Far Cry 6 telah pun mengeluarkan pengembangan baharu mereka “Lost Between Worlds”. Kami berkesempatan untuk mencubanya dan boleh dikatakan berpuas hati dengannya. Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca!
Gameplay
Semasa bermain Lost Between Worlds, kami rasakan bahawa pengembangan ini seperti sebuah idea baru daripada Ubisoft. Seperti yang kita semua tahu, Far Cry 6 merupakan sebuah game open-world yang besar tetapi pengembangan baharu ini seperti sebuah game pseudo-roguelite adventure.

Ceritanya bermula dengan Dani yang telah membuat seorang kawan baru yang merupakan Fai, sejenis makhluk asing yang kapalnya telah terhempas setelah berlakunya masalah yang berkaitan dengan Libertad. Kini, dia perlu mengumpul semula serpihan kapalnya dengan melompat melalui portal, melindungi Shardface, membuka kebolehan baru dan pelbagai lagi.
Dengar macam game roguelite betul tidak? Tetapi ada sebab kenapa kami katakan ianya sebuah pseudo-roguelite. Pengembangan ini tidak mempunyai peta yang rawak. Ia memiliki zon yang telah ditetapkan dengan laluan yang dipisahkan pada penghujungnya. Sudah tentu senjata yang dijatuhkan secara rawak tetapi ia tidak memberikan perubahan yang ketara semasa bermain. Tetapi ada sesuatu yang menarik, di mana anda boleh membuka kebolehan kekal.

Awal-awal mungkin anda akan menyampah sebab banyak benda yang anda tidak boleh berinteraksi. Selepas anda buka sahaja kebolehan kekal, dengan mudah anda boleh selesaikan stage yang ada. Memandangkan stagenya telah ditetapkan, jadi anda boleh merancang pergerakan semasa bermainnya.
Satu lagi benda yang kami suka untuk Lost Between Worlds ialah reka bentuk gameplay yang ringkas tetapi ianya efektif. Sebagai contoh combat, di mana musuh anda akan bertukar warna. Untuk menghapuskan mereka, anda akan menukar warna senjata yang sama dengan warna musuh. Selain itu, setiap zon mempunyai set peraturan tersendiri. Ini membuatkan setiap zon terasa unik malah memberikan pengalaman yang berbeza daripada Far Cry 6 yang biasa. Lebih menarik lagi apabila zon yang dihasilkan berbeza antara satu sama lain.

Cuma ada satu sahaja yang kami agak kecewa. Branching untuk laluannya direka dengan sangat jelas, di mana ia tidak semua berkaitan antara satu sama lain. Jadi perjalanan ke setiap kristal akan sentiasa sejauh 4 zon. Walaupun begitu, ia agak baik untuk pemain yang ingin mengelak zon-zon tertentu.

Kesimpulan
Pengembangan Lost Between Worlds memberikan satu pengalaman baru kepada game Far Cry 6. Ianya lebih mudah jika nak dibandingkan dengan main campaign. Tidak kiralah anda pemain lama atau baru Far Cry 6, anda tentu akan berseronok dalam pengembangan baru ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengembangan ini, anda boleh lawati laman rasmi ubisoft.

@gamersantaimy
Discussion about this post