Kita memang sememangnya suka dunia game yang penuh dengan idea yang rancak dan boleh bergaul dengan peminat game, tapi ada waktunya kita terlupa satu perkara yang penting dalam game iaitu Bahasa dalam game. Kita selalu tersilap guna kata dan game pun ada waktu dia jugak jadi, jom kita lihat 5 terjemahan salah dalam game.
5. Victoly = Victory/Kemenangan (Samurai Showdown)
Ni aku faham la sedikit sebab ada berkemungkinan tulis laju sangat ataupun dia guna google translate yang jadi “Victoly”.
4. Ceaseless Discharge = Pelepasan tanpa Henti. (Dark Souls)
Ceaseless Discharge ni dengan macam nama penyakit yang kronik, boleh juga nama kumpulan Death Metal terbaru. Kalau orang tak pernah dengar perkataan Ceaseless DIscharge, mesti diorang takkan fikir tu adalah karekter game dalam Dark Souls tetapi diorang akan fikir tu prosedur kat Hospital
3. Decoy Octopus = Umpan Sotong (Metal Gear Solid)
Aku kesian dua benda, satu sebab nama keluarga dia adalah Sotong, dan dua nama dia adalah Umpan, tak paham aku kenapa Kojima letak nama dia sebab Umpan, mungkin dia suka memancing kot.
4. Welcome To Die = Selamat Datang Untuk Mati (X-Man Arcade)
Pergi mana tu Magneto? Pergi Mampus eh? Adakah nama tempat tu Die? Kalau ya pun, kenapa kena nama Die? Macam cantik je tempat tu untuk mati.
5. Shine Get! = Bersinar Dapatkan….dapatkan apa? (Mario Sunshine)
Shine get…..dapat apa mario? Kenapa berhenti? Apa yang kau dapat? Bagitau kitorang Mario! Jangan diam je Mario!
Honorable Mention:-
“Your fists of evil are about to meet my steel wall of niceness” – Penumbuk kejahatan kau akan bertembung dengan dinding besi aku yang baik hati….wtf?
“Wubba, wubba. I’m in the pink today, boy!” – Wubba, wubba. Aku dalam warna Merah Jambu hari ini, budak!
-Fatal Fury Special.
@gamersantaimy
Discussion about this post