Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

6 game yang harus diberi perhatian pada bulan Julai 2019!

Dimulakan dengan musim baru Apex Legends.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, Origin, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
6 game yang harus diberi perhatian pada bulan Julai 2019!
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan ini mempunyai beberapa game baru menarik yang semua orang harus memberi perhatian. Bermula dengan Season 2 Apex Legends dan playable character baru bernama, Wattson. Selain itu, Dragon Quest Builders 2 berevolusi daripada game pertama dengan pelbagai ciri gameplay baru. Pada akhir bulan ini, God Eater 3 dan Marvel Ultimate Alliance 3 akhirnya tiba di Switch, manakala Wolfenstein: Youngblood menyediakan adventure co-op baru yang boleh dimainkan di semua platform-platform utama. Akhirnya, Fire Emblem: The Three Houses menandakan kepulangan yang lama ditunggu-tunggu daripada siri terkenal ini ke pelantar console, serta memperkenalkan feature baru seperti bandar-bandar yang boleh diterokai.

Apex Legends – Season 2 (2 Julai)

Musim 2 Apex Legends bermula pada awal bulan Julai, dan membawa beberapa penambahan baru kepada permainan video ini. Seperti yang umum ketahui, segala progress Battle Pass akan di-reset semula, dan pemain perlu membeli Battle Pass premium baru jika mereka mahu membuka segala item baru musim ini. Selain itu, setiap pemain boleh memperolehi Legend baru: Wattson.

Beliau adalah watak sokongan yang direka untuk mengawal dan melindungi sebuah kawasan dengan tiang elektrik, yang boleh mencederakan musuh dan buff-kan skuad anda. Penambahan baru dalam Season 2 termasuk weapon attachment baru, perubahan pada peta, energy weapon baru, dan ganjaran yang lebih berbaloi untuk kedua-dua pemain Battle Pass Premium dan percuma.

Dragon Quest Builders 2 (12 Julai)

Dragon Quest Builders 2 akan keluar di PS4 dan Switch pada pertengahan bulan ini. Permainan video ini adalah kesinambungan kepada game aksi-RPG Dragon Quest Builders, yang dikeluarkan pada 2016. Seperti yang pertama, anda mesti membina semula dunia fantasi yang diilhamkan oleh Dragon Quest, tetapi dibuat sepenuhnya daripada blok. Walaupun ia jelas mengambil inspirasi daripada permainan video seperti Minecraft, siri ini lebih menumpukan perhatian kepada jalan cerita, lengkap dengan campaign, babak cerita, boss battle dan side quest.

Anda akan menghabiskan banyak masa anda meneroka kawasan baru dalam setiap babak dan mengumpul bahan-bahan kraf. Pertempuran memainkan peranan yang asas tetapi penting. Sesuatu yang baru untuk sekuel ini ialah offline dan online multiplayer sehingga empat orang. Terdapat juga ciri permainan baru, seperti mode First-Person dan sahabat-sahabat NPC, yang sedia membantu anda membina dan bertarung bersama dalam peperangan.

God Eater 3 (12 Julai)

Dikeluarkan pada awal tahun ini untuk PS4 dan PC, God Eater 3 akan tiba di Switch pada 12 Julai. Ini adalah permainan video real-time action RPG yang berkongsi banyak kesamaan dengan siri Monster Hunter. Anda akan memilih salah satu daripada beberapa senjata legenda, yang anda akan guna dalam pertempuran menentang segerombolan raksasa besar.

Setiap kelas senjata mempunyai kebolehan pertempuran yang berbeza. Anda boleh pergi solo, atau menjadi sebahagian daripada four-man squad yang dikawal sama ada oleh AI atau pemain lain secara online, semasa anda mengambil misi dari central hub. Setiap senjata menyedut tenaga daripada raksasa dan melepaskan satu serangan Burst yang kuat. Kembali di pangkalan, anda boleh melihat sebuah sistem customization yang teliti untuk gear anda, termasuk peluru untuk senjata jarak jauh.

Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order (19 Julai)

Marvel Ultimate Alliance 3 adalah game action third-person yang memaparkan pelbagai watak-watak buku komik terkenal daripada filem Avengers dan X-Men. Anda akan memilih sebuah kumpulan yag terdiri daripada empat watak, dan pasukan anda akan mendapat bonus khas berdasarkan siapa yang dipilih. Semasa pertempuran, anda mengawal salah seorang daripada ahli pasukan manakala yang lain secara automatik akan berlawan untuk anda.

Anda boleh mengawal sesiapa sahaja di dalam pasukan anda untuk memanfaatkan kebolehan pertempuran unik setiap ahli. Watak akan memperoleh experience dan level semakin banyak anda menggunakannya, dan ini meningkatkan statistik mereka. Local dan Online Multiplayer membolehkan sehingga empat pemain untuk mengawal setiap ahli pasukan. Mereka boleh memilih daripada senarai 34-watak di dalam permainan video, yang termasuk kedua-dua Hero dan Villain yang harus berkerjasama untuk menghentikan Thanos.

Fire Emblem: The Three Houses (26 Julai)

Fire Emblem pertama untuk Switch akan muncul pada akhir bulan ini. Peminat siri RPG taktikal ini boleh mengharapkan sebuah peningkatan prestasi yang lebih baik berbanding judul-judul sebelum ini pada 3DS. Gameplay akan mengikuti struktur yang sama berasaskan grid dan turned-based, serta memberikan pemain mengawal watak-watak yang unik, dan masing-masing dengan jalan cerita mereka sendiri.The Three Houses memberi tumpuan kepada watak customizable yang ditugaskan untuk mendidik pelajar dari setiap Three Royal House di benua Fodlan.

Tidak seperti judul yang lalu dalam siri ini, para pemain boleh bebas mengembara di sekitar bandar. Sebelum ini, semua ini terhad kepada menu. Anda juga boleh menggunakan masa ini untuk merekrut watak baru untuk digunakan dalam pertempuran, bercakap dengan krew awak, customize kebolehan mereka dan menguruskan inventori anda.

Wolfenstein: Youngblood (26 Julai)

Berikutan peristiwa Wolfenstein II: The New Colossus, Youngblood meletakkan pemain dalam peranan anak perempuan kembar B. J. Blaskowicz, iaitu Jess dan Soph, untuk mencari ayah mereka di Perancis yang penuh dihuni oleh Nazi. Sebagai sebahagian daripada resistance force yang menentang Nazi Jerman, pemain akan memulakan game co-op First-Person-Shooter ini dari sebuah pangkalan bawah tanah di Paris.

Dari sana, anda boleh memilih untuk mengambil solo mission, dengan teman-AI atau dengan rakan di Online Multiplayer. Pemain akan lambat laun memperoleh kebolehan dan gear baru untuk power suit mereka, dengan menggunakan sistem leveling baru.

Keluaran permainan video pada Julai 2019:

  • Apex Legends Season 2 [PC, PS4, XBO] – July 2
  • Final Fantasy 14 Online: Shadowbringers DLC [PC, PS4] – July 2
  • Red Faction: Guerrilla Re-Mars-tered Edition [Switch] – July 2
  • Just Cause 4: Los Demonios DLC [PC, PS4, XBO] – July 3
  • Stranger Things 3: The Game [PC, PS4, XBO, Switch] – July 4
  • Wonder Blade [PC] – July 4
  • Attack on Titan 2: Final Battle [PC, PS4, XBO, Switch] – July 5
  • Sea of Solitude [PC, PS4, XBO] – July 5
  • They Are Billions [XBO] – July 5
  • Bear With Me: The Lost Robots [PC, PS4, XBO, Switch] – July 9
  • Bear With Me: The Complete Collection [PC, PS4, XBO, Switch] – July 9
  • Senran Kagura Peach Ball [Switch] – July 9
  • They Are Billions [PS4] – July 9
  • Blazing Chrome [PC, PS4, XBO, Switch] – July 11
  • Professor Lupo and his Horrible Pets [PC, Switch] – July 11
  • Dragon Quest Builders 2 [PS4, Switch] – July 12
  • God Eater 3 [Switch] – July 12
  • The Sims 4: Island Living expansion [PS4, XBO] – July 16
  • Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order [Switch] – July 19
  • Beyond: Two Souls [PC] – July 22
  • Kill La Kill – If [PC] – July 25
  • Songbird Symphony [PC, PS4, Switch] – July 25
  • Fire Emblem: Three Houses [Switch] – July 26
  • Kill La Kill – If [PS4, Switch] – July 26
  • Wolfenstein: Youngblood [PC, PS4, XBO, Switch] – July 26
  • Mutant Year Zero: Seed of Evil [PC, PS4, XBO, Switch] – July 30
  • Ace Combat 7: Skies Unknown: ADFX-01 Morgan DLC – July 31
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsDRAGON QUEST BUILDERS™ 2Fire Emblem: The Three HousesGame HangatGod Eater 3Julai 2019Marvel Ultimate Alliance 3: The Black OrderWolfenstein Youngblood
Previous Post

Crash Team Racing menerima update besar pertama pada 3 Julai 2019!

Next Post

Selami Selebihnya dengan Kehadiran Apex Legends musim kedua yang akan bermula esok!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Selami Selebihnya dengan Kehadiran Apex Legends musim kedua yang akan bermula esok!!

Selami Selebihnya dengan Kehadiran Apex Legends musim kedua yang akan bermula esok!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd