Kalau anda peminat game sukan perlumbaan, pasti anda mengenali game Gran Turismo (GT) yang dibangunkan oleh Polyphony Digital. Kami telah mendapat peluang untuk menemu ramah Kazunori Yamauchi, producer kepada game Gran Turismo. Kalau anda ingin tahu, beliau juga seorang pelumba profesional. Jadi tidak peliklah jika reka bentuk siri Gran Turismo mampu menarik perhatian ramai pemain. Jadi, tanpa membuang masa, teruskan baca hasil temu ramah kami bersama Kazunori Yamauchi!

Gran Turismo 7 sudah tersedia untuk PSVR2, boleh anda ceritakan serba sedikit mengenainya? Dan ada sesuatu yang anda ingin ceritakan tentang sebalik tabir penghasilannya?
Yamauchi: Apa yang menjadi tumpuan dan penting dalam mencipta sesuatu dalam VR ialah frame rate yang pantas dan anda perlu tunjukkan imej stereo untuk setiap mata, jadi anda tunjuk dalam dua skrin dan mengekalkan latency yang sangat rendah. Dan anda perlu lengkapkan item tersebut untuk menghasilkan pengalaman VR yang baik. Untuk mencapainya, ia menjadi satu perjuangan untuk betul-betul cuba untuk tidak menjatuhkan kualiti aset dengan begitu banyak tetapi menjadikan data seringan mungkin dan mencipta enjin rendering yang boleh menjadikannya secepat mungkin.
Melihat sejarah perlumbaan Yamauchi-san, adakah pengalaman yang anda ingin bawakan kepada siri GT? Dalam konteks PSVR, rasanya ia lebih menarik kerana anda boleh melihat perkara yang ada di dalam dan di luar kereta.
Yamauchi: Apabila bercerita tentang kaitan antara perlumbaan sebenar dan VR, dalam perlumbaan sebenar apabila anda berada di jalan lurus, anda sudah boleh lihat titik selekoh anda seterusnya dan apabila sudah sampai ke titik brek dan anda mula brek, anda sudah melihat penghujung selekoh dan itulah sesuatu yang anda boleh hanya lakukan dalam VR. Dan itu satu perkara yang saya ingin capai, ingin cipta dalam VR, sebab tahu apabila anda menggunakannya dalam VR, kemudian anda secara semula jadi merasakan anda perlu brek dan tahu arah masa kereta perlu menghala pada titik masa tertentu apabila cuba melalui selekoh. Dan saya rasa ia sesuatu yang anda boleh rasa secara fizikal apabila bermain dalam VR dan berhubung dengan pengalaman yang lebih nyata.

Jadi dalam VR apabila anda understeering, anda mula melakukannya dan melihat ke arah lain seperti mana anda tukar kepada steering mode, tetapi anda tidak boleh melakukannya apabila anda melihat (paparan) TV rata. Dalam VR, anda melakukan pergerakan yang sama seperti yang anda akan lakukan di trek perlumbaan sebenar. Contohnya apabila anda drift, anda lihat ke satu arah tetapi sebenarnya memusing stereng ke arah lain, jadi itu adalah sesuatu yang anda boleh lakukan dalam VR sekarang.
Adakah anda fikir pengalaman memandu lebih baik dalam VR?
Yamauchi: Ya, saya rasa begitu.
Kami melihat maklum balas mengenai GT7 yang terlalu berulang. Adakah anda rancang untuk tambahkan lebih banyak cabaran atau trek dalam GT7 untuk jadikan grind lebih seronok atau mencabar?
Yamauchi: Ya dan kemas kini untuk Gran Turismo 7 akan diteruskan untuk beberapa lama, saya percaya. Dan saya rasa salah satu sebab kenapa ramai yang rasakan ianya berulang ialah kandungan Gran Turismo 7 yang begitu banyak. Sebab untuk pilih satu kereta dan satu track, itu sahaja sudah seperti kerja kerana anda perlu melihat pelbagai menu berbeza untuk mencarinya.

Memandangkan anda kata pemain perlu melihat banyak pilihan yang tersedia, adakah anda rancang untuk menjadikannya lebih mudah atau pelarasan padanya?
Yamauchi: Seperti yang saya katakan, Gran Turismo sudah menjadi terlalu besar menjadikannya lebih rumit untuk kanak-kanak untuk terus mainkan sebab terlalu banyak pilihan. Jadi saya rasa lebih baik untuk (kami) menyediakan Gran Turismo yang lebih mudah pada masa depan. Dan himpunan muzik yang kami masukkan dalam Gran Turismo 7 adalah percubaan ke arah itu.
Dalam GT6, terdapat aplikasi sampingan dengan editor laluan trek kerana ia dilancarkan selepas dikeluarkan, adakah kita akan melihat perkara yang sama akan datang untuk GT7?
Yamauchi: Saya tidak boleh kata ianya mustahil, tetapi ia bukanlah sesuatu yang boleh keluar dalam waktu terdekat. Anda tahu apabila anda menghasilkan sesuatu di mana anda mempunyai kebebasan untuk edit sesuatu, ia akan mengurangkan kualiti produk. Tetapi kalau melakukan sesuatu yang sebaliknya dan anda meningkatkan kualiti pada benda yang anda hasilkan, maka tahap kebebasan untuk anda edit beberapa trek menjadi terbatas dan terhad. Jadi agak sukar untuk menyeimbangkannya.
Sudah hampir 30 tahun, Gran Turismo menjadi sebahagian daripada PlayStation, boleh anda ceritakan tentang siri yang masih hadir ke konsol seperti ini? Sebab sudah banyak game Gran Turismo sekarang dan menjadi sebahagian daripada barisan PlayStation, jadi bagaimana anda mendorong hadnya di PlayStation?
Yamauchi: Satu benda yang saya boleh fikirkan ialah perasaan ingin tahu. Ingin tahu tentang teknologi baharu, bentuk ekspresi baharu. Dan sudah tentu kami sentiasa mahu menghiburkan pengguna. Itu adalah tujuan utama kami.

Ada sesuatu yang mempesonakan apabila menghargai kereta sport. Boleh anda cerita bagaimana perasaan itu disampaikan dalam siri Gran Turismo?
Yamauchi: Anda tahu Gran Turismo berdasarkan pada motif yang sangat mudah, untuk tunjuk tentang keindahan kereta, keindahan persekitaran dan pemandangan, untuk menyampaikan keseronokan memandu dan perkara yang tidak berubah selama ini. Terdapat ramai orang yang terlibat dalam pengeluaran sebuah kereta, yang direka dan segala-galanya. Dan ia tentang anda sampaikan perasaan cinta dan minat kepada kereta dan itu sesuatu yang kami sangat suka lakukan.
Kami rasa falsafah reka bentuk kereta telah berubah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Adakah anda rasa ia turut mengubah siri Gran Turismo dalam beberapa cara?
Yamauchi: Sudah tentu. Saya rasa kami menghasilkan kereta sebenar dan masukkan dalam Gran turismo. Anda tahu Gran Turismo berubah dengan segala benda yang berlaku dalam dunia sebenar daripada segi reka bentuk. Tetapi pada masa yang sama, mereka yang bekerja dalam industri kereta sekarang adalah mereka yang membesar dengan Gran Turismo. Jadi saya rasa kereta yang mereka alami dalam Gran Turismo kini mempengaruhi mereka semasa menghasilkan kereta baru.

Adakah anda terlibat dalam penghasilan filem Gran Turismo? Bagaimanakah perkembangannya?
Yamauchi: Saya hanya terlibat dalam penghasilan skrip pertama yang mereka hasilkan untuk filem dan tidak terlibat langsung selepas itu. Jadi saya teruja untuk melihat hasilnya nanti.
Boleh beritahu kereta kegemaran anda? Kalau boleh, berikan tiga kereta yang anda paling gemari.
Yamauchi: Susah juga soalan itu kerana banyak kereta yang menarik di luar sana. Sebagai contoh saya suka pada bentuk Ford GT. Tetapi baru-baru ini lebih banyak kereta yang saya suka, contohnya Cinquecento (Fiat 500), yang sememangnya kereta yang kecil dan hebat. Maksud saya, anda akan sukakan pelbagai jenis kereta. Semasa saya kecil, saya suka kereta yang kelihatan cantik.
Bagaimana pula tentang trek lumba kesukaan anda? Anda seorang pelumba selama beberapa tahun. Trek lumba mana yang anda paling suka? Sudah tentu ada beberapa cabarannya.
Yamauchi: Tidak disangkal lagi, ianya Nürburgring. Tiada litar lain yang menyeronokkan dan ianya berbeza setiap kali ke sana, terdapat perubahan suhu dan cuaca. Setiap kali memandu di sana, ia terasa seperti trek yang berbeza.

Sepatah dua kata untuk para peminat dan pembaca kami yang anda ingin sampaikan?
Yamauchi: Kereta merupakan sesuatu yang luar biasa dan belajar untuk memandunya merupakan salah satu pengalaman penting yang boleh anda dapatkan dalam hidup anda. Jadi saya ingin melihat lebih ramai yang menikmatinya.
Itu sahaja hasil temu ramah yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Menarik juga apabila mengetahui pandangan daripada produser Gran Turismo untuk versi VR game. Buatkan kami sendiri ingin mencubanya. Gran Turismo 7 kini tersedia di PlayStation 5 dan PlayStation 4 kalau anda ingin mencubanya! Kami juga telah mengulas game tersebut kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Gran Turismo daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post