Baru-baru ini, The Pokemon Company telah saman enam syarikat China kerana terlibat dalam menghasilkan serta mengedarkan game Pokemon Monster Reissue ataupun nama lainnya “Koudaiyaoguai Fuke,”. Kalau anda ingin tahu, terdapat banyak imej Pokemon yang telah digunakan, sedikit pun tidak diubah.

Dilaporkan oleh SCMP, syarikat China itu telah beroperasi tanpa sebarang kebenaran sejak tahun 2015. The Pokemon Company, pemegang lesen francais kegemaran dunia itu telah memohon untuk mendapatkan perintah menghentikan pembangunan, pengedaran, operasi dan promosi game itu. Mereka juga menuntut ganti rugi sebanyak 500 juta yuan (anggaran RM 324 juta) malah meminta syarikat tertuduh untuk mengeluarkan permohonan maaf di laman web popular China dan media sosial seperti Sina, Tencent dan NetEase dan platform aplikasi mobile yang lain.

Untuk pengetahuan anda, game tersebut masih lagi tersedia untuk di muat turun di App Store dan beberapa aplikasi Android di China. Ia juga termasuklah platform yang dioperasikan oleh Tencent Holdings, Huawei Technologies Co dan Xiaomi. Sejak 2016, game tersebut telah meraih untung lebih daripada 300 juta yuan! Dahsyat penangan dia. Tetapi ada sebab juga mengapa game itu mendapat perhatian.

Di China, beberapa game Pokemon tidak tersedia untuk dimainkan. Jadi memang tidak pelik mengapa ada yang sanggup berlabur mainkan game rip-off ini. Tetapi nampaknya game ini juga akan tamat tidak lama lagi dan rasanya The Pokemon Company akan mula agresif dengan perbuatan cetak rompak IP mereka. Masih banyak lagi game yang menggunakan Pokemon untuk pancing pemain.
Apa pendapat anda tentangnya? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post