Bermula sebagai “webcomic” yang simple dan kemudian diadaptasikan ke manga lalu anime, One-Punch Man serta menjadi sensasi di seluruh dunia selepas tayangan musim pertama. Selain daripada serangan “One-Punch-nya”, kita semua tahu bahawa protagonis Saitama menjalani kehidupan yang agak normal. Tetapi sebenarnya masih ada ada banyak misteri yang menyelubungi watak utama kita. Ini adalah lapan fakta yang anda mungkin tidak tahu tentang Saitama dari One-Punch Man!
Pakaian Saitama merupakan tribut kepada Anpanman

Peminat One-Punch Man dari Malaysia mungkin tidak pernah mendengar tentang Anpanman tetapi dia adalah watak anime kanak-kanak popular dari tahun 70-an hingga hari ini, masih disiarkan. Ramai peminat tegar telah perasan bahawa reka bentuk Saitama amat menyerupai Anpanman, dan mendapat andaian bahawa pencipta One-Punch Man iaitu ONE telah memilih reka bentuk tersebut berdasarkan anime klasik ini.
Dari kepala mereka yang botak dan ciri-ciri muka yang berbentuk “simple”, pakaian Saitama juga mencerminkan Anpanman. Sebaliknya, hanya palet warna merah dan kuning yang ditukar. Selain itu, semuanya adalah sama seperti sarung tangan, tali pinggang dan mantel. Satu lagi aspek menarik tentang Saitama adalah ONE sengaja tidak memberikan pakaian bergaya kepada Saitama dan ingin watak ini kelihatan seperti orang biasa.
Tidak mustahil untuk mengikut latihan “maut” Saitama

Semasa Saitama mula menerangkan kaedah latihannya kepada Genos, tiada siapa di kalangan penonton dapat menjangka bahawa ia begitu “normal”. Bagi seorang superhero yang mampu menewaskan sesiapa sahaja dengan satu pukulan, latihan ini sebenarnya boleh dilakukan oleh insan biasa seperti kita.
Saitama berlari sejauh 10 KM, melakukan 100 sit-up, 100 pushup dan 100 squat setiap hari selama 365 hari setahun. Orang malas seperti saya memang tidak boleh lah ikut latihan Saitama tetapi saya rasa ini tidak menjadi masalah untuk mana-mana atlet. Malangnya, kita tidak boleh memperoleh kekuatan yang sama seperti Saitama. Cuma, badan sahaja yang kaw-kaw fit.
Hero Association sebenarnya dimulakan oleh Saitama secara tidak sengaja

Sebelum Saitama menjadi hero rasmi, dia menyelamatkan seorang budak bernama “Ball-Chinned Kid” daripada Crabman, ketika dirinya diserang di taman. Perbuatan ini nampaknya tidak begitu penting pada masa itu tetapi sebenarnya mempunyai kesan yang lebih besar terhadap universe One-Punch Man.
Rupanya, budak lelaki itu ialah cucu Agoni, jutawan yang mengasaskan Hero Association di mana dia muncul dengan idea untuk sebuah “organisasi hero” selepas mendengar apa yang berlaku antara Saitama dan cucunya. Ini bermaksud Saitama adalah punca mengapa Hero Association diasaskan tetapi sudah tentu, tiada siapa yang tahu.
Saitama boleh bergerak lebih pantas daripada kelajuan cahaya
![Spoilers] One Punch Man - Episode 6 [Discussion] : anime](https://i.imgur.com/l5ThLlw.png)
Semasa penghujung Season 1, Saitama berdepan dengan Boros, yang kekuatan hampir dapat menandinginya. Dalam pertarungan, Boros menendang Saitama dengan begitu kuat sehingga hero itu terpelanting dari Bumi ke Bulan. Apa yang pelik adalah Saitama melompat semula ke Bumi dalam kira-kira 1.5 saat.
Menurut kajian internet, jarak Bumi dan Bulan adalah 384,400 km. Jika, ia mengambil masa 1.5 saat untuk kembali ke Bumi, Saitama sepatutnya bergerak pada kelajuan 159,236 mph. Kelajuan cahaya adalah 186,282 mph. Memandangkan Saitama pun hanya membuat melompat biasa, ramai yang menganggap dia sebenarnya lebih pantas daripada kelajuan cahaya kalau benar-benar serius. Sejurus sebelum mati, Boros sendiri pun kata bahawa Saitama tidak menggunakan kuasa penuhnya.
Nama Saitama berasal dari kampung halaman ONE
Saitama adalah nama yang agak unik. Tetapi peminat tegar tidak perlu terlalu memikirkan asal usulnya. Pencipta One-Punch Man iaitu ONE sebenarnya menamakan Saitama sempena kampung halamannya di Jepun.
Pada masa yang sama, gelaran Caped Baldy adalah nama yang popular di kalangan fandom, dan diberikan kepadanya oleh Hero Association manakala One-punch Man pula – itu rasanya tidak perlu dijelaskan lagi.
Saitama tidak perlu oksigen untuk hidup

Tadi kita bercakap tentang kelajuan Saitama. Sekarang, kita bincang tentang satu lagi ciri unik tentang badannya. Apabila Saitama mendarat di bulan selepas disepak oleh Boros, Saitama nampaknya terpegun seketika, dan tiba-tiba baru sedar dia perlu tahan nafas. Jika kita berfikir secara logik, udara dalam paru-parunya sepatutnya sudah kena sedut sebaik sahaja dia memasuki angkasa lepas. Saitama fikir dia perlu bernafas (mungkin kerana anggap dia masih manusia normal), tetapi ternyata Saitama tidak perlu oksigen untuk hidup.
Saitama membaca Mob Psycho 100 yang juga dicipta oleh ONE
Dalam beberapa episod One-punch Man, kita dapat melihat sekilas pandang di dalam apartmen Saitama. Di belakang, terdapat rak buku yang mempunyai pelbagai jenis manga. Jika dilihat dengan teliti, ada sebuah manga bernama Mob Psycho 100 yang merupakan sebuah lagi karya oleh ONE. Itu bukan satu-satunya rujukan kerana dalam satu episod istimewa, Saitama terang-terang memakai baju dengan tulisan “Mob Psycho 1000000” di depan.
Rasa diri lebih tahu tentang Saitama dan francais One-Punch Man selepas membaca fakta-fakta di atas? Kalau korang pun ada apa-apa fakta dan trivia menarik, jangan segan silu untuk berkongsi dengan saya di ruang komen nanti!
@gamersantaimy
Discussion about this post