Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

77% Daripada Cutscene ‘Like a Dragon: Gaiden’ Ialah Adegan Gadis Kabaret

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 7, 2023
in Action, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
77% Daripada Cutscene ‘Like a Dragon: Gaiden’ Ialah Adegan Gadis Kabaret
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Yutaka Ito -yang bertanggungjawab sebagai Pengurus Teknikal di Ryu Ga Gotoku Studio– berkongsi beberapa trivia menarik tentang Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name termasuk menceritakan bahawa adegan kelab kabaret telah mengisi 77% daripada jumlah total cutscene di dalam game. Supaya semua lebih mudah faham, ini bermakna adegan sinematik menemani wanita-wanita cantik di kelab lebih banyak berbanding adegan naratif permainan.

Kredit: RGG Studio

Maklumat ini didedahkan di X, di mana Yutaka Ito berkongsi carta pai yang menunjukkan pecahan data cutscene di dalam Gaiden. Berikut adalah jumlahnya:

#龍が如く7外伝 のムービーの容量を調べてみました。キャバクラがここまで圧倒的だとは…😅イベントシーンはなるべくリアルタイムで頑張るので、ムービーは意外と少ないです。「アセット」は背景のタブレットや鏡に写っている映像のことで、描画に手間がかかるのでムービーが使われることが多いです。 pic.twitter.com/bBy3qFcux6

— 伊東 豊(セガ・龍が如くスタジオ技術責任者) (@YutakaIto_RGG) December 5, 2023
  • 77% – Kyabakura (Kelab Kabaret)
  • 9% – DLL
  • 6% Event Scene
  • 3% – Karaoke
  • 3% – Asset
  • 1% – Help
  • 1% Dash
Kredit: RGG Studio

DLL, Asset, Help dan Dash boleh diabaikan kerana tidak boleh dilihat tetapi Event Scene (iaitu cutscene yang kita lihat dalam jalan cerita) hanyalah sebanyak 6%. Mengapa adegan event tidak banyak? Menurut Ito, ini kerana mereka ingin cuba memasukkan seberapa banyak Event Scene ke dalam “real-time gameplay” selagi boleh. Ini bermaksud adegan berlaku semasa gameplay sedang berlangsung, bukan melalui metod “gameplay → loading → cuscene → loading → gameplay”.

Kredit: RGG Studio

Ito menambah; Sinematik dalam siri Like a Dragon sudah lama mengekalkan resolusi Full HD/30FPS. Walau bagaimanapun, berkat peningkatan dalam teknologi, real-time gameplay kini boleh dijalankan dalam resolusi 4K/60fps, yang lebih superior berbanding Full HD/30FPS. Disebabkan ini, studio memutuskan untuk menghasilkan sinematik 4K/60FPS, bermula dengan “Lost Judgement” pada 2022.

Kredit: RGG Studio

Jelas sekali, peningkatan dalam kualiti akan membuatkan saiz fail semakin besar, lagi-lagi kerana Like a Dragon Gaiden menambah sinematik gadis-gadis kabaret, yang menggandakan saiz data sebanyak 5x ganda.

Satu lagi sebab adalah peralihan adegan kelab kabaret daripada animasi 3D kepada aksi langsung. Apabila anda berinteraksi, memberi hadiah dan manjakan diri, semuanya berlaku secara aksi langsung di mana pemain melihat daripada pespektif first-person. Adegan pun bukan satu dua sahaja. Ia merangkumi pelbagai dialog untuk lima gadisb erbeza. Dengan mengambil kira resolusi tinggi dan kualiti yang dipersembahkan, saya faham mengapa kelab kabaret mengambil ruang yang besar berbanding semua sinematik Gaiden.

Kredit: RGG Studio

Sebagai peringatan, Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store sejak 9 November 2023.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: KabaretLike a DragonLike a Dragon: Gaiden
ShareTweetSend
Previous Post

Ingin Lihat Persembahan ASCA × spira spica di Comic Fiesta 2023? Ikuti Langkah-langkah Ini!

Next Post

Acer Berkomited Kepada Neutraliti Karbon Bermula dengan Siri Laptop Aspire Vero 16

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Acer Berkomited Kepada Neutraliti Karbon Bermula dengan Siri Laptop Aspire Vero 16

Acer Berkomited Kepada Neutraliti Karbon Bermula dengan Siri Laptop Aspire Vero 16

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd