Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

9 Watak Dragon Ball Super paling Kuat Sekarang!

Malangnya, yang pertama bukan Goku.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 27, 2019
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
9 Watak Dragon Ball Super paling Kuat Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Nak tahu siapa memegang gelaran watak Dragon Ball Super yang paling kuat? Senarai ini menunjukkan senarai 10 watak terkuat daripada Dragon Ball Super dari yang paling lemah hingga terkuat. Siap ada God of Destruction sekali tau. Jom kita usya sama-sama!

Jiren

Salah satu Pride Trooper terkuat dan pemain utama untuk Universe 11, Jiren adalah watak sangat berkontroversi kerana Tournament of Power.

Dalam anime itu, selepas melihat Super Saiyan Blue Goku dan Kaio-Ken x10, Toppo kata bahawa ia tidak cukup untuk menang melawan Jiren. Menurut pencipta DBS, Jiren mempunyai Ki besar yang tidak masuk akal dan menjadikannya lebih unggul daripada SSB Goku dan Kaio-Ken x20.

Rage Power Up GIF from Rage GIFs

Goku

Goku adalah protagonis utama dan kini merupakan salah satu watak Dragon Ball Super yang paling kuat. Sepanjang hidupnya, Goku hampir tidak pernah membunuh musuhnya. Walau bagaimanapun, apabila ia berkait dengan kuasanya, tiada siapa yang boleh bersaing dengannya selain para dewa. Goku dikenali kerana sering melanggar batas fizikalnya untuk mencapai lebih banyak kuasa.

Kesimpulannya, matlamat Goku adalah untuk melawan setiap watak menggerunkan yang mempunyai lebih banyak kuasa darinya. Beliau sentiasa bersedia mempertahankan Bumi dan keluarganya dan ini menjadikan dia sebagai salah satu watak terbaik sepanjang masa.

Dragon Ball Goku GIF from Dragonball GIFs

Broly

Antagonis utama daripada francais Dragon Ball, Broly muncul kembali. Kali ini, saiyan lagenda ini menukar musuhnya. Daripada Goku yang bertanggungjawab untuk traumanya semasa zaman kanak-kanak, kini Vegeta menjadi mangsanya.

Dalam filem barunya, Broly memiliki kekuatan luar biasa yang luas dan kekuatan Saiyan yang hebat. Setelah bertarung dengan Broly, akhirnya Goku sendiri mengakui bahawa Broly mungkin lebih kuat dari God of Destruction Beerus tetapi perlu belajar beberapa perkara terlebih dahulu.

Broly Dragon Ball Super GIF from Broly GIFs

Moro

Moro, antagonis baru untuk Dragon Ball Super, memulakan debutnya dalam manga. Juga dikenali sebagai Planet-Eater Moro, beliau adalah penyihir jahat yang memegang kuasa ajaib belum ditemui. Beliau memiliki kuasa yang membantu menyerap dan memanipulasi tenaga hidup daripada planet.

Kerana keupayaannya yang aneh, Moro dapat memanipulasi tenaga hidup yang diinginkannya. Beliau boleh menggunakannya sebagai ofensif dan juga defensif. Selain itu, beliau dapat menghasilkan pelbagai kilat untuk menyerang.

Vegito

 

Vegito adalah antara watak gabungan terkuat dalam francais Dragon Ball. Sebagai Super Saiyan Blue, Vegito mungkin lebih kuat daripada God of Destruction Beerus.

Dalam bentuk ini, SSB Vegito menggunakan “Final Kamehameha” (kombinasi hebat Final Flash Vegeta dan Kamehameha Goku) yang lebih kuat. Walau bagaimanapun, kita tahu bahawa Super Saiyan Blue menggunakan banyak stamina dan kuasa, dan fusion ini tidak dapat bertahan untuk tempoh yang lama.

Vegito Final GIF from Vegito GIFs

Gogeta

Dragon Ball Super: Broly kembalikan watak non-canon paling menarik ke dalam francais. Selepas berusaha sedaya upaya untuk menewaskan Broly, Goku dan Vegeta tidak mempunyai pilihan selain melakukan Fusion Dance untuk bergabung menjadi Gogeta.

Sebagai Super Saiyan Blue, Gogeta memegang kuasa yang bukan sahaja hebat tetapi cukup untuk mengalahkan Legendary Super Saiyan Broly. Oleh itu, ia merupakan keputusan terbaik untuk kembalikan semula watak hebat dan berkuasa ini di Dragon Ball Super.

Gogeta Dragon Ball Super GIF from Gogeta GIFs

Beerus

Anti-hero untuk Dragon Ball Super, Beerus adalah God of Destruction untuk Universe 7 yang tugasnya adalah untuk menghancurkan planet yang tidak layak untuk menjaga keseimbangan dalam alam semesta dengan membenarkan kehidup baru berkembang.

Hanya ada dua orang di alam semesta yang Beerus takut iaitu The Great Priest dan Zen-Oh. Tetapi untuk Universe 7, dia adalah satu-satunya watak yang paling kuat selepas Whis.

Dragonball Owned GIF from Dragonball GIFs

Whis

Menurut pencipta Dragon Ball, Akira Toriyama, jika Goku berada dalam skala 6-10, maka Beerus ialah 10 dan Whis berada pada skala 15.

Whis malah boleh mengelak dan menahan serangan Goku dalam bentuk Super Saiyan Blue menggunakan hanya satu jari tanpa sebarang masalah.

Whis Goku GIF from Whis GIFs

The Great Priest

Great Priest adalah salah satu watak Dragon Ball Super yang paling berkuasa dan terkuat yang berkhidmat untuk Zen-Oh.

Tanpa ragu, Great Priest mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dan pengalaman bertarung yang pelbagai. Tambahan pula, Whis juga mengakui bahawa dia sendiri lemah berbanding Great Priest walaupun Whis adalah watak terkuat di Universe 7 sendiri.

Grand Priest Daishinkhan GIF from Grandpriest GIFs

Zen-Oh: The Omni King

Jika Beerus adalah Dewa untuk Universe 7 daripada 12 Universe , Zen-Oh adalah raja semua Gods of Destruction dan Lords of Lord.

Tidak syak lagi, beliau adalah watak Dragon Ball Super yang paling kuat. Sama seperti Thanos dengan Infinity Stone, Zen-Oh mempunyai kuasa untuk memusnahkan seluruh alam semesta dengan memetik jari.

Zen-Oh pernah menunjukkan sekali kehebatan ini apabila Fusion Zamasu hampir mengambil alih dunia. Zen-Oh tidak menyukainya, dan terus memusnahkan Universe 7 (bukan yang asal).

Dragon Ball Super Zenoh Sama GIF from Dragonballsuper GIFs

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: beerusBrolyDragon Ball SuperGogetagokuJirenMoroThe Great PriestVegitoWhisZen-Oh: The Omni King
Previous Post

Petua & Nasihat untuk menjadi Pencipta Content Menarik di Youtube!

Next Post

Nak dapat Chicken Dinner dalam PUBG Mobile? Ini Tips Basic yang kami ingin kongsikan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works
Berita

MARVEL Tokon: Fighting Souls – Fighting Game Baharu Oleh Arc System Works

June 5, 2025
Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!
Berita

Nioh 3 Diumumkan, Demo Alpha Kini Boleh Dimainkan!

June 5, 2025
Next Post
Nak dapat Chicken Dinner dalam PUBG Mobile? Ini Tips Basic yang kami ingin kongsikan!

Nak dapat Chicken Dinner dalam PUBG Mobile? Ini Tips Basic yang kami ingin kongsikan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd