Sekejap sahaja dah hampir dua minggu dengan perkongsian terakhir kami untuk pandangan pertama serta temu ramah perkongsian Anthony Newman (Co-game Director) bagi permainan yang sangat dinantikan tahun ini iaitu The Last of Us Part II. Dijadualkan akan hadir ke platform PlayStation 4 pada 19 Jun 2020 ini, permainan dari Naughty Dog ini menjadi sesuatu yang berlainan dan lebih susah dari yang sebelum ini. Tetapi untuk diingati, review kami kali ini tidak mengandungi sebarang spoiler itu termasuk bahagian sinematik permainan agar anda dapat bermain dengan tenang nanti. Jadi tanpa melengahkan masa, kita lihat dulu gameplay perkongsian dari Naughty Dog untuk The Last of us Part II dahulu;
Makin rumit dan menarik setiap masa!
Wabak makin merebak di seluruh Amerika Syarikat bukan setakat dari fugus yang menjangkiti, yang terjangkiti turut merebakkan wabak tersebut dengan gigitan mereka, lima tahun berlalu selepas menempuh perjalanan yang penuh bahaya bagi Ellie dan Joel yang menetap di Jackson City, Wyoming. Mereka masih menghadapi ancaman jangkitan wabak yang mengubah manusia ini juga dengan mangsa-mangsa yang terdesak untuk meneruskan kehidupan. Di samping itu, mereka masih menjalani kehidupan yang masih stabil dalam komuniti yang selamat.
Di seluruh pasca dunia Amerika Syarikat setelah wabak itu merebak, lima tahun setelah berakhirnya perjalanan berbahaya, Ellie dan Joel menetap di Jackson City, Wyoming. Walaupun mereka masih perlu menghadapi ancaman jangkitan dan mangsa yang lebih terdesak, mereka menjalani kehidupan yang damai dan stabil dalam komuniti bersama yang terselamat.
Sehingga satu hari mendatang hingga konflik ganas yang mengganggu keamanan bagi mempertahankan keadilan, Ellie menjadi sasaran dan teruskan perjalananya dengan penuh rasa dendam dan kejam menentang yang terjangkiti wabak dan puak musuh yang berlainan di sebalik keruntuhan Seattle. Dalam penentangan membalas dendam, satu persatu pelaku harus dihadap Ellie sambil menghadapi bahaya tanpa henti oleh kerana penderitaan yang ditanggungnya. Konflik moral juga sering terjadi dan gelombang dalaman yang naik turun dalam perjalanan yang penuh keganasan dan mencabar definisi kami tentang pekara yang betul atau salah juga baik atau jahat.
Sesiapa yang tidak pernah bermain The Last of Us mungkin akan menyatakan permainan ini hanyalah seperti permainan zombie yang lain. Tetapi pada pemain yang dah selami perjalanan cerita permainan ini dari permainan asal yang hadir pada tahun 2013 di PlayStation 3 dan kini setelah beberapa tahun berlalu selepas ramai pemain setia menantikan kesinambungan permainan ini, mesti rasa teruja kerana keinginan diri yang kuat untuk mengetahui apa yang terjadi dalam perjalanan hidup Ellie dan Joel. Naughty Dog berjaya membuat sebuah permainan dengan gabungan sinematik cerita yang sangat menyentuh hati ibarat filem. Menceritakan setiap kisah yang menarik dari setiap babak dalam The Last of Us Part II adalah kuncinya bersama keseimbangannya. Walaubagaimanapun, kisah tidak boleh diceritakan begitu banyak, kerana hak pemain harus dihormati.
Aksi penuh gementar dan terdesak untuk teruskan hidup!
Antara hidup dan mati, anda boleh bertaruh dalam kehidupan yang dijalankan Ellie dalam sistem permainan baru ini. Dengan pelbagai peningkatan prestasi pertempuran jarak dekat berintensi tinggi, aksi tanpa henti dan siluman dinamik, setiap perjuangan Ellie ibarat terdesak untuk bertahan hidup. Dari watak yang nampak sangat realiti, memberi setiap emosi hingga kekerutan muka yang ketara nampak, setiap emosi yang dikeluarkan memberi impak seperti tangisan ibarat ianya sesuatu kehidupan sebenar yang terjadi dihadapan mata kita sendiri. Pelbagai senjata, barangan kraf untuk dipersuaikan mengikut kemampuan Ellie dengan gaya permainan anda sendiri. Nyata untuk menyelamatkan diri dari yang terjangkiti menjadi sesuatu yang paling ditakuti dalam permainan ini.
Sistem yang dinaik taraf
Pertama sekali, anda berpeluang 100% untuk menyelesaikan permainan tanpa sebarang naik taraf tetapi sudah semestinya menaik taraf menjadikan permainan lebih lancar. Tetapi, ingin menaik taraf bukan lah sesuatu yang mudah, sumber sentiasa tidak mencukupi kerana jumlah sumber seperti skru dan pil nyata begitu terhad. Jadi untuk meningkatkan kemahiran pasti sesuatu yang sangat payah. Jadi pilih yang terbaik untuk anda dan lihat kemahiran yang mana paling penting untuk anda.
Terdapat 5 jenis “Survival Skill” dan hanya yang pertama dibuka saat awal permainan. Yang selebihnya memerlukan anda untuk mencari panduan survival atau majalah sepanjang permainan. Ada juga yang memerlukan anda untuk menyelesaikan puzzle seperti membuka peti besi dan ada juga kawasan tertentu untuk anda mendapatkan majalah. Ada juga dalam naik taraf kemahiran ini akan membuka barangan kraf baaru dan selalunya peluru.
Hampir kesemua senjata dapat dinaik taraf dan dipertingkatkan. Selagi ada meja kerja untuk meningkatkan senjata, pastikan anda mempunyai sumber yang mencukupi! Jadi selepas menaik taraf contohnya dengan menambah skop pada senjata anda, anda dengan senang boleh menewaskan musuh dengan tembakan yang boleh dilihat dari jarak jauh dan lihat melalui skop. Juga, anda boleh menaik taraf senjata sehingga dapat menampung lebih banyak peluru dan juga meningkatkan kerosakan dan kekuatan senjata api kerana setiap senjata yang berbeza, ianya mempunyai statistik yang berbeza untuk ditingkatkan, tidak semua senjata memberi peningkatan fungsi yang sama.
Bersedia menghadap musuh yang baru!
Kali ini anda perlu bersedia dengan beberapa musuh yang terbaru termasuk musuh manusia dan juga musuh yang dijangkiti wabak. Kita bermula dengan musuh manusia dimana dipecahkan dalam beberapa puak yang berbeza iaitu sebilangan organisasi ibarat tentera bersenjata profesional bersenjata – Washington Liberation Front (WLF),juga puak yang beragama mahir dalam penggunaan busur dan anak panah, senjata jarak dekat dan serangan menyelinap serta SCAR di mana mereka lebih menggunakan tanda isyarat seperti bersiul dalam memberitahu di mana musuh atau yang dijangkiti serta mereka kurang berinteraksi sesama sendiri. Untuk musuh manusia lebih kepada kesukaran dihadapi kerana mereka tidak ingin mati dan lebih kepada menyelamatkan diri. Disebabkan itu, anda mungkin akan lihat apabila menyerang musuh mereka sering ambil tempat lindung dari terkena serangan dari kita.
Manakala untuk musuh manusia yang menggunakan senjata berat menjadi pencabar yang lebih berat untuk ditanggung dan ditewaskan kerana mereka turut mempunyai HP yang lebih tinggi serta nyawa yang lebih banyak. Mereka juga dapat menggunakan serangan melee dan boleh bergelut dengan anda sehingga jatuh ke tanah serta mereka akan menggunakan senjata berat untuk menewaskan anda! Senang cerita, mereka sangat kuat sehingga anda akan berusaha menghindari serangan mereka walaupun anda cuba mengelaknya, termasuk jika anda menggunakan senjata melee anda, tetapi tetapi terdedah kepada serangan jarak dekat apabila anda berjaya mengelakkan serangan jarak dekat mereka.
Beralih pada Anjing serangan dimana mereka sangat menjengkelkan pada kami dan akan mendedahkan anda ketika dalam keadaan serangan hendap hanya dengan menghidu anda, jadi anda perlu bersiap sedia kerana jika anjing ini temui anda sudah tentu lokasi anda 100% telah terdedah dan musuh terdekat akan mula menembak anda. Agak gemuruh jika anjing ini bertemu anda, terasa terlalu siksa apabila tiba masanya dari anjing kena terus menghadap manusia yang sudah tahu dimana kita. Tetapi, anjing ini tidaklah kuat mana pun terutama jika bersendirian, kerana apa jua serangan melee senang membunuh mereka hanya dalam satu serangan. Anda juga boleh menembak pemilik anjing tersebut dengan menggunakan busur atau anak panah jarak jauh juga Headshot atau bergelut secara senyap. Apabila pemiliknya mati, anjing tersebut akan terpana dan tidak memahami apa yang sedang berlaku, jadi cepat selesaikannya dan anda akan terselamat! Jika tidak, jika musuh yang berdekatan melintas, ia akan menjadi pemilik baru anjing tersebut.
Kali ini, antara yang dijangkiti wabak pula yang kami ingin kongsikan. Mereka ada tahap tersendiri dan makin kuat seperti Bloater makin sukar untuk ditewaskan.Berbeza dari manusia, mereka akan terus menyerang tanpa berfikir dan anda akan merasa sangat gementar apabila dikejar oleh segerompolan yang terjangkiti.
Pertama, Stalkers dimana dalam The Last of Us Part II, Stalker hanya akan mengelilingi pemain dari belakang untuk serangan hendap dan jika anda adalah pemain yang hebat dalam taktik berlawan. Stalkers ini ibarat Runner yang tiba-tiba muncul dibelakang mereka sehingga tidak disedari. Tetapi dalam The Last of Us Part II, AI Stalker telah dipertingkatkan, ianya tidak akan menghadap secara langsung dan akan terus keluar jika pemain sedang bertarung dengan musuh terjangkiti yang lain, agak bijak di situ kerana mereka mencari kekurangan pemain dan kemudian melancarkan serangan serta menjadikan permainan lebih sukar. Stalker ini sentiasa tahu anda di mana, walaupun kita berjaga-jaga dan nampak mereka seperti melekat di dinding, mereka tetap akan menyerang anda dari belakang.
Kemudian beralih pada Shamblers, dimana HP mereka agak tinggi tetapi tidak mempunyai serangan sekali terbunuh seperti Clicker, tetapi serangan spora AOEnya sangat menjengkelkan. Dia juga akan meletup dan meninggalkan sejumlah gas serta ianya sangat membahaya jika gasnya dikeluarkan di kawasan kecil, jadi cubalah membunuhnya dalam jarak jauh.
Manakala untuk Bloater dan Runner tiada banyak perbezaan dari The Last of Us yang asal, cuma dalam The Last of Us Part II ianya lebih sukar untuk dielak dan memulakan semula ciri serangan hendap anda agar tidak disedari kehadiran anda dihadapan mereka. Juga diingatkan bahawa HP Bloater kini turut ditambah dan serangannya menjadi lebih kuat dari sebelum ini.
Terdapat beberapa lagi yang dijangkiti dalam permainan, seperti tahap 6 yang dijangkiti, ketika berperang akan membuat anda merasa ibarat bermain Resident Evil sebentar.
Berlawan bila perlu, berhenti bila rasa dapat elak!
Terdapat banyak cara untuk membunuh musuh, juga pemain tidak perlu membunuh semua orang untuk maju didalam permainan. Batu-bata dan botol kaca sering menjadi ibarat rakan baik anda kerana ianya banyak membantu anda untuk mengalih perhatian musuh. Ciri kombat hampir serupa dengan The Last of Us, tetapi ada yang telah diberi pembaikan dan ada lebih banyak cara untuk membunuh musuh. Tetapi seperti dinyatakan diatas, tidak semestinya anda perlu membunuh semua musuh dan teruskan sahaja ke peringkat seterusnya. Tapi jika anda berkeyakinan tinggi dan rasa cukup kuat untuk menewaskan mereka, anda boleh teruskan serangan kepada mereka.
Pertempuran melee jauh lebih sukar daripada yang sebelumnya. The Last of Us Part II menambah aksi mengelak untuk menjadikan jarak melee lebih strategik dan berirama. Pemain juga harus berhati-hati jika rasa tidak berdaya, musuh dapat menyerang dengan mudah dalam serangan melee anda dan kemudian akan menembak anda. Tidak kira jika anda berada dalam situasi berjaga-jaga, anda masih boleh menggunakan senjata untuk menyerang musuh. Lagi satu yang menarik adalah efek setiap serangan yang dilakukan, bukan setakat emosi dari wajah pratagonis atau WLF/Scar sahaja yang nampak realiti, sebaliknya andai kata kami memberi serangan sehingga tangan musuh cedera, bukan setakat darah, ianya juga akan patah dan tercampak ketepi!
Selain itu terdapat banyak senjata yang anda boleh cuba untuk digunakan, dari pistol ke shotgun atau senapang buru juga panah! Ada juga senjata yang boleh ditukar-tukar jenis pelurunya. Selain itu anda juga boleh lakukan pendekatan tidak langsung seperti membuat musuh bergaduh sama sendiri dengan daya tarikan musuh dijangkiti kepada WLF atau Scars.
Dari segi serangan hendap kini ada beberapa cara untuk anda cuba membunuh sama ada dengan panah atau senjata yang ada lampiran penyenyap (silencer). Pemain boleh menggunakan cara meniarap dan menyelam untuk mempunyai lebih banyak pilihan bulatan taktikal bagi menyelinap dengan terus membunuh musuh atau mengelakkan mereka. mengenai menyelam, ya selepas 5 tahun berlalu, Ellie telah belajar berenang. Beberapa bahagian dalam permainan yang memerlukan Ellie untuk berenang bagi mengelak kehadiran dihadapan musuh. Bahagian ini juga antara salah satu kegemaran kami kerana anda tidak perlu menyelinap dan bersembunyi didalam air sebaliknya perhatikan kemampuan kapasiti vital. Selain itu anda juga boleh dengar didalam air.
Sejujurnya, kami ni tidak lah kuat semangat, jadi kami lebih suka bermain ibarat Batman, membuang serangan hendap dan bunuh secara senyap kerana ianya lebih menjimatkan barangan dan peluru anda. Lebih menarik jika lakukan ini, musuh tidak akan menyedari anda dimana! Walaubagaimanapun, terdapat banyak pertemuan di mana musuh yang berjaga-jaga dapat mengetahui kedudukan kita. Ketika menghadapi manusia, jauh lebih mudah untuk menjalankan dan memulakan kembali serangan hendap, tetapi jauh lebih sukar ketika melawan orang yang dijangkiti.
Setelah seminggu, senang cerita apabila Ellie sampai ke Seattle, menu permainan akan memiliki New Game+, senjata dan skil yang di tingkatkan dalam seminggu dapat dimiliki serta Photo Mode telah ditambahkan yang dapat digunakan di mana-mana tidak kira dengan pelbagai tangkapan yang menarik dan koleksi dapat dikumpulkan.
Dunia besar untuk diterokai penuh teka-teki
Menyelesaikan “teka-teki” dalam permainan untuk ke kawasan seterusnya adalah salah satu bahagian besar dalam permainan. Penyelesaian teka-teki ibarat pekara yang paling kritikal dalam permainan ini. Anda perlu menggabungkan elemen sekeliling untuk berfikir dengan tepat sama ada untuk mencari orang, ke kawasan tertentu atau mencari sesuatu untuk mencetuskan plot seterusnya.
Andai kata kita tidak dapat menyelesaikannya dalam jangka waktu yang ditetapkan, jangan risau kerana dalam permainan akan memberi anda petua atau secara langsung menunjukkan apa atau bagaimana untuk bergerak ke kawasan seterusnya. Jangan risau, permainan ini tidak mempunyai unsur hukuman. Sebagai contoh, tiada sebarang musuh yang terjangkiti akan datang serang anda tiba-tiba jika tidak dapat menyelesaikannya dalam waktu yang diberikan.
Selain membalikkan kotak, kini anda dapat memecahkan tingkap kaca untuk mencari mesin layan diri atau memasuki kawasan baru. Juga ditambah dalam aspek permainan seperti membaling tali dan memanjat tali. Pemain dapat meneroka tempat yang lebih berbahaya melalui ayunan tali seperti Nathan Drake didalam permainan Uncharted, jadi ianya sesuatu yang menarik kerana kedua permainan adalah dari pembangun yang sama. Jadi ingat, teka-teki di dalam The Last of Us Part II bukan sekadar teka-teki diatas kertas!
Sekeliling pemandangan dunia pasca kiamat dalam The Last of Us Part II juga lebih nampak realiti termasuk bangunan-bangunan yang telah pecah riuk mungkin akibat kesan pengeboman dari pihak Federal Disaster Response Agency (FE.D.R.A.) untuk memusnahkan yang terjangkiti. Selain itu, anda juga boleh melihat fungus parasit Cordyseps yang menjadikan yang terjangkiti ini lebih meliar di kawasan tertutup dan kawasan basah.
Tersentuh dengan jalan cerita The Last of Us Part II
Ramai yang tahu dalam permainan pertama The Last of Us dilengkapi dengan tema yang penuh kasih sayang, kelangsungan hidup dan harapan. Tetapi sejujurnya kami ingin menyatakan dalam The Last of Us Part II dipenuhi dengan sifat berdendam dan memberi kesan yang sangat mendalam. Pekara yang dialami Ellie nyata memberi sebuah impak yang sangat besar pada dirinya. Kerana terlalu memikirkan tragedi dan pelbagai lagi situasi yang dihadap oleh Ellie, dia kini bertarung dalam keadaan marah dan kebingungan.
Selain itu, semua watak dalam permainan mempunyai cerita tersendiri serta mempunyai masa lalu yang ada juga mempunyai kaitan dengan penceritaan masa kini permainan. Bukan setakat pada watak yang hidup, sebaliknya pada watak yang mati juga ada memo penceritaannya yang tersendiri membuatkan kita mengimbau kepada situasi yang terjadi pada si mati contohnya seperti penduduk asal kawasan tersebut atau kejadian sebelum wabak tersebut merebak.
Apabila kami memainkannya, kami terasa ada beberapa pekara yang terasa seperti tidak adil untuk menilai sesuatu dengan definisinya sendiri. Ada kala juga, kami terfikirkan, didalam permainan kita dah nampak apabila musuh yang dijangkiti, keadaan menjadi huru-hara manusia bunuh sesama manusia, atau serangan terus dari yang dijangkiti wabak sehingga perasaan kasih sayang mula memudar kerana semua ingin selamatkan diri sendiri.
Tetapi cuba bayangkan jika berlaku dalam keadaan nyata masa kini diluar permainan, dijadikan contoh wabak pandemik COVID-19 yang berleluasa di seluruh dunia, mungkin dalam permainan kita nampak watak wanita yang menjadi wira, tetapi jika nyata? Mungkin lebih huru hara dan melibatkan banyak kekecohan di antara semua jantina dan kaum. Sekiranya tragedi seperti The Last of Us benar-benar terjadi di dunia kita, kami merasakan bahawa sifat semula jadi manusia, sisi kemanusiaan yang mementingkan diri sendiri akan terdedah, semua orang tidak akan saling membantu seperti dalam permainan dan bencana ini boleh juga menyaksikan wajah sebenar setiap manusia. Kami berharap bahawa dalam keadaan ini, kita manusia harus bersatu dan membantu, serta empati sememangnya diperlukan dalam jiwa masing-masing untuk teruskan kehidupan.
Kesimpulannya
Seperti yang semua peminat nampak, berbanding dengan The Last of Us di PS3, kini The Last of Us Part II mempunyai banyak peningkatan terutama dalam segi kualiti grafik. Berbanding dengan prestasi grafik dan visual Uncharted 4 yang hadir tahun 2016 untuk PS4 dari pemaju yang sama, Naughty Dog berjaya memberi perkembangan yang sangat tinggi dalam The Last of Us Part II. Bukan hanya diwajah, sebaliknya perincian sehingga bulu-bulu roma yang turut kelihatan walaupun pada watak wanita didalam permainan. Kerana bila berfikir secara logik, sudah tentu dalam keadaan sebegini wanita tidak sempat pun untuk menghiasi diri mereka bagi bertahan hidup. Jadi kami sangat kagum dengan perincian sebegini yang diberikan oleh Naughty Dog dalam The Last of Us Part II.
Selain itu, personaliti setiap watak juga nampak hidup. Terutama yang kami ingin memuji seperti yang ada dinyatakan di perenggan atas, setiap watak mempunyai emosi tersendiri yang ketara boleh nampak di wajah mereka. Sehinggakan saat Ellie kesakitan, reaksi yang diberikan nampak sangat realiti dengan muka kemerahan dan hidungnya memberi reaksi kerana menangis. Juga terdapat hubungan mata dalam tangkapan wajah dan gerakan yang sempurna ini hanya ditunjukkan oleh orang yang hidup.
Pasukan Naughty Dog memang patut dipuji kerana mereka telah mengkaji sedalam yang boleh dari semua segi aspek emosi seperti dendam dan keadilan, jadi ianya berbaloi walaupun permainan ini ditangguh pelancarannya sehingga beberapa kali. Nyata, Naugthy Dog berharap dapat merancang kesemua watak dalam permainan ini nampak realistik dan bukan sahaja pada Ellie dan Joel sebaliknya semua watak dalam permainan ini mempunyai keperibadian yang unik.
Sejujurnya kami sangat gembira kerana berpeluang dapat bermain awal untuk The Last of Us Part II. Penantian kami setelah beberapa tahun berlalu selepas The Last of Us asal, kami percaya, bukan hanya kami,sebaliknya ramai lagi yang dapat review permainan ini akan memberi markah keseluruhan dengan komen yang hebat!
Tetapi buat masa ini, kami tidak boleh menceritakan selebihnya dalam permainan terutama jalan penceritaan. Maafkan kami, kami tidak mahu menjadi spoiler, nanti tak syiok pula anda nak main kan! Jadi pada anda yang ingin mendapatkan The Last of Us Part II bersama edisi yang hebat dan barangan fizikal menarik, anda boleh dapatkannya dengan harga bermula RM239.00. Jangan lepaskan ‘masterpiece‘ hebat dari Naughty Dog ini okay! Jangan lupa ke laman web rasmi The Last of Us Part II untuk maklumat lebih lanjut mengenai permainan ini.

@gamersantaimy
The Review
The Last of Us Part II
Penantian kami setelah beberapa tahun berlalu selepas The Last of Us asal, kami percaya, bukan hanya kami,sebaliknya ramai lagi yang dapat review permaianan ini akan memberi markah keseluruhan dengan komen yang hebat!
PROS
- Salah satu jalan cerita yang baik dan sangat menarik
- Grafik yang sangat Superb~
- Anda akan rasa terikat dengan watak-watak
CONS
- Mod mendengar boleh membingungkan, terutama ketika musuh berada jauh
Discussion about this post