Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Pandangan Pertama] Parasyte: The Grey — Mengekalkan Keseraman Sumber Asal

Maira by Maira
April 3, 2024
in Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix, Pandangan Pertama
0 0
0
[Pandangan Pertama] Parasyte: The Grey — Mengekalkan Keseraman Sumber Asal
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat anime atau manga pasti mengenali siri Parasyte oleh Hitoshi Iwaaki yang memaparkan watak Shinichi Izumi dan makhluk asing Migi. Siri tersebut telah pun mendapat adaptasi filem live action Jepun pada 2014 dan 2015. Nampaknya ada satu lagi adaptasi live action yang akan dikeluarkan tidak lama lagi di Netflix iaitu “Parasyte: The Grey”.

Kalau anda ingin tahu, siri live action ini berlaku dalam universe yang sama dalam manga tetapi berlaku di Korea Selatan. Diarahkan oleh Yeon Sang-ho, pengarah filem Train to Busan, sudah pastinya ramai yang ternanti-nantikan siri ini tersedia di Netflix nanti. Siri ini hanya mempunyai 6 episod sahaja dengan setiap episod berdurasi hampir sejam seperti siri K-Drama biasa.

Walaupun jumlah episodnya seperti agak sikit, tetapi selepas menonton tiga episod pertama Parasyte: The Grey, kami masih dapat enjoy detik sengit yang sama seperti sumber asal. Nak tahu lebih lanjut, teruskan baca!

Sumber: Netflix

Cerita bermula dengan parasit mula menyerang Korea Selatan dan mengambil alih badan manusia yang menyebabkan kekecohan dengan membunuh manusia. Selepas itu, kami diperkenalkan dengan watak utama, Jung Soo-in yang bekerja sebagai juruwang di supermarket lokal. Dia juga tidak terlepas dengan serangan itu tetapi diselamatkan oleh parasit yang berada dalam badannya.

Sumber: Netflix

Dua lagi watak penting diperkenalkan iaitu Seol Kang-woo yang memburu parasit untuk mencari adiknya yang hilang dan Choi Jun-Kyung yang merupakan ketua pasukan petugas khas “Team Grey” yang melawan ancaman parasit.

Situasi Jung Soo-in hampir sama dengan Shinichi Izumi daripada siri manga, di mana manusia dan parasit hidup bersama. Yang berbezanya, Shinichi dan Migi boleh berinteraksi pada masa yang sama tetapi dalam siri Korea ini, badan Jung Soo-in hanya boleh digunakan oleh satu entiti pada satu masa.

Sumber: Netflix

Seperti yang kami katakan pada awalnya, untuk tiga episod pertama, Parasyte: The Grey masih mampu untuk mengekalkan tetapan siri seperti sumber asal. Bukan setakat itu sahaja, CGI yang digunakan juga kelihatan sangat-sangat bagus. Tetapi ada juga beberapa babak yang kelihatan pelik yang melibatkan Jung Soo-in dan parasit di sebuah kampung.

Satu perkara yang kami suka tentang siri ini adalah ia bukanlah adaptasi terus daripada sumber asal tetapi ia hadir dengan penceritaannya tersendiri dan mengembangkan dunia fiksyen yang dihasilkan oleh Hitoshi Iwaaki. Tidak kiralah peminat lama atau baru, tiada masalah untuk anda layan siri ini.

Sumber: Netflix

Apa yang membuatkan siri asal istimewa adalah bagaimana hubungan antara Shinichi dan Migi dikembangkan. Untuk tiga episod pertama yang kami tonton ini, ia tidak meneroka tema yang sama. Jadi kami tertanya-tanya mengenai arah tuju siri ini dalam episod-episod akan datang.

Muzik siri dihasilkan oleh Chai Min-joo dan Kim Dong-wook yang turut terlibat dalam Badland Hunters, The Bequeathed, Single in Seoul, If You Wish Upon Me dan banyak lagi. Soundtrack siri ini seperti yang anda boleh jangkakan daripada siri K-Drama aksi thriller dengan beberapa track yang berbunyi seperti elektronik dan rock serta EDM seperti siri anime.

Sumber: Netflix

Secara keseluruhan, Parasyte: The Grey menyajikan sesuatu baharu yang membawa penonton melihat perspektif lain apabila parasit mula turun ke Bumi dan melakukan huru-hara. Siri ini juga memaparkan body horror yang sama seperti sumber asal, jadi akan ada beberapa babak gore yang anda boleh jangkakan. Kalau anda tidak pernah membaca atau menonton siri asal, memang tiada masalah untuk anda layan siri ini nanti.

Sumber: Netflix

Parasyte: The Grey akan tersedia di Netflix pada 5 April 2024. Untuk membaca segala liputan kami berkenaan Netflix, boleh klik pautan ini.

Tags: netflixParasyteParasyte: The Grey
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Rancang Untuk Lancar di PS Vita Pada Mulanya — Interview Bersama Producer Unicorn Overlord!

Next Post

ZTE | nubia Lancar nubia Z60 Ultra, Berharga RM 3,799!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
ZTE | nubia Lancar nubia Z60 Ultra, Berharga RM 3,799!

ZTE | nubia Lancar nubia Z60 Ultra, Berharga RM 3,799!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd