Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Scalper Malaysia sudah mula jual PS5 pada harga tak masuk akal!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 13, 2020
in Artikel, Berita, Bimbingan, PS5, Tempatan
0 0
0
Scalper Malaysia sudah mula jual PS5 pada harga tak masuk akal!
Share on FacebookShare on Twitter

PlayStation 5 sudah tersedia untuk pra-pesan di Malaysia, tetapi sudah ada scalper di luar sana yang berusaha menjual konsol generasi seterusnya Sony dengan harga yang terlalu tinggi. Sejak mendedahkan tarikh keluaran dan harga rasmi beberapa hari lepas, ramai netizen menanti pelancaran konsol dan permainan video kegemaran mereka.

Sumber – Lowyat.net

Namun, tidak semua yang dapat memperolehinya. Pra-pesanan di Malaysia dibuka pada 12 November 2020 tetapi dengan cepat berubah menjadi huru-hara selepas ramai pulang ke rumah dengan tangan kosong ketika setiap kedai dan pengedar rasmi habis menjual stok simpanan. Datang lah Scalper, yang bermaksud orang yang berjaya membeli produk dengan tujuan untuk menjualnya pada harga yang lebih tinggi daripada pasaran. Sejurus selepas pra-pesanan, tawaran mula muncul daripada beberapa penjual untuk konsol PS5 dengan harga yang terlalu tinggi.

Scalper cuba memanfaatkan pelancaran PS5 demi mengeksploitasikan kegelisahan netizen yang tidak berjaya memperoleh PlayStation 5. Gambar yang ditunjukkan di bawah memaparkan beberapa iklan di Mudah.com dan Facebook yang bertujuan untuk menjual PlayStation 5 baru pada harga luar biasa. Di mana-mana pengedar rasmi, harga PS5 standard (Disc) ialah RM2,299 tetapi iklan dalam gambar menunjukkan angka antara RM3,00 hingga RM3,999.

Malangnya, beberapa scalper ini mungkin dapat memperoleh harga yang diminta kerana kekurangan stok. Ramai kedai di Malaysia mengumumkan bahawa semua pra-pesanan telah habis dijual dan memberitahu netizen untuk memeriksa kembali selepas mendapatkan maklumat lanjut.

Adakah membayar dua kali ganda untuk PS5 benar-benar lebih berbaloi berbanding menunggu untuk stok diisi semula? Kita semua benci scalper, dan ia sebenarnya mudah untuk hentikan gejala ini sekiranya kita tidak membeli daripada mereka. Isu ini masih berlaku hanya kerana pengguna sanggup membayar dua kali ganda untuk sesebuah produk. Jadi, apa pendapat anda? Apakah cara paling efektif untuk membendung isu ini? Jom bincangkan di ruang komen.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Malaysiaplaystation 5pra-pesanps5scalperSony
Previous Post

Masih baru dalam dunia Manga/Anime? Kenali Genre yang tersedia untuk karya Jepun ini!

Next Post

BIC Festival 2020 dengan gamers dari 43 negara, berjaya ditutup dengan mempersembahkan paradigma baru pameran dalam talian!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
BIC Festival 2020 dengan gamers dari 43 negara, berjaya ditutup dengan mempersembahkan paradigma baru pameran dalam talian!

BIC Festival 2020 dengan gamers dari 43 negara, berjaya ditutup dengan mempersembahkan paradigma baru pameran dalam talian!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd