Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sering dengar ayat “Senpai” atau “Waifu”? Ketahui maksud ayat-ayat yang sering didengari dalam Anime!

Ayat pelik-pelik jangan ditanya pulak ye!

Nyny.A by Nyny.A
March 10, 2020
in Animasi, Anime, Senarai
0 0
0
Sering dengar ayat “Senpai” atau “Waifu”? Ketahui maksud ayat-ayat yang sering didengari dalam Anime!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa yang sukakan manga dan anime disini? Pasti apa yang akan kami kongsikan hari ini sering didengari kroang punya lah! Tapi, sebenarnya adakah korang semua tahu apa maksud ayat-ayat yang selalu didengari dalam anime tu? Atau sememangnya korang dah memang kaji awal-awal? Tak pe kalau dah tahu korang boleh kongsikan kepada kawan-kawan korang yang baru dalam dunia anime okay!

Jadi tanpa lengahkan masa lagi, ini dia ayat-ayat yang sering didengari dalam manga/ anime!

Ohayo –  Arigatou gozaimasu

Okay, yang pertama dalam senarai, bukan setakat dalam anime je sering didengari, tetapi kedua ayat ini memang akan selalu didengari di Jepun! Ohayo (おはよう) sebenarnya adalah sebuah singkatan dari Ohayo Gozaimasu dan ianya bermaksud mengucapkan selamat pagi. Kemudian beralih pada Arigatou yang disingkatkan dariArigatou gozaimasu(ありがとうございます) dan ianya adalah ucapan ‘Terima Kasih’!

Senpai – Kouhai

Senpai dan Kouhai sering sekali didengari dalam anime yang bersituasi di sekolah. Tapi sebenarnya Senpai (せんぱい) ini bermaksud seseorang yang lebih tua dari anda atau pelajar yang lebih tua. Manakala Kouhai (こうはい) pula untuk yang lebih muda atau pelajar yang lebih muda.

Itadakimasu

Setiap kali adegan makan dalam anime, mesti akan terdengar ayat ni punyalah dalam anime! Itadakimasu (いただきます) seperti satu kebiasaan kepada orang Jepun untuk menyebutnya sebelum makan. Ianya bermaksud “Jom kita makan” atau ” Terima kasih untuk makaanan ini”.

Kawaii – Moe – Chibi

Okay ketiga-tiga ayat ini kesemuanya berkaitan dengan COMEL! Kawai (かわいい) bermaksud sesuatu/seseorang yang comel dari pandangan mata kita. Moe (萌え) lebih kepada perangai kecomelan keperibadian yang terdapat dalam watak terutama perempuan dan yang terakhir Chibi (ちび ) digunakan untuk menggambarkan sesuatu atau seseorang yang pendek dan gemuk, kenyataanya memang ketiga-tiga ini dalam anime adalah Comel!

Tsundere – Waifu

Tsundere (ツンデレ) merupakan seorang wanita yang mempunyai elemen romantik atau lembut tetapi lebih menunjukkan sikap jual mahal atau keras kepalanya. Ayat ni sebenarnya pecahan antara 4 ayat dari “dere” iaitu “tsundere”, “yandere” seorang yang terlebih romantik dan akan menjadi terlalu obses kepada pasangan, “kuudere” menunjukkan sifat ibarat tiada emosi dan sentiasa tenang kemudian baru menunjukkan kemanisanya dalam bercinta dan “dandere” ibarat ‘anti-social’ dan hanya mempercayai seseorang yang paling sesuai untuknya. Kemudian beralih pada Waifu (ワイフ) yang sebenarnya adalah isteri ibarat memanggil dengan nama samaran yang comel.

BAKA! 

 

Baka (馬鹿) ni bermaksud macam “bodoh lah kau ni”. Tapi bedasarkan tonasi dari watak-watak anime. Ada yang menyebutnya dari segi manja dan tidak serius memanggil seseorang begitu, ada juga dalam tonasi kejam macam menunjukkan sangat kebodohan seseorang itu seperti nak bergaduh, selain tu kalau dalam tonasi macam ni ada juga yang sebut Bagero.

Otaku

Kat mana-mana saja ada je Otaku ni, tidak kiralah dalam anime atau dunia nyata. Otaku (おたく/オタク) senang cerita bermaksud ‘nerd/geek’ yang obses pada sesuatu atau dalam permikiran hanya suka apa yang dia sukai terutama dalam anime, manga atau game yang berkonsepkan kecomelan. Segelintir dari Otaku dianggap bahaya kerana ada diantara mereka ibarat ‘pervert’. Tapi tak semua, ada juga yang lebih kepada dunia anime/manga nya sendiri tanpa mahu diganggu orang lain.

Ganbatte! 

Buat Yang Terbaik!!! Okay rasanya peminat mesti ramai dah tau maksud Ganbatte (頑張って) betul tak! Tidak kiralah apa jua anime, Ganbatte sentiasa digunakan oleh satu watak untuk memberi semangat kepada rakan atau kekasih mereka!

Suki

Pada sesiapa yang tengah hangat nak bercinta tu bolehlah guna ayat Suki (Su-Ki) (好き) kepada yang disukai. Ianya bermaksud ‘cinta’ atau pun selalu digunakan ayat Suki Da untuk menyatakan yang “saya sukakan awak“.

Naniiiii??!

Yang ni pun mesti ramai dah tahu kan? Terutama kalau kita dah sebut Baka, mesti akan terkeluar ayat Naniiii?! Nani (なに) adalah bermaksud ‘apa’? Bila tonansi dalam anime mesti macam terkejut tentang sesuatu yang terjdi dan terkeluarlah ayat Naniiii tu! Macam APA TELAH TERJADI NIIII?!

Maka sampai disini perkongsian kitorang kali ini. Terima kasih pada kamus bahasa Jepun yang membantu kami untuk terangkan kepada anda dan gambar-gambar dari anime-anime yang korang dah pernah tengok. Ayat apa lagi yang selalu dalam pemikiran korang tu? Jangan lupa untuk kongsikan dalam komen media sosial kami ok!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAyat AnimeLawak Animemanga
Previous Post

Kolab hebat antara dua siri! Kamen Rider Zero-One/Mashin Sentai Kiramager the Movie akan keluar pada 23 JULAI di JEPUN!

Next Post

Command & Conquer Remastered Collection akan datang ke PC Jun 2020 ini!!!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Next Post
Command & Conquer Remastered Collection akan datang ke PC Jun 2020 ini!!!

Command & Conquer Remastered Collection akan datang ke PC Jun 2020 ini!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd