Tidak boleh dinafikan, virus adalah sebahagian daripada kehidupan. Daripada demam biasa sehingga penyakit-penyakit dahsyat seperti COVID-19, manusia telah menghabiskan banyak masa untuk mencari cara untuk membasmi kuman, virus, dan bakteria. Dalam kehidupan sebenar, virus-virus seperti ini sangat menakutkan dan tiada siapa yang ingin terkena virus tersebut. Manakala bagi fiksyen, tema virus boleh berubah sedikit. Dengan itu, marilah kita lihat anime-anime terbaik di mana manusia menghadapi ancanaman wabak virus!
Terra Formars
Untuk menyelesaikan masalah penduduk bumi yang terlalu banyak, kerajaan membuat uji kaji dengam menghantar lipas ke planet Marikh. Malangnya, siapalah sangka yang lipas itu akan berevolusi. Selepas 500 tahun, lipas telah berevolusi kepada bentuk manusia dan virus baru bernama Alien Engine Virus (dengan kadar kematian sebanyak 100%) telah muncul di bumi. Dengan harapan untuk mendapatkan penawar, Annex I (pasukan khas) dihantar ke Marikh untuk mengumpul sampel beberapa lipas kerana ia dipercayai bahawa lipas membawa virus A.E. dalam bentuk yang dapat membantu manusia mencipta vaksin. Di situlah keadaan menjadi lebih rumit kerana lipas kini bermusuhan dengan manusia dan matlamat mereka adalah untuk menghalang misi manusia.
Norageki! (Five Numbers!)
Lima banduan terbangun daripada tidur di sebuah bangunan kosong. Tidak tahu banyak yang diketahui tentang mereka, kecuali flashback memori untuk setiap watak. Dalam latar belakang, keratan surat khabar menunjukkan pandemik dahsyat yang dipanggil Virus Undone. Lima orang banduan ini bersendirian dan ditemani oleh seekor kucing dan seorang lelaki tua yang kelihatan sudah mati. Ketika orang tua itu bangun lah, jalan cerita menjadi semakin menarik. Di situ kita diberitahu bahawa hanya seorang sahaja yang dibenarkan keluar daripada penjara dan nasib yang lain adalah untuk mati.
Koutetsujou no Kabaneri (Kabaneri of the Iron Fortress)
Apabila manusia diancam oleh wabak, perkara pertama yang harus dibuat adalah untuk menyelidik cara-cara merawat virus. Betul? Malangnya, dalam anime ini, manusia terlalu lambat dan ramai yang telah mati. Protagonis adalah Ikoma, seorang tukang besi muda yang tanggungjawabnya adalah untuk menjaga kereta api yang pergi dari kubu ke kubu untuk melindungi saki baki manusia yang tertinggal daripada ancaman Kabane. Kabane sebenarnya ialah bekas manusia, tetapi apabila dijangkiti oleh gigitan daripada Kabane lain, mereka berubah menjadi zombi membunuh yang diliputi logam. Manusia memutuskan bahawa satu-satunya penyelesaian adalah untuk membunuh manusia yang digigit sebelum mereka bertukar menjadi Kabane, tetapi Ikoma tidak pasti bahawa ini adalah jalan yang terbaik dan ingin menyelidik lebih lagi. Elok lah kerana dia pun digigit dan harus mencari cara untuk menjaga kewarasannya.
No. 6
Bandar Nombor 6 adalah utopia yang indah dan merupakan salah satu bandar yang menempatkan manusia selepas perang dunia. Setiap bandar mempunyai kerajaan dan kerajaan akan melakukan segala-galanya untuk memastikan penduduknya bahagia dan sihat. Tetapi rupanya itu semua muslihat apabila Shion dan ibunya dilucutkan oleh semua hak mereka selepas Shion membantu Nezumi, seorang pelarian yang datang dari luar bandar. Selepas perkara ini berlaku, Shion saksi dengan matanya sendiri apabila spesies parasit mula membunuh penduduk di bandar Nombor 6.
Hataraku Saibou (Cells at Work!)
Sebelum munculnya ubat, barisan pertama pertahanan di dalam tubuh kita adalah sel kita sendiri. Sel-sel khusus yang melawan sebarang ancaman luaran adalah sel putih, tetapi mereka juga menerima bantuan daripada sel-sel lain seperti monosit, limfosit, dan sel B. Penyakit-penyakit yang paling umum, seperti demam biasa, keracunan makanan, dan juga luka kecil, boleh disembuh oleh sel-sel rajin ini yang bekerjasama dengan sistem peredaran darah dan sistem saraf untuk memastikan kita hidup. Di anime ini, terdapat sebuah sel merah tertentu, AE 3803 yang cenderung untuk sesat, dan sel putih bernama U-1146, yang sentiasa terlibat dalam macam-macam masalah. Ini adalah cerita tentang sel yang hidup di dalam badan kita.
@gamersantaimy
Discussion about this post