Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2025
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Remastered, RPG, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Pelancaran RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army baru-baru ini telah menghidupkan semula minat dalam kalangan peminat setia siri Shin Megami Tensei dan Devil Summoner, di samping menarik perhatian pemain baharu yang ingin merasai pengalaman RPG aksi yang unik ini.

Kredit: ATLUS

Dalam satu temu bual eksklusif bersama kami, Pengarah dan Produser, Yamai Kazuyuki, berkongsi pandangan tentang proses pembangunan remaster ini, kaitannya dengan game asal Devil Summoner: Raidou Kuzunoha vs. The Soulless Army, serta visi di sebalik usaha membawa tajuk klasik ini ke platform moden.

Identiti untuk Legasi Klasik

Tajuk remaster RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army, yang menonjolkan nama “RAIDOU” dalam huruf besar, mencerminkan aspirasi besar di sebalik projek ini. Menurut Yamai, keputusan tersebut lahir daripada dua sebab utama.

“Game ini bukan sekadar mengemas kini grafik game dalam HD—ia juga menggabungkan mekanik game RAIDOU kedua, King Abaddon, bersama pelbagai penambahbaikan kecil dan besar daripada generasi baru pembangun,” katanya.

Kredit: ATLUS

Remaster ini bukan hanya penambahbaikan visual semata-mata, sebaliknya ia bertujuan membentuk identiti baharu yang tersendiri. Yamai juga menegaskan kepentingan untuk tidak menghapuskan legasi asal permainan tersebut.

“Saya rasa jika kami mengeluarkannya tanpa mengubah tajuk, ia seperti menghapus versi original dari sejarah—dan itu tidak sesuai dengan saya.”

Kredit: ATLUS

Penekanan terhadap nama Raidou turut mencerminkan populariti watak itu yang semakin berkembang di peringkat global.

“Semasa membaca mesej daripada peminat di media sosial, saya perhatikan betapa dikenali nama pertamanya, bahkan di luar Jepun,” ujar Yamai lagi.

Dengan ini, pasukan pembangun ingin menonjolkan Raidou Kuzunoha sebagai satu jenama tersendiri yang membawa karakter uniknya melangkaui rangka siri Shin Megami Tensei dan Devil Summoner, agar kekuatannya “bersinar lebih terang daripada game original.”

Estetika Lama, Sentuhan Baharu

Kredit: ATLUS

Salah satu aspek paling menonjol dalam RAIDOU Remastered ialah peningkatan visualnya yang memikat, menggabungkan gaya klasik asal dengan sentuhan moden. Di bawah pimpinan Yamai, pasukan reka bentuk ATLUS berusaha mengekalkan identiti seni unik Kazuma Kaneko sambil memastikan tampil relevan kepada pemain masa kini.

“Sambil memberikan penghormatan sepenuhnya kepada reka bentuk watak bergaya original Kazuma Kaneko, pasukan berusaha untuk menonjolkan daya tarikan Raidou dan menjadikannya lebih menarik kepada penonton moden,” jelas Yamai.

Kredit: ATLUS

Antara fokus utama mereka termasuk menaik taraf resolusi serta memanfaatkan teknologi semasa seperti penggunaan shader, bagi menghasilkan visual yang segar namun masih mengekalkan suasana asal. Yamai turut meluahkan penghargaan terhadap dedikasi pasukannya:

“Seni game original memang hebat, sudah tentu, tetapi saya sangat berterima kasih kepada pasukan reka bentuk kami kerana mencipta sesuatu yang juga mengagumkan.”

Evolusi Gameplay RAIDOU Remastered

Aspek gameplay menjadi teras utama dalam pembangunan RAIDOU Remastered, khususnya selepas maklum balas bercampur yang diterima oleh versi asal Soulless Army. Walaupun model watak, latar, dan naratif asal dipuji, ramai pemain berasa mekaniknya agak ketinggalan jika dibandingkan dengan sekuelnya, King Abaddon.

Mengambil maklum akan perkara ini, Yamai dan pasukannya memilih untuk menggabungkan mekanik yang telah diperhalusi dari King Abaddon ke dalam remaster ini.

“Kami berazam untuk melakukan perkara itu untuk RAIDOU Remastered, dengan menambah baik ciri-ciri lain secara menyeluruh dan membuat perubahan—tiada yang di luar batasan,” kata Yamai.

Kredit: ATLUS

Walau begitu, mereka tetap berhati-hati agar elemen penting daripada versi asal (seperti reka bentuk watak, latar persekitaran, dan jalan cerita) terus dikekalkan sebagai satu bentuk penghormatan kepada sumber asalnya. Yamai turut menekankan hasratnya untuk memenuhi dan melepasi harapan peminat yang didorong oleh nostalgia:

“Dalam fikiran peminat, game original kelihatan lebih baik daripada yang sebenarnya kerana memori indah mereka. Semasa mengusahakan pembaikan, saya sentiasa bertujuan bukan sahaja untuk tidak menyimpang daripada jangkaan mereka, tetapi untuk melampaui mereka.”

Kredit: ATLUS

Pasukan pembangunan turut mempertimbangkan beberapa pendekatan visual baharu seperti toon shading ala siri Persona, namun akhirnya menolak idea itu demi memastikan game ini kekal dengan identitinya sendiri.

Mengekalkan Atmosfera Detektif Gelap

Kredit: ATLUS

Memastikan suasana dan nada asal dikekalkan menjadi salah satu keutamaan utama pasukan pembangunan, lebih-lebih lagi memandangkan reaksi positif yang diterima daripada peminat lama.

Yamai menekankan bahawa aspek penulisan dan mood dalam Soulless Army yang asal amat disukai, dan pasukan bertekad untuk mengekalkan elemen-elemen tersebut seboleh mungkin.

“Matlamat kami adalah untuk memastikan sesiapa sahaja dapat menikmati pengalaman ini, memandangkan asal terhad kepada perkakasan usang dan sukar dimainkan,” katanya.

Kredit: ATLUS

Dengan memberi tumpuan kepada peningkatan visual yang setia pada gaya seni asal, pasukan berjaya mengekalkan identiti estetika detektif yang suram—satu ciri khas yang menjadikan Raidou Kuzunoha berbeza dan dikenang.

Tema Era Taisho yang Relevan

Kredit: ATLUS

Jalan cerita RAIDOU Remastered masih berasaskan latar era Taisho, suatu tempoh pemodenan pesat di Jepun yang mencerminkan kepantasan kemajuan teknologi masa kini. Yamai mengetengahkan persamaan antara kedua-dua zaman ini:

“Sama seperti di era Taisho, dunia kita sekarang terus maju dengan kadar yang memeningkan—daripada pembangunan kereta elektrik dan robot kepada penggunaan AI dan kerja jarak jauh.”

Kredit: ATLUS

Kisah dalam game ini menyentuh perjuangan watak-watak dalam menyesuaikan diri dengan dunia yang sentiasa berubah, sesuatu yang turut dirasai oleh pemain moden hari ini.

“Saya berharap watak-watak dari game ini dapat menggembirakan pemain, sambil pemain bersimpati dengan mereka dan belajar daripada kesilapan mereka,” ujar Yamai, menyatakan harapannya agar naratif ini memberi makna lebih mendalam kepada pengalaman pemain.

Masa Depan Bergantung pada Sokongan Peminat

Pelancaran RAIDOU Remastered telah mencetuskan perbincangan hangat mengenai hala tuju seterusnya untuk siri Devil Summoner, khususnya berkenaan potensi remaster King Abaddon atau mungkin sebuah entri baharu dalam siri ini. Walaupun Yamai tidak memberikan pengesahan, beliau tetap terbuka terhadap kemungkinan tersebut.

“Jelas sekali, tiada siapa di antara kami mahu berhenti di Soulless Army! Jika RAIDOU Remastered diterima baik dan jadual pembangunan kami membenarkan, remaster King Abaddon atau game RAIDOU baru boleh berlaku,” katanya.

Kredit: ATLUS

Walaupun tiada pelan rasmi buat masa ini, Yamai tidak menolak idea tersebut sepenuhnya. “Idea itu masih terlintas di fikiran saya, haha,” katanya secara bersahaja.

Beliau turut menggesa peminat untuk menyatakan sokongan mereka di media sosial, memberi bayangan bahawa reaksi positif dan permintaan tinggi daripada komuniti berpotensi mempengaruhi arah projek akan datang.

Pesanan untuk Peminat Asia Tenggara

Buat peminat di Asia Tenggara dan rantau lain, Yamai menyerlahkan keunikan RAIDOU Remastered dalam barisan RPG keluaran ATLUS. “Ia disusun sebagai cerita detektif, di mana abiliti unik rakan demon anda adalah kunci untuk menyelesaikan kes. Tiada yang serupa dalam siri Persona atau SMT,” katanya.

Kredit: ATLUS

Dengan mekanik aksi RPG, game ini menawarkan cabaran tersendiri—terutamanya pada tahap kesukaran yang lebih tinggi, di mana sekadar menaikkan level tidak mencukupi untuk menewaskan bos yang sukar.

“Saya berharap anda seronok menewaskan musuh paling kuat dalam game, sama ada anda memilih untuk mengasah kemahiran pertempuran atau mengikuti panduan,” tambah Yamai.

Kredit: ATLUS

RAIDOU Remastered: The Mystery of the Soulless Army kini boleh dimainkan di Nintendo Switch, PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam bermula 19 Jun 2025. Versi untuk Nintendo Switch 2 pula akan dilancarkan sebaik sahaja konsol tersebut dikeluarkan secara rasmi di Asia Tenggara, yang dijangka selepas tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi, dan ikuti ATLUS di Facebook untuk berita dan kemas kini terkini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: interviuRAIDOU Remastered
ShareTweetSend
Previous Post

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

Next Post

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd