Masih ingat sebelum ini kami mengongsikan tentang Kanak-kanak terpilih zaman Digimon Adventures? Kali ini sempena hendak meneruskan ulangtahun ke -20 Digimon, kami sekali lagi ingin mengongsikan mengenai Digimon Adventures,Digimon 02, Digimon Tamers, Digimon Movies dan banyak lagi yang pernah menjadi kegemaran kanak-kanak 90-an! Tetapi kali ini bukan mengenai kanak-kanak terpilih, tetapi digimon mereka yang berevolusi ke tahap Mega dan kuat! Jadi, anda boleh lihat senarai dibawah 7 antara evolusi Digimon terkuat sepanjang siri Digimon ;
Omnimon
Pertama kali hadir di Digimon Movie yang kedua! Gabungan antara Digimon kepada Taichi dan Yamato iaitu WarGreymon dan MetalGarurumon yang terjadi disebabkan kehendak yang kuat dari kanak-kanak terpilih untuk kebaikan. Mempunyai dua jenis tangan yang mempunyai kuasa, sebelah kiri “Grey Sword” halimunan untuk serangan slash dan “Brave Shield Omega” untuk penghadang hasil dari WarGreymon, dan belah kanan terdapat “Garuru Canon” tembakan meriam dan peluru berpandu dari MetalGarurumon.
Jadi ini adegan kali pertama Omnimon hadir;
Imperialdramon
Mempunyai tiga formasi, gabungan antara Digimon Daisuke dan Ken iaitu Veemon serta Wormmon untuk gabungan evolusi mega mereka. Formasi pertama adalah Imperialdramon Dragon Mode, digimon ini adalah sejenis naga purba dan merupakan sejenis ultimate zaman purba. Antara kuasanya adalah “Mega Crusher” yang menembak ‘dark matter’ dengan menelan segala-galanya dalam ruang gelap dan menghancurkan segalanya. Turut ada Positron laser, Shining Blade dan Eternal Zeal.
Imperialdramon Fighter Mode merupakan Digimon manusia naga purba. Perubahan dari Imperialdramon Dragon Mode selepas mendapat kesemua kuasanya. Terdapat lebih kuasa dari formasi naga, antaranya Positron Laser, Giga Crusher , Splendor Blade, Imperial Kick, Majestic Strike dan banyak lagi!
https://www.youtube.com/watch?v=cfcJxiyOQ54
Beralih pula kepada Imperialdramon Paladin Mode, juga merupakan Digimon Naga Purba. Perubahan dari mod Fighter yang memerlukan kuasa holy knight Omnimon dan terjadi ketika menentang Diablomon. Mempunyai kuasa seperti Omni Sword antara yang terkuat untuk membelah dua musuh dan Giga Crusher yang membenam Positron Laser ke dada musuh kemudian mengeluarkan semua tenaga badannya sebagai gelombang tenaga yang merosakkan dengan sepuluh kali kuasa “Crusher Mega”.
https://www.youtube.com/watch?v=b_NN-pOIkMo
Beezelmon
Sejenis Digimon kegelapan dan sangat bergaya terutama dalam dengan Behemothnya. Hadir di hampir kebanyakkan episod di Digimon Tamers, dahulunya mempunyai kanak-kanak terpilih yang menjaganya, sehingga suatu hari terjadi sesuatu dari bekas tammer nya Ai dan Mako. Ai dan Mako menariknya ketika itu dalam formasi Impmon, dan membuatkannya fobia serta lari terus ke Digiworld. Mempunyai beberapa kuasa seperti Darkness Claw, Double Impact dan bila berada dalam mod Blast, Beezelmon boleh menggunakan Corona Blaster dan Destroyer.
Seraphimon
Dari Patamon ke Angemon ke MagnaAngemon kemudian ke Seraphimon! Sejenis Digimon Angel Syurgawi yang kuat! Merupakan Digimon kepada Takeru, Seraphimon berpakaian perisai suci yang bersinar perak, dan memiliki sepuluh sayap emas. Kesemua kuasanya adalah kuat, antaranya seperti “Strike of Seven Stars” yang menembak cahaya sfera ke pihak lawan; Testament; Hollowed Knuckle, Excalibur dan banyak lagi!
Gallantmon
Merupakan Digimon pertama yang bergabung dengan Tamernya iaitu Takato ketika menentang Beelzemon. Dalam bentuk baru ini, Gallantmon dapat mengalahkan Beelzemon. Dia juga menewaskan Caturamon semasa pertempuran, tetapi ia adalah Beelzemon yang menyerap datanya. Kuasa Gallantmon membuktikan aset utama dalam pertempuran melawan D-Reaper. Gallantmon memainkan peranan penting dalam menghadapi D-Reaper dan memperoleh ARMS “Grani” sebagai mod pengangkutannya. Antara kuasanya adalah “Lghtning Joust”; “Shield of the Just”; “Spiral Saber” dan banyak lagi.
Sakuyamon
Sakuyamon merupakan sejenis Digimon Shaman, terjadi setelah bergabung dengan Rika. memegang watak sebagai miko dan menjadi ejen kepada kehendak Tuhan. Merupakan Digimon kepada Rika Nonaka dari siri Digimon Tamers. Ia sentiasa membawa empat paip di tali pinggang di pinggangnya, di mana tersembunyi empat kuda-gitsune yang mempunyai ciri-ciri “Api”, “Air”, “Angin”, dan “Kilat”. Terdapat banyak kuasa disebabkan empat jenis jurusnya. Antara kuasanya yang lain seperti, “Spirit Strike”; Amaethys Mandala; Crystal Sphere dan banyak lagi!
Rosemon
Rosemon merupakan perbahan mega kepada Palmon! Merupakan Digimon Mimi, dan mendapat perubahan Mega ini di Digimon Tri. Sejenis Digimon pari-pari dan luaran nampak seperti bunga ros dan itu bermaksud dia adalah Pemaisuri kepada Bunga. Memakai “Tifaret” yang dipakai didadanya itu, merupakan simbol cinta dan kecantikan. Antara kuasanya ialah “Thorn Whipping” yang mengeluarkan eleltrik; “Rose Sphere”; “Forbidden Temptation” dan banyak lagi.
Ada lagi yang terlepas? Ini antara yang hebat kami kongsikan. Jadi sampai disini kami kongsikan untuk membuat peminat-peminat Digimon mengimbau kembali siri-siri Digimon yang lalu! Mungkin anda boleh lihat semula siri-siri ini semula di banyak laman web. Ada tak yang menjadi kegemaran anda suatu ketika dulu? Jom kongsikan antara Digimon kegemaran anda masa kecil dahulu!
Sumber: Digimon Wiki , YouTube
@gamersantaimy
Discussion about this post