Setelah berhempas pulas memenuhkan kapasiti level kami di Borderlands 3, siapa sangka akhirnya ekspansi DLC terbaru yang diberi nama Bounty of Blood secara rasmi telah hadir di pasaran! Dalam DLC terbaru ini menampilkan pelbagai pencirian baru yang tersedia pada pemain termasuk kawasan baru untuk diterokai, cerita baru, barangan dalam permainan yang baru dan banyak lagi untuk pengalaman yang menakjubkan.
Kalau anda nak tahu, Bounty of Blood merupakan ekspansi ketiga dari yang keempat dimana ianya dijadualkan hadir September 2020 ini di Borderlands 3. Sejak pelancaran rasmi Borderlands 3, Gearbox Software dan 2K telah mengeluarkan 2 lagi ekspansi DLC yang diberi nama Moxxi’s Heist of the Handsome Jackpot dan juga Guns, Love, & Tentacles. Sejujurnya, Bounty of Blood adalah sebuah DLC yang berbeza dengan sebelum ini kerana memberi watak dan nafas baru dari penceritaan asal.
Jadi kali ini kami berpeluang sendiri untuk mencuba DLC penuh Borderlands 3: Bounty of Blood dan anda bakal menghabiskan keseluruhan DLC “mengikut kehebatan watak anda” dan senjata yang dipilih sekurang-kurangnya dalam 3-4 jam! Tanpa melengahkan masa jom terbang kedunia baru Borderlands 3!
Selamat datang ke GEHENNA
Masuk sahaja ke Sanctuary, kami diarahkan untuk terbang ke dunia baru untuk menyelesaikan misi “Bounty Hunter” watak kami yang diupah oleh Sheriff di kawasan tersebut. Pertama kali sampai di Gahenna mengingatkan kami ibarat berada dalam filem Cowboy atau seperti permainan Red Dead Redemption. Berjumpa terus dengan seorang wanita bernama Rose bersama “haiwan peliharaannya” sambil dia menceritakan serba sedikit mengenai cara membelanya. Tetapi, dia bukanlah sahabat sebenar dalam permainan, lebih mengejutkan Rose sebenarnya dia adalah anatagonis utama dalam DLC ini!
Ya, beralih semula kepada Sheriff yang perlu kami temui di sebuah perkampungan bernama “Vestige” yang dijumpai di Saloon kawasan tersebut, tetapi malangnya pada awal penceritaan selepas Sheriff mengenalkan perkampungannya, kami diserang oleh puak musuh utama dalam DLC ini iaitu Devil Riders, sebuah geng “outlaw” yang juga ada diantaranya menunggang Devils (musuh baru berjenis Dinasaur). Kini objektif utama kami adalah untuk dapatkan semula Obsidian Stone yang dicuri sehingga menyebabkan kematian Sheriff di awal penceritaan dan dia memberi kami lencana dia kemudian untuk diberikan kepada Juno untuk menjadi penggantinya.
Nak menampakkan ciri-ciri “Old-skool” dalam penceritaan, ada suara naratif yang sentiasa mengiringi kami “suara latar belakang” lah yang menceritakan pelbagai sejarah atau hint dalam permainan. Jadi kadang-kadang tu kena fokus sedikit apa yang diceritakan olehnya untuk ketahui mengenai sesuatu kawasan baru yang dijelajahi.
Semua misi di Gahenna agak memuaskan!
Apabila jejak ke kawasan baru sudah semestinya kami teruja untuk memainkannya. Lebih-lebih lagi, untuk menyelamatkan kampung ini, terdapat juga beberapa kemaskini termasuk kenderaan baru yang boleh digunakan dinamakan “Jetbeast“. Jetbease ni kalau lihat dari segi reka bentuk memang nampak sangat menarik, tetapi dari segi kelajuan ianya agak tidak memuaskan kecuali ditekan shift untuk diberi kelajuan.
Kesemua misi agak mudah untuk diselesaikan terutama ada beberapa ciri baru yang membantu kami untuk menyelesaikan masalah. Seperti kami dapat menggunakan tumbuhan “brizare” yang digelar oleh Devil Rider seperti yang dinyatakan oleh Juno. Menariknya tumbuhan ini, ianya boleh membuat kami melompat tinggi oleh kerana hasil angin yang dikeluarkannya. Jadi ianya banyak disediakan di kawasan tertentu untuk memudahkan perjalanan kita.
Ada juga jenis “gems yang baru” dinamakan “Coresploder” dimana kita perlu memecahkannya dan ianya akan mengeluarkan letupan yang besar mengikut kawasan pandangan yang kita melihat untuk ianya meletup. Seperti ada di satu kawasan yang membuat kami teruja untuk menggunakannya kerana kami perlu meletupkan buunga api untuk memecahkan pintu!
Terdapat satu misi ketika kami memerlukan bantuan di “Crane Contentment” dan berjumpa seorang nenek tua bernama Oletta. Oletta telah membantu kami menemui sebuah tumbuhan “traitorweed” yang dapat “menjinakkan” musuh untuk seketika selepas menembaknya dan ianya mengeluarkan gas. Ketiga-tiga jenis tumbuhan ini rasanya hampir keseluruhan peta boleh menjumpainya!
Untuk misi-misi utama kebanyakkannya di kawasan yang lebih kurang jaraknya dengan perkampungan tersebut. Antara misi yang menarik perlu kami selesaikan antaranya seperti “Off the Rails” bagi mengetahui mengenai dalang sebenar gang yang menyusahkan orang kampung ini. Ada juga misi yang memerlukan kami untuk memasang “core bomb” untuk letupkan kawasan, ketika itu jangan tanya kenapa suara latar belakang tu kerap terlebih semangat terdengar-dengar di corong telinga kami!
Juno turut memperkenalkan satu ciri terbaru yang menyenangkan kami untuk teleport dikawasan tertentu terutama ianya memudahkann kami ketika mengejar Rose dalam misi utama. Teleport tersebut diberi nama “Telezapper” dan perlu masuk ke sebuah arca Telezapper tersebut. Tetapi untuk dingatkan ianya tidaklah pergi terlalu jauh, dalam misi yang kami main semuanya dalam jarak 50meter sahaja.
Jadi, jangan risau, dalam DLC ini anda juga perlu melawan beberapa Bos untuk ke peringkat seterusnya, dan menewaskan mereka sememangnya ibarat menghilangkan dahaga kami! Dan pada akhir misi, kami perlu menewaskan Rose serta haiwan peliharaannya “The Ruiner”! Nak menewaskan mereka sebenarnya sangat mudah, asalkan jika senjata anda adalah “Legendary” dan tersangatlah OP! Andai kata senjata anda hanya “Epic” mungkin akan memakan lebih banyak masa dalam membunuh mereka. Selepas selesai sahaja misi tersebut, kami pun menuju semula ke kampung tersebut dan kini “The Ruiner” pula yang menjadi Monumen peringatan di kampung tersebut!
Dan habis lah misi anda, maka inilah masa untuk anda mendapatkan ganjaran “Bounty” sehingga habislah bilik besi bank hasilnya! Kat situ terdapat senjata baru untuk dimiliki, duit, ganjaran biasa, eh memang syurga lah membuka semua looting disitu! Bagi yang dah habis misi utama tu, jangan risau sebab ada lagi side mission yang anda boleh teruskan dalam permainan..
Kapasiti Level makin meningkat~
Dalam DLC Borderlands 3: Bounty of Blood ini akan menaikkan level anda lagi, bagi sesiapa yang dah cecah level 57, jika anda melakukan banyak pembunuhan memang senang ianya dinaikkan pada level 60 (kapasiti maximum setakat DLC ini).
3 Skill point terbaru juga ditambah pada skill tree dan anda perlu hati-hati menaikkan kapasitinya, jika tersilap habislah senjata lama pula yang dikurangkan kekuatannya! Jadi ia, anda perlu “refarm” semula kebanyakkan item dalam simpanan anda untuk mendapatkan kekuatan sehebat boleh untuk meneruskan misi.
Kesimpulannya~ Kami sukakan DLC kali ini!
Level di Bounty of Blood adalah sangat besar dan memuaskan untuk eksplorasi! Kami sangat teruja dengan peta kali ini ibarat tersusun cantik dan tidak memeningkan kepala dari peta sebelum ini. Senang cerita, sangat mudah untuk menavigasinya! Pada awal agak kekok dalam kawasan baru, tapi apabila dah tahu jalannya hendak kemana atau apa yang perlu dilakukan, semamngnya ianya mudah sekali terutama dengan bantuan “brizare” dan “Coresploder”.
Mengenai looting, sememangnya dalam peta kali ini semuanya memuaskan hati! Terdapat pelbagai barangan untuk diloot tidak kira kawasan dan semua looting termasuk ganjaran yang diberi membuatkan kami teruja untuk menaikkan taraf senjata kami, skin kenderaan kami, termasuk dekorasi bilik kami. Ada lagi beberapa kemaskini yang turut kami ada kongsikan dalam artikel kami sebelum ini.
Jadi secara keseluruhannya, DLC Borderlands 3: Bounty of Blood sememangnya sebuah DLC yang menyeronokkan dan tidak membosankan. Dah selesai tu ibarat tak puas hati lagi, dan sudah semestinya kami akan terus bermain dan eskplorasi lebih peta ini dengan side-mission yang lain. Okay pada anda yang ingin mendapatkan DLC ini, ianya berharga RM64.00 di Steam manakala di PlayStation Store berharga RM60.00! Tidak perlu tunggu lama lagi okay dan teruskan ke pembelian sebab memang ianya cukup memuaskan hati!

@gamersantaimy
The Review
DLC Borderlands 3: Bounty of Blood
DLC Borderlands 3: Bounty of Blood agak memuaskan dari DLC sebelum ini bersama peta yang sememangnya mudah dibaca, misi yang mudah dimainkan, serta watak yang menarik~
PROS
- Peta baru yang sememangnya memuaskan hati dalam penjelajahan!
- Cerita baru yang menarik kerana kesemuanya bukan dari watak yang cerita asal
CONS
- Mungkin perlu ditambahkan lagi watak dalam setiap misi utama agar menjadi lebih menarik
- Skill point perlu disuaikan dengan betul
Discussion about this post