Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Review Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok – Selamatkan alam Dewa

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 9, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, DLC, Game Review, Open World, PC, PS4, PS5, Review, Ubisoft Connect, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Review Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok – Selamatkan alam Dewa
Share on FacebookShare on Twitter

Assassin’s Creed Valhalla (ACV) akhirnya kembali dengan expansion ke-3 yang bertajuk Dawn of Ragnarok. Ini adalah expansion terbesar setakat ini dalam francais, kerana menawarkan lebih banyak content untuk kita selami sehingga Ubisoft pun kata bahawa jumlah gameplay adalah lebih 35 jam.

Kami di GS sudah preview expansion ini sebanyak 2 kali, jadi saya tidak akan jelaskan satu-satu mekanik. Selebihnya korang boleh baca di preview lama saya. Di sini, saya hanya akan review tentang aspek-aspek yang terlepas pandang dan pendapat umum tentang. Jadi tanpa melengahkan masa lagi, jom kita mulakan review saya untuk Assassin’s Creed Valhalla: Dawn of Ragnarok!

Bagaimana nak akses?

Sebelum memulakan pengembaraan terbaru kita, saya perlu jelaskan terlebih dahulu bahawa Dawn of Ragnarok lebih menyerupai satu “game pendek” berbanding expansion. Ubisoft siap menyediakan pilihan daripada menu sama ada kita nak bermain kempen original Valhalla atau terus pergi ke Dawn of Ragnarok.

Memandangkan ini adalah cerita baru yang mendedahkan kisah silam Eivor sebagai Havi aka Odin aka bapa segala dewa Norse, saya mengesyorkan kepada pemain baru untuk bermain dulu kempen utama, kerana mungkin ada beberapa bahagian yang korang tidak faham. Jangan risau. Korang hanya perlu main Valhalla sahaja, tidak perlu main semua game Assassin’s Creed.

Mula-mula sekali saya nak beritahu adalah Ragnarok merupakan end-game content dengan Power Level setinggi 340. Bagi mereka yang hati kental, game ini membenarkan korang mengakses expansion walaupun Power Level dan jika bermain dengan hati-hati, ini boleh menjadi tempat yang bagus untuk EXP farming. Jika korang dah khatam game ini, Ragnarok merupakan titik permulaan yang bagus untuk sambung pengembaraan Eivor.

Apa yang terjadi kali ini?

HATI-HATI! SPOILER UNTUK PEMAIN BARU!

Secara ringkas, Dawn of Ragnarok ialah babak terbaru dalam pengembaraan besar Eivor sebagai Odin, dewa Pertempuran dan Kebijaksanaan dari mitologi Norse. Kisahnya bermula apabila Eivor mengembara ke alam Svartalfheim untuk berhadapan dengan raja gergasi Surtr, yang menculik anak lelaki Odin bernama Baldr.

Walaupun mempunyai status besar sebagai dewa, Eivor (yang juga dipanggil “Havi”) tidak cukup kuat untuk melawan Surtr yang hidup abadi dan mengawal segerombolan tentera orang Muspel. Untuk menyelamatkan anaknya, Havi mesti membongkarkan kelemahan Surtr dan meminta bantuan daripada warga orang kerdil yang juga menghadapi masalah sendiri. 

Bagi peminat lama, korang pasti faham betapa rumitnya kisah Assassin’s Creed. Tetapi sejujurnya expansion ini agak straightforward dan lebih mudah untuk diikuti bagi pemain baru. “Bantu orang sekeliling, dapatkan bantuan, kalahkan orang jahat, selamatkan anak.” Itu saja. Ada beberapa adegan yang dramatik, tapi unsur-unsur rumit dikurangkan. Itu saya suka.

Alam Svartalfheim

Expansion ini berlaku di Svartalfheim, sebuah alam yang dihuni oleh orang kerdil. Dulu cantik, ia kini dilanda peperangan setelah diceroboh oleh askar Muspel di bawah arahan Surtr. Sama seperti apa yang saya beritahu dalam preview lalu, Svartalfheim ialah lokasi baharu dalam ACV dengan peta besar yang penuh dengan rahsia-rahsia mistik.

Saya, yang mengaku diri sebagai pemain veteran, pun perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan struktur gameplay kali ini. Selain menyelamatkan anak, misi paling utama Eivor adalah untuk mendapatkan kepercayaan warga Dwarf dan menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelamatkan Baldr. Oleh itu, tugas kita adalah untuk menjadi “hero” supaya semua orang kerdil dapat bangkit semula dan memulihkan semangat mereka.

Majoriti musuh yang kita akan jumpa di rantau ini terdiri daripada askar Muspel, sejenis bangsa Muspelheim dengan penampilan unik di mana badan masing-masing dibuat oleh magma. HP mereka tidak begitu banyak tetapi jangan terlalu yakin kerana setiap pukulan mereka boleh menghilang hampir suku HP Eivor.

Pada masa yang sama, bangsa Muspel juga mempunyai jenis-jenis unik seperti Flame Keeper, yang boleh menghidupkan musuh yang mati atau menghantar makhluk kecil untuk meletup depan muka kita. Keadaan akan menjadi lebih berbahaya apabila mereka menyerang secara berkumpulan, di mana kombo yang agresif boleh serta-merta menyebabkan kematian kita.

Jadi, nasihat saya adalah untuk sentiasa berhati-hati; walaupun korang pakar dalam game ini.

Dari segi visual, persekitaran dunia memang cukup menarik dan dipenuhi dengan istana kuno, hutan luas, bukit kecil dan lain-lain. Sambil meneroka, ia menjadi kebiasaan dalam mana-mana game Assassin’s Creed untuk membersihkan kem musuh, mencari penempatan menarik dan mencuba aktiviti-aktiviti sampingan yang disediakan.

Tahap keluasan expansion pun terasa ‘perfect’. Lebih besar dari DLC Paris tetapi lebih kecil daripada dunia base game, saya rasa saiz ini adalah ‘sweet spot’ untuk sebuah expansion. Walaupun game ini menyuruh saya untuk mencari kawasan tertentu tanpa sebarang klu, ia masih mudah untuk menemui lokasi misi atau aktiviti baru.

Sebagai contoh, sekumpulan burung akan terbang di sekitar kawasan penempatan orang kerdil, jadi dari situ kita tahu tempat itu menarik untuk teroka. Perkara sama diaplikasikan kepada misi-misi lain.

Gameplay & sistem pertempuran

Dari segi gameplay, Dawn of Ragnarok masih sama dengan kempen asal, jadi pemain veteran akan berasa selesa serta-merta. Cuma, pemain baru mungkin akan menghadapi masalah kerana musuh dalam Ragnarok bukanlah tempat yang bagus untuk melatihkan diri dalam sistem pertempuran.

Untuk memberi sedikit kelainan, Eivor akan diberikan abiliti istimewa bernama Hugr-Rip yang digunakan untuk mencuri kuasa musuh. Ini adalah gajet baru yang diberikan oleh orang kerdil pada awal cerita. Dengan Hugr-Rip, kemungkinan untuk mencuba gaya permainan berbeza kini menjadi lebih luas.

Sebagai contoh, kuasa pertama yang kita unlock adalah Power of Muspelheim yang memberikan imuniti terhadap lava untuk Eivor. Apabila diaktifkan, penampilan Eivor juga berubah seperti Muspel, yang berguna jika kita ingin menyelinap ke dalam kem yang penuh dengan musuh. Terdapat juga beberapa kuasa mistik lain yang lebih tertumpu pada pembunuhan seperti teleportasi dan mengubahkan diri kepada burung.

Situasi mistik seperti ini jarang dilihat dalam game Assassin’s Creed tetapi memandangkan Ubisoft lebih tertumpu kepada konsep mitologi, ia adalah perubahan yang masuk akal dan lebih sesuai dengan tema keseluruhan sebagai assassin.

Ada macam-macam kuasa “Hugr” untuk diperolehi, tetapi hanya dua sahaja yang Eivor boleh pakai pada satu masa. Ini merupakan keputusan strategik yang mengharuskan kita untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran game yang sentiasa berubah dan mengubah suai strategi bagi menghadapi cabaran. Sistem ini direka untuk menyokong semua playstyle berbeza, tidak kisah jika korang suka main stealth, atau jenis main langgar sahaja seperti saya.

Pendapat

Sebagai peminat setia Assassin’s Creed, saya agak kagum dengan pendekatan Ubisoft. Sejujurnya, saya lebih suka konsep original Assassin’s Creed, yang memfokuskan pada unsur realisme dan peristiwa sejarah, tetapi konsep mitologi adalah cara yang sangat bagus untuk segarkan imej francais sambil mengekalkan elemen ikonik yang disukai oleh peminat.

Pujian terbesar saya boleh beri adalah jumlah kandungan yang ditambah dalam expansion ini memang banyak sehingga terasa seperti bermain game baru. Ini menjadikan Assassin’s Creed Valhalla sebagai salah satu game open world terbesar yang pernah saya cuba!

Satu perkara yang saya ingin mengadu adalah sistem pertempuran boleh menjadi agak kelam-kabut bagi pemain baru, dan tidak friendly seperti game lain. Maklumlah; ada lebih 10 kombo senjata untuk pakai dan ini belum termasuk sistem Hugr yang saya sebutkan tadi.

Jadi, jika korang suka game yang penuh content, Assassin’s Creed Valhalla dengan expansion terbarunya Dawn of Ragnarok memang berbaloi. Expansion ini akan keluar pada 10 Mac 2022 di Xbox Series X|S, Xbox One, PlayStation 5, PlayStation 4, serta PC melalui Ubisoft Store dan Epic Games Store.

Tags: Assassin's Creed ValhallaAssassin's Creed Valhalla: Dawn of Ragnarokreview
Previous Post

Apple memperkenalkan barisan terbaru iPhone 13, SE dan iPad Air!

Next Post

Gigabash memperkenalkan kaiju terbaru ‘Rawa’ bersama trailer baru!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Gigabash memperkenalkan kaiju terbaru ‘Rawa’ bersama trailer baru!

Gigabash memperkenalkan kaiju terbaru 'Rawa' bersama trailer baru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd