Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Star Wars: Squadrons – Pertempuran epik di bintang-bintang angkasa!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 17, 2020 - Updated on October 20, 2020
in Artikel, Berita, Game Review, PC, PS4, Review, Simulator, Xbox One
0 0
0
Ulasan Star Wars: Squadrons – Pertempuran epik di bintang-bintang angkasa!
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun siri filem moden semesta Star Wars pasti telah mempolarisasikan masyarakat selama setengah dekad terakhir, permainan video Star Wars juga telah melihat keluaran yang positif dalam beberapa tahun terakhir.

Walaupun awalnya negatif, Battlefront II berkembang menjadi game yang masih dimainkan dan disukai hingga kini. Jedi: Fallen Order pula menyeronokkan peminat dengan gameplay adventure yang menceritakan sebuah kisah yang menarik. Vader Immortal adalah pengalaman ringkas tetapi mengaysikkkan yang menguji batasan Star Wars dalam VR. Sekarang kita mempunyai Star Wars: Squadrons, sebuah simulator penerbangan yang digambarkan sebagai “pertempuran ruang angkasa Star Wars“.

Star Wars: Squadrons terdapat dalam dua bahagian – kempen single-player, dan mod multiplayer. Saya akan mulakan dengan kempen single-player, memandangkan permainan memaksa anda mencubanya pada awal permainan. Kita boleh bermain sebagai dua watak berbeza – rekrut terbaru ke skuad Vanguard milik New Republic, atau rekrut skuad Titan milik Empire. Jalan cerita Squadrons sebenarnya cukup mudah. Berlangsung selepas Battle of Endor dan seiring dengan kisah Battlefront II, ia menceritakan kisah yang menarik, walaupun single-player jelas bukan fokus utama permainan.

Single-player pada dasarnya adalah tutorial interaktif. Setiap misi memberi anda pengalaman dengan kapal atau playstyle baru . Mula-mula, ia memaksa anda memakai A-Wing, untuk mengutamakan ofensif ketika rakan menghancurkan kapal perang musuh. Berikutnya, anda akan mengemudi Y-Wing, untuk terbang di atas stesen angkasa musuh bagi membuat malapetaka, sementara yang lain memaksa anda menggunakan kapal sokongan TIE Reaper, demi menumpukan perhatian pada melindungi dan mempertahankan stesen angkasa sendiri daripada serangan musuh. Ini adalah kaedah yang bijak untuk mengajar mekanik dan peranan permainan dengan cara yang sangat bermaklumat.

Selain itu, kita mempunyai kemampuan untuk mengalihkan kuasa ke satu aspek tertentu di kapal, yang sangat penting jika anda ingin bertahan hidup. Ingin tembak musuh? Alihkan kuasa ke senjata untuk memastikan laser anda tidak terlalu panas. Ingin bom stesen angkasa musuh? Alihkan kuasa ke enjin supaya anda dapat menghampirinya. Ini juga diaplikasikan dengan kemampuan untuk mengutamakan bahagian kapal yang terlindung. Secara, perisai kapal mempunyai daya ketahanan yang sama, tetapi jika anda ingin membuat serangan kamikaze, kita boleh tumpukan semua perisai ke depan untuk bertahan daripada serangan laser musuh yang datang. Jika ada musuh mengekor anda, tumpukan semua perisai ke belakang untuk kekal hidup sehingga salah seorang rakan sepasukan dapat membantu.

Selain mengalihkan kuasa, kapal kita memiliki banyak pilihan ofensif. Terdapat pelbagai jenis laser, bentuk badan, perisai, peluru berpandu, dan pilihan “tambahan”. Pilihan ini dapat dibuka dengan mudah, dan setiap pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan yang memenuhi gaya playstyle berbeza. Bagi mereka yang risau jika kita perlu menggunakan duit sebenar, jangan risau kerana anda tidak perlu bayar duit betul untuk memilikinya.

Alang-alang kita bercakap tentang topik customisation, kita juga mempunyai pilihan untuk mengubah suai penampilan juruterbang. Ini adalah kosmetik semata-mata dan dapat dibuka dengan menggunakan “Glory“, yang diperoleh selepas menyelesaikan misi atau cabaran. Terdapat banyak jenis pakaian dan topi keledar untuk dipilih, serta emote dan gaya (pose) kemenangan.

Semasa bermain Star Wars: Squadrons, anda boleh pilih antara Empire atau New Republic. Walaupun terdapat perbezaan yang jelas bagi kapal-kapal di kedua-dua belah pihak, ia sebenarnya mempunyai fungsi yang berbeza, dengan masing-masing mempunyai mekanik unik yang membolehkan banyak gaya permainan. Terdapat dua perbezaan utama daripada segi fungsi yang ditawarkan oleh dua pihak tersebut. Kapal-kapal New Republic semuanya dilengkapi dengan perisai, yang seperti yang sebutkan di atas, lalu dapat digunakan untuk menghalang serangan dan melindungi bahagian-bahagian tertentu di kapal. Selain daripada TIE Reaper, kapal Imperial yang lain tidak mempunyai kelebihan ini tetapi diimbangi oleh kapal yang lebih defensif dan kelajuan yang lebih pantas.

Walaupun begitu, pertarungan tidak akan mudah untuk menang tanpa abiliti “Convert Power“. Abiliti ini, yang  hanya terdapat pada TIE Fighters, Bombers and Interceptors, membolehkan juruterbang “overcharge” enjin atau senjata mereka. Enjin yang “overcharge” akan mengisi meter boost anda dan memaksimumkan kelajuan untuk segera larikan diri, manaka senjata yang “overcharge” akan mengisi meter laser serta-merta, lantas membolehkan jumlah DPS yang tiada tandingan jika digunakan dengan betul. Keupayaan ini pada dasarnya tidak ada cooldown, tetapi mempunyai beberapa kekurangan, kerana ia sepenuhnya mengosongkan sistem alternatif untuk mengecas bahagian yang dikehendaki. Enjin yang “overcharge” akan mengosongkan senjata anda dan senjata yang “overcharge” akan segera mengurangkan kelajuan anda.

Saya sudah jelaskan apa yang patut tentang gameplay, sekarang kita boleh membincangkan tentang mod multiplayer iaitu fokus utama Star Wars: Squadrons. Pada masa ini, terdapat tiga mod berbeza dalam talian iaitu: Dogfight, Fleet Battle Ranked, dan Fleet Battle vs AI. Dogfight adalah TDM 5v5 standard anda di mana kita terbang di sekitar, menembak kapal, dan menang. Ia menawarkan cara yang baik untuk berlatih menentang pemain sebenar dalam persekitaran unranked. Pemilihan peta pula diambil dari lokasi yang dikunjungi dalam kempen. Setiap peta adalah medan perang yang memuaskan, dengan asteroid dan serpihan meteor memberi anda penghadang untuk mengelakkan serangan.

Kemudian kita mempunyai Fleet Battle, sebuah mod tarik tali inovatif yang seronok untuk bermain dan sangat bermanfaat untuk menang. Mod ini dimulakan dengan pertarungan di tengah peta. Mengalahkan musuh memberi anda “morale“, dan apabila anda mempunyai “morale” yang cukup, kita dapat meluaskan medan perang untuk menyerang dan menghancurkan stesen angkasa musuh. Jika kita mati, anda harus kembali ke bahagian pertahanan sehingga dapat membina “morale” semula. Ini berulang-ulang sehingga satu pasukan kehilangan stesen angkasa mereka. Mod ini sangat bergantung pada komunikasi dan komposisi pasukan yang baik. Anda perlu sekurang-kurangnya berada di level 5 untuk bermain Fleet Battle Ranked.

Memandangkan saya bukan penggemar simulator pertempuran udara tetapi masih dapat menikmati Star Wars: Squadrons, ini adalah bukti kehebatan Motive Studios untuk membawa pendatang baru ke dalam genre dan mengajar mereka mekanik permainan tanpa rumitkan keadaan. Keputusan mereka untuk menyamarkan tutorial di sebalik kempen single-player yang menarik adalah pilihan yang bagus walaupun fokus adalah pada mod multiplayer, tetapi ini adalah bukti kesungguhan dan kasih sayang yang telah dimasukkan dalam permainan. Selepas belajar daripada kesilapan permainan Star Wars yang lalu, Star Wars: Squadrons telah terbang dengan lancar di langit, dan firasat saya mengatakan bahawa ia hanya akan terbang lebih tinggi dari sini.

GS Gameplay:

Itu sahaja untuk ulasan ini. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming! Star Wars: Squadrons kini boleh didapati untuk pelantar PlayStation 4, Xbox One, dan PC. Untuk segala liputan lama kami tentang permainan, sila klik di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Star Wars: Squadrons

8 Score

Memandangkan saya bukan penggemar simulator pertempuran udara tetapi masih dapat menikmati Star Wars: Squadrons, ini adalah bukti kehebatan Motive Studios untuk membawa pendatang baru ke dalam genre dan mengajar mereka mekanik permainan tanpa rumitkan keadaan.

Review Breakdown

  • Selepas belajar daripada kesilapan permainan Star Wars yang lalu, Star Wars: Squadrons telah terbang dengan lancar di langit, dan firasat saya mengatakan bahawa ia hanya akan terbang lebih tinggi dari sini. 0
Tags: Motive StudiosPCPS4reviewsimulatorstar warsStar Wars: SquadronsulasanXbox One
Previous Post

“Membawa klasik dalam generasi baru” – Temuramah EKSKLUSIF Director & Lead Designer Call of Duty: Black Ops Cold War, David Vonderhaar & Matt Scronce

Next Post

Terlalu comel! Tangkap mainan comel Rathalos dan rakan-rakan oleh Capcom Figure Builder!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Terlalu comel! Tangkap mainan comel Rathalos dan rakan-rakan oleh Capcom Figure Builder!

Terlalu comel! Tangkap mainan comel Rathalos dan rakan-rakan oleh Capcom Figure Builder!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd