Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

65 Review — Terhempas ke Bumi Penuh Dinosaur!

Maira by Maira
March 9, 2023
in Artikel, Berita, Filem, Movie Review, Movie/siri, Review
0 0
0
65 Review — Terhempas ke Bumi Penuh Dinosaur!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem 65 akhirnya tiba ke pawagam! Ia membawa anda melihat aksi hebat bersama dinosaur di Bumi pada 65 juta tahun yang lalu. Nak tahu best atau tidak filem ini? Teruskan membaca!

Plot

Cara senang untuk simpulkan filem 65 ialah ia seperti The Last of Us tetapi mempunyai dinosaur. Mills merupakan seorang driver daripada planet asing, yang mengambil tugas untuk memindahkan orang di cryostasis ke planet lain menggunakan kapal angkasa untuk menyara keluarganya. Selepas berlanggar dengan ribut asteroid, dia telah terhempas di planet berhampiran yang sebenarnya Bumi pada 65 juta tahun yang lalu, zaman di mana dinosaur masih hidup.

Seorang penumpang telah terselamat, bernama Koa yang boleh bercakap bahasa asing yang Mills tidak faham. Mereka berduanya perlu meneroka tempat itu dan terus hidup dengan segala dinosaur yang cuba makan mereka sepanjang jalan. Nasib baik Mills mempunyai shotgun bersamanya.

Sejujurnya, plot cerita ini agak cliche dan banyak dijumpai dalam banyak filem action survival. Rentaknya agak laju selepas latar belakang Mills diperkenalkan, di mana dia terus memandu kapal dan terhempas di planet Bumi.

Filem ini mempunyai banyak scene survival dan adegan klise seperti hubungan bapa dan anak. Terdapat adegan di mana dia cuba mempermainkannya, adegan di mana mereka berhenti di tepi sungai untuk berehat, adegan di mana mereka berpisah seketika dan seterusnya. Selain itu, terdapat banyak adegan untuk mengingatkan penonton bahawa Mills mempunyai keluarga dan anak perempuan yang sakit, jadi dia perlu pulang segera. Walaupun penceritaannya agak pantas, tetapi anda masih lagi dapat merasa emosi yang ingin disampaikan.

Planet penuh Dinosaur

Kita banyak melihat Adam Driver bertarung dengan dinosaur dan kami agak kagum dengan koreografinya serta bagaimana makhluk buas itu nampak ganas. Tetapi ada juga beberapa reka bentuk dinosaur yang mengingatkan kami kepada raksasa dalam Monster Hunter. CGI yang digunakan juga agak “miss and hit” kerana anda boleh lihat ia mempunyai tekstur seperti mainan getah yang membuatkan mereka kelihatan seperti makhluk asing. Kadang-kadang terfikir juga mengapa mereka ingin filem ini bertempat di Bumi. Boleh sahaja mereka hasilkan satu planet asing di mana mereka boleh reka apa sahaja jenis raksasa.

Walaupun begitu, kami betul-betul suka reka bentuk set. Hutan hujan yang dipenuhi dengan haiwan prasejarah, yang mempunyai banyak lubang mahupun gas beracun. Syabas kepada pasukan yang menghasilkan set penggambaran ini. Ia memang kelihatan seperti Bumi tetapi pada masa yang sama ia seperti bukan.

Persembahan lakonan

Sepanjang filem, hanya tiga watak sahaja yang selalu muncul. Adam Driver telah melakukan yang kerja yang terbaik dalam filem ini sebagai Mills. Cara dia membawa watak itu memang mantap.

Setakat pelakon kanak-kanak, Ariana Greenblatt juga beraksi dengan baik sebagai gadis muda Koa. Memang seperti kanak-kanak dan boleh dia boleh sampaikan bahasa asing dengan natural. Anda mungkin tidak faham apa yang dia katakan tetapi anda boleh mengetahuinya melalui emosi dan bahasa badannya.

Watak terakhir ialah Chloe Coleman sebagai anak perempuan Mills yang muncul sepanjang filem melalui imbas kembali. Sukar untuk bercakap tentangnya tanpa memberikan spoiler, tetapi dia melakukan kerja yang baik dengan skrip yang terhad.

Kesimpulan

Filem 65 seperti sebuah mengenai Adam Driver bertarung dinosaur. Tidak ada yang begitu menonjol selainnya. Aksi dan lakonan daripada pelakon memang baik tetapi yang lain-lain hanya biasa sahaja. Ditambah pula dengan penceritaan yang cliche, rasanya ramai yang boleh jangka penamatnya. Reka bentuk dinosaur pula tiada tambahan kecuali beberapa reptilia yang pelik. Jadi jangan pula anda fikir ia mempunyai kualiti dinosaur yang sama seperti Jurassic Park pula.

Jadi kalau anda hanya ingin santai sambil menonton filem aksi, boleh sahaja tonton filem ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

65

6 Score

PROS

  • Lakonan yang mantap
  • Reka bentuk set penggambaran yang bagus

CONS

  • Rentak filem yang agak laju
  • Reka bentuk dinosaur tidak begitu menarik
  • Plot yang cliche

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: 65
Previous Post

Boruto ‘Part 1’ akan tamat pada Mac 2023, nantikan projek anime baharu pada September 2023!

Next Post

WWE 2K23 ‘comeback’ dengan DLC & game mode baharu – sesi Q&A khas!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
WWE 2K23 ‘comeback’ dengan DLC & game mode baharu – sesi Q&A khas!

WWE 2K23 'comeback' dengan DLC & game mode baharu - sesi Q&A khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd