Undang-undang ketat China terhadap gaming kini akan mempengaruhi aktiviti streaming/acara siaran langsung, dan secara tidak langsung “mungkin” menyebabkan eSukan PUBG lenyap dari kewujudan. Laporan baru ini datang dari pemberi maklumat PUBG yang mengatakan bahawa game ini telah dibuang dari tiga platform streaming paling popular di China.
PlayerIGN, adalah seorang pembocor maklumat yang terkenal untuk berita berkaitan PUBG, dan pada hari semalam, dia telah memuat naik satu tweet yang berkata: “PUBG esports mungkin akan berakhir di China,”. Menurut info ini, PUBG telah dikeluarkan dari platform DouYu, Huya, dan juga egame.qq dari Tencent. Ketiga-tiga laman web ini memberi sumbangan yang besar kepada aktiviti streaming di China dan boleh disamakan dengan YouTube, Facebook, dan Twitch di luar negara.
Undang-undang ini dilaksanakan berikutan mesyuarat antara Tencent dan kerajaan China pada awal bulan ini yang meminta game online baru supaya tidak diluluskan kerana kerajaan mengarahkan Tencent untuk tidak menumpukan perhatian semata-mata pada keuntungan dan memerangi ketagihan gaming antara kanak-kanak bawah umur. Kerajaan China juga tidak setuju akan kandungan berunsur “homoseksual” dalam game dan meminta Tencent untuk mengelakkan dari daripada mempromosikan watak homoseksual dan jalan cerita seumpamanya.
/cdn.vox-cdn.com/uploads/chorus_image/image/59194279/GettyImages_894819186.0.jpg)
Mermandangkan PUBG dibuang dari aktiviti online streaming, ia telah secara efektif menghalang sumber pendapatan utama eSukan PUBG di China. Pada masa yang sama, ia juga akan mengakibatkan pelbagai isu besar untuk content creator, pasukan eSukan, organisasi eSukan, dan syarikat domestik yang bergantung pada PUBG.
Selain itu, South China Morning Post melaporkan bahawa China telah menetapkan peraturan baru tentang streaming, dan melarang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dari mendaftar untuk menjadi content creator dan mengenakan had masa dan wang. Menurut SCMP, “tindakan juga akan diambil untuk mengklasifikasikan permainan dengan lebih baik, meninjau kandungan, mengehadkan waktu permainan, dan melindungi maklumat dan privasi anak-anak.”

Pada bulan lepas, China telah menerapkan peraturan di mana kanak-kanak di bawah umur 18 tahun hanya mempunyai masa selama tiga jam setiap minggu untuk bermain game dan diminta menggunakan nama sebenar dan mengharuskan imbasan pengecaman wajah (facial recognition). Apa pendapat anda? Adakah undang-undang ini keterlaluan dan adakah ia sebenarnya efektif untuk mencegah isu ketagihan di kalangan anak muda?

@gamersantaimy
Discussion about this post