Siri Yakuza yang terkenal dengan entri terbarunya Yakuza: Like A Dragon akan hadir ke PS Plus pada Ogos 2022. Sesiapa sahaja yang tertarik atau sudah lama ingin main siri Sega ini, dapatlah alaminya tidak lama lagi. Segala gaya pertempuran hebat, lokasi yang boleh diterokai, game mini dan jalan cerita menarik Yakuza akan tersedia di PS Plus. Tetapi ia hanya pelanggan yang melanggan pakej Extra dan Deluxe sahaja.
Dengan Yakuza: Like A Dragon diberikan secara percuma pada Ogos 2022, pemain Ps Plus boleh mulakan pengembaraan Yakuza dengan Kazuma Kiryu melalui Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Yakuza Kiwami 2. Bukan setakat itu sahaja, Yakuza 3, 4, 5 remastered serta Yakuza 6: The Song of Life juga akan memberikan penamat kepada ceritanya.
Jom kita lihat secara ringkas untuk kesemua game tersebut!
Yakuza: Like A Dragon

Sebagai Ichiban Kasuga, anda kembali dalam masyarakat selepas berkhidmat selama 18 tahun disebabkan jenayah yang anda tidak lakukan. Temui kebenaran di sebalik pengkhianatan keluarganya merentasi bandar Jepun zaman moden. Bina parti dan luangkan masa bersama mereka untuk membuka kebolehan baru dan kemahiran kombo. Anda juga boleh libatkan diri dalam go-karting, pusat arked dan 50 sub-cerita lain.
Yakuza 0

Bertarung di bandar Tokyo dan Osaka dengan protagonis, Kazuma Kiryu dan Goro Majima. Bermain sebagai Kiryu untuk mengetahui bagaimana dia mendapati terlibat dalam masalah hanya kerana mengutip hutang. Kemudian, ikuti kisah Majima dan terokai kehidupan “biasa”nya sebagai pemilik kelab kabaret.
Yakuza Kiwami

Remake untuk game Yakuza pertama. Ikuti kisah Kazuma Kiryu selepas dia kembali daripada penjara untuk jenayah yang tidak dilakukannya.
Yakuza Kiwami 2

Sekuel kepada Kiwami dengan tambahan Goro Majima yang boleh dimainkan. Ia berlaku setahun selepas game pertama, kini Kazuma Kiryu berdepan dengan musuh lain, Ryuji Goda yang juga dikenali sebagai Dragon of Kansai.
Yakuza 3 Remastered
Kazuma Kiryu telah bersara. Namun dia sekali lagi ditarik ke semula ke dunia yang mengancam hidup barunya dengan puak lama dan politik. Terokai bandar Kamurocho, Tokyo dan Okinawa untuk selamatkan keluarga barunya.
Yakuza 4 Remastered

Dalam Yakuza 4, anda kini boleh bermain sebagai empat watak lain – seorang pemberi pinjaman, seorang banduan hukuman mati, seorang polis yang korup dan bekas yakuza legenda Kazuma Kiryu – disatukan untuk menyelesaikan pembunuhan. Uraikan pertempuran tersembunyi mengenai wang, kuasa, status dan kehormatan serta wanita misteri yang menjadi punca kepada segalanya.
Yakuza 5 Remastered

Keamanan antara puak Tojo dan Omi mula hancur. BErmain sebagai lima watak berbeza, termasuk Kazuma Kiryu merentasi lima bandar utama ketika organisasi yakuza ini berperang.
Yakuza 6: The Song of Life

Kesimpulan kepada kisah epik Kazuma Kiryu yang memikul tanggungjawab sebagai bapa angkat kepada Haruto dan bongkar misteri di sebalik serangan kejam terhadap ibu Haruto. Terokai Onomichi, Hiroshima dan dengan bantuan beberapa rakan, kembali ke dunia penjenayah tanpa belas kasihan, menipu puak yang mencari Haruto dan temui jawapan yang anda cari.
Jadi, kalau anda ingin bermain kesemua game ini, boleh langgan PS Plus Extra atau Deluxe. Kalau anda ingin tahu lebih lanjut mengenai pakej tersebut, anda boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post