Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Pure Cinema Dalam Bentuk Game” – Zhafvlog, Najmi The Kampung Nerd & Maxhaze Berkongsi Pengalaman Death Stranding 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World, PS5, Single Player, Streamer/influencer, Tempatan
0 0
0
“Pure Cinema Dalam Bentuk Game” – Zhafvlog, Najmi The Kampung Nerd & Maxhaze Berkongsi Pengalaman Death Stranding 2
Share on FacebookShare on Twitter

Apa yang berlaku apabila empat pencipta kandungan berpengalaman dikumpulkan dalam satu bilik untuk berbincang tentang Death Stranding 2, salah satu game yang paling dinantikan tahun ini?

Anda akan mendengar luahan emosi, perbincangan mendalam mengenai erti menjadi seorang ayah, serta debat hangat antara taktik menyelinap atau berani menempuh terus pintu depan sambil mengucap salam.

Dalam episod terbaharu podcast yang dikendalikan oleh influencer Jeremy, tiga pencipta kandungan tempatan – Zhafran (zhafvlog), Najmi (The Kampung Nerd), dan Maxhaze – berkongsi pengalaman langsung mereka bermain Death Stranding 2: On the Beach.

Perbincangan yang pada mulanya berkisar tentang permainan video secara umum, berubah menjadi lebih peribadi apabila mereka menyentuh bagaimana karya terbaru Hideo Kojima ini bukan sekadar hiburan, malah benar-benar menyentuh hati.

Lebih Daripada Sekadar Visual Cantik

Perkara pertama yang benar-benar mencuri perhatian keempat-empat pencipta kandungan ini ialah betapa menakjubkannya game ini apabila dimainkan sendiri. Walaupun trailer sebelum ini memberikan gambaran awal, pengalaman bermain di PS5 Pro dalam resolusi 4K membawa tahap penghayatan yang sangat berbeza.

“Tetapi apabila bermain game ini pada PS5 Pro dalam 4K… ia kelihatan sangat cantik. Sangat hidup, seakan nyata,” ujar Najmi, yang begitu terpegun dengan kualiti ekspresi wajah watak yang ditambah baik – menjadikan mereka kelihatan hampir hidup, sesuatu yang sukar untuk disampaikan melalui video dalam talian yang sudah dimampatkan.

Zhafran (zhafvlog) | Kredit: Digital Braves

Namun, bukan sekadar kehebatan teknikal yang memikat hati mereka. Zhafran, yang sering mengulas filem di YouTube-nya, turut mengaitkan pengalaman bermain game ini dengan menonton filem seni.

“Jalan ceritanya agak mengelirukan. Tetapi pada masa yang sama, anda akan banyak mempersoalkan dan pada penghujung, ganjaran cerita itulah yang membuatkan anda berpuas hati di penghujung game,” katanya.

Ini adalah bentuk penceritaan yang tidak menyuap jawapan mudah, tetapi memberi pulangan emosi yang besar kepada pemain yang sanggup bersabar dan menyelami maksud di sebalik perjalanannya.

Perubahan Kecil yang Memberi Impak Besar

Bagi mereka yang pernah bermain Death Stranding pertama, pastinya akan menghargai bagaimana sekuel kali ini memperbaiki beberapa aspek yang dahulunya terasa agak membebankan.

Para pencipta kandungan ini nyata teruja dengan penambahbaikan seperti keupayaan meletakkan kargo dalam satu timbunan, berbanding situasi dahulu di mana barang-barang akan bertaburan seolah insiden penghantaran yang gagal.

Malah, adanya fungsi pintas untuk menyusun kargo secara automatik menjadikan urusan pengurusan inventori jauh lebih lancar dan efisien.

Najmi (The Kampung Nerd) | Kredit: Digital Braves

Satu lagi ciri baharu yang mencuri perhatian ialah sistem pangkalan mudah alih DHV Magellan. Ia boleh diibaratkan sebagai markas bergerak peribadi yang turut berfungsi sebagai kaedah fast travel.

“Jadi kali ini, ia seperti fast travel… Tetapi kali ini, kita boleh melompat. Ada pelabuhan tertentu dengan Magellan,” jelas Najmi.

Kehadiran bilik peribadi yang boleh dibawa ke mana-mana benar-benar mengubah pendekatan pemain terhadap eksplorasi dunia luas dalam game ini.

Kredit: Kojima Productions

Persekitaran semula jadi juga tidak lagi sekadar latar belakang. Kini ia lebih aktif menguji daya tahan pemain.

Gempa bumi dan runtuhan salji menambah cabaran baharu dalam usaha menavigasi dari satu destinasi ke satu destinasi lain, manakala maklum balas haptik pada controller PS5 menjadikan setiap gegaran terasa seolah-olah sedang dialami secara fizikal.

Berlawan atau Lari? Mengapa Tidak Kedua-duanya Sekali?

Pendekatan berbeza oleh setiap ahli kumpulan terhadap situasi pertempuran menghasilkan antara detik paling mencuit hati dan menghiburkan dalam podcast ini.

Ada yang lebih suka bermain secara berhati-hati, menggunakan menara tinjau untuk mengenal pasti kedudukan musuh sebelum menghapuskan mereka menggunakan tali strand atau senjata stun. Pendekatan strategi ini menekankan aspek stealth dan perancangan teliti.

Maxhaze | Kredit: Digital Braves

“Saya seorang yang mulia dan menghormati. Jadi, saya biasanya berjalan masuk pintu depan, dan berkata hello,” gurau Maxhaze mengenai gaya pertempurannya.

Ucapan spontan ini menggambarkan dengan jelas bagaimana Death Stranding 2 menyokong pelbagai cara bermain, sama ada anda memilih untuk menjadi ninja senyap atau mengambil pendekatan berani, santai, dan mesra dengan muncul tanpa sembunyi.

Kredit: Kojima Productions

Dunia yang Mampu Menyampaikan Cerita

Persekitaran Death Stranding 2 bukan sekadar indah dari segi visual, ia turut membangkitkan pelbagai emosi ketika dimainkan. Para pencipta berkongsi bagaimana setiap lokasi dalam game ini mampu mencetuskan perasaan yang berbeza-beza.

Menawan puncak gunung bersalji selepas pendakian yang mencabar memberikan rasa puas hati dan kelegaan yang tulen. Sebaliknya, saat berdepan dengan kawasan tasik tar menimbulkan rasa cemas dan tidak yakin.

Kredit: Kojima Productions

“Ada salah satu bahagian game, bahagian tasik tar. Ia kelihatan sangat menyeramkan. Ia nampak menakutkan,” kata Najmi sambil menghuraikan bagaimana detik-detik seperti ini mendorong pemain untuk membuat pilihan sukar: sama ada mengambil laluan pantas yang penuh risiko, atau memilih jalan selamat yang memakan masa.

Inilah bentuk penceritaan persekitaran yang benar-benar cemerlang di mana dunia permainan itu sendiri menjadi watak yang memberi kesan kepada setiap keputusan yang anda buat.

Watak-watak yang Meninggalkan Impak

Tanpa mendedahkan sebarang spoiler, para pencipta berkongsi beberapa watak yang benar-benar menyerlah dalam Death Stranding 2, dengan persembahan Elle Fanning sebagai Tomorrow mendapat pujian tinggi, selain kepulangan watak kegemaran ramai seperti Fragile yang turut disambut baik.

Namun, detik yang paling menyentuh hati mereka adalah perkembangan antara hubungan Sam dan Lou.

Kredit: Kojima Productions

“Saya rasa hubungan kebapaan antara Sam dan Lou sangat bergema dengan hubungan kehidupan sebenar antara bapa dan anak perempuan,” ujar Zhafran. Ini bukan sekadar watak dalam game yang menjalani jalan cerita.

Sebaliknya mereka menggambarkan hubungan yang sangat manusiawi, dan itulah sebabnya mengapa ramai pemain, termasuk yang berpengalaman, tidak dapat menahan air mata mereka.

Cara Terbaik untuk Menikmatinya

Keempat-empat pencipta sepakat bahawa Death Stranding 2 wajar dinikmati dengan setup yang paling terbaik. Cadangan mereka cukup jelas:

“Jika anda ingin bermain Death Stranding 2, anda harus bermain dengan PS5 Pro dengan paparan 4K dan semoga menggunakan headset Pulse 3D.”

Bagi mereka, aspek teknikal bukan sekadar untuk kelihatan cantik – ia menjadi asas kepada keseluruhan pengalaman.

Kredit: Digital Braves

Bagi Maxhaze, yang mempunyai latar belakang dalam penghasilan kandungan visual, katanya:

“Sila bermain pada paparan 4K yang besar. Kerana ini adalah sinema, pure cinema.”

Ini bukan jenis game yang sesuai dimainkan secara sambil lewa di telefon semasa menunggu bas – ia memerlukan tumpuan sepenuhnya serta persediaan peranti yang mampu menyampaikan sepenuhnya visi kreatif Kojima.

Kesimpulan

Apabila perbincangan berakhir, keempat-empat pencipta kandungan menunjukkan kesepakatan yang jelas dari segi semangat dan kekaguman mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Maxhaze:

“Jika anda menikmati Death Stranding 1, anda akan terpesona dengan Death Stranding 2.”

Namun yang lebih penting, perbualan mereka membuktikan bahawa Death Stranding 2: On the Beach bukan sekadar sambungan kepada game pertama. Ia adalah sebuah pengalaman emosional yang menunjukkan sejauh mana medium permainan video boleh berkembang sebagai satu bentuk seni.

Bagi mereka, ini bukan game yang sekadar dimainkan dan dilupakan.. ia adalah perjalanan yang menyentuh jiwa, yang membuatkan mereka menitiskan air mata dan kekal dalam ingatan.

Dari Kiri ke Kanan – Jeremy Teo, Zhafran (zhafvlog), Najmi (The Kampung Nerd), dan Maxhaze | Kredit: Digital Braves

Dalam dunia gaming yang sering mengejar tajuk blockbuster seterusnya, cukup menyegarkan apabila mendengar para pencipta bercakap tentang sebuah game yang membuatkan mereka berhenti sejenak, merenung, dan benar-benar merasai sesuatu.

Sama ada anda peminat lama atau baru ingin mengenali fenomena ini, Death Stranding 2 nampaknya hadir dengan sesuatu yang semakin jarang ditemui – game yang bukan sekadar menghibur, tetapi menyentuh perasaan.

Death Stranding 2: On the Beach kini tersedia di PS5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Death Stranding 2
ShareTweetSend
Previous Post

Kunitsu-Gami: Path of the Goddess Raikan Anniversary Pertama dengan Update Percuma ‘Yashichi Waves’

Next Post

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!
Jom Singgah!

Squid Game Raikan Season Ketiga dengan Acara Terhad Di Malaysia – Datang Ke LaLaport Sekarang!

June 27, 2025
Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula
Panduan

Death Stranding 2: On the Beach – Panduan Beginner: Segala Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Bermula

June 27, 2025
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!
Unboxing

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

June 27, 2025
Next Post
Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

Unboxing Fallout 76: Gone Fission Media Kit: Pengembaraan Pasca-Apokalips Bersama Goodies Menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd