Ball Super: SUPER HERO. Sejak kontroversi ini berlaku, ramai komuniti anime menyokong kata-kata Mark dan tidak setuju dengan tindakan Toei.

Apa pendapat korang? Walaupun YouTuber anime itu edit video ikut piawaian yang ditetapkan, patut ke Toei buat begitu? Jom kongsikan pendapat di ruang komen. Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemangaToei Animationyoutube
Previous Post

Tales of Crestoria akan menamatkan servis pada Februari 2022!

Next Post

Sony mendedahkan headset prototaip untuk next-gen VR!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit
Berita

BrownDust2 Kini Berstatus 18+ di Google Play Store, Kandungan Semakin Eksplisit

May 9, 2025
Next Post
Sony mendedahkan headset prototaip untuk next-gen VR!

Sony mendedahkan headset prototaip untuk next-gen VR!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd