Jigen adalah salah satu antagonis utama siri Boruto, dan juga antara watak yang paling kuat setakat ini. Membuat debut pada Bab 15 Boruto, Jigen telah muncul sebagai penjahat besar terbaru dalam universe Boruto. Dengan kuasa tanpa terhad, dia mengetuai organisasi yang dikenali sebagai Kara yang dihuni oleh beberapa watak lain yang juga sama kuat.
Walaupun matlamat mereka masih tidak diketahui, organisasi Kara terus berusaha tanpa henti untuk mencapai target mereka. Karisma Jigen sememangnya telah menarik perhatian peminat tetapi watak ini masih diselubungi misteri. Banyak telah kami korek dan berikut adalah 6 PERKARA yang anda perlu tahu tentang Jigen.
Tuan Rumah kepada Otsutsuki Isshiki
Jigen adalah ketua kepada Kara, dan kerana itu, ia dijangka bahawa dia sangat kuat. Semasa latihannya bersama Kawaki, dia mempamerkan sedikit kebolehannya, tetapi selebihnya akhirnya ditonjol semasa pertarungannya menentang Naruto dan Sasuke. Ternyata, sumber kekuatan Jigen adalah Otsutsuki Isshiki. Sama seperti Uzumaki Boruto kepada Momoshiki, Jigen berfungsi sebagai tuan rumah Otsutsuki Isshiki, yang kini sedang mencari tuan rumah berbeza sejak Jigen mencapai batasnya.
Eksperimen Jigen
Jigen, bersama dengan Amado, seorang ahli lain dalam Kara, telah lama berusaha untuk mencipta tuan rumah yang sempurna untuk Otsutsuki Isshiki. Proses itu melibatkan 14 budak lelaki yang menjadi mangsa untuk Jigen menurunkan Kama miliknya. Malangnya, kuasa Kama terlalu kuat sehingga ia membunuh hampir semua budak lelaki, kecuali Kawaki dan seorang lagi budak lelaki yang tidak dinamakan. Berikutan peristiwa ini, Kawaki diisytiharkan sebagai tuan rumah seterusnya untuk Isshiki, manakala nasib seorang lagi budak lelaki itu tidak diketahui sehingga kini.
Kawalan Kama milik Jigen
Sebagai salah satu daripada tiga individu yang mempunyai akses kepada Kama, kuasa Jigen memang tidak boleh diragukan lagi, adalah sangat luas. Setakat ini, dia menjadi satu-satunya dalam keseluruhan siri untuk mengawal Kama sepenuhnya. Dalam pertarungannya melawan Naruto dan Sasuke, dia menunjukkan kekuatan menakjubkannya kepada yang paling maksimum. Selain itu, Jigen juga boleh menurunkan Kama-nya kepada orang lain. Ini adalah sesuatu yang unik kepada dirinya sahaja buat masa ini.
Abiliti Jigen
Sebagai tuan rumah Isshiki Otsutsuki, tidak menghairankan bahawa Jigen mempunyai beberapa kebolehan yang kuat. Menurut Uchiha Sasuke, Kama milik Jigen memberinya kebolehan untuk mengecilkan dirinya dan beberapa objek di sekelilingnya kepada saiz mikroskopik serta-merta. Digunakan bersama dengan batang chakra hitamnya, Jigen terbukti menjadi musuh yang sukar untuk ditangani, walaupun untuk Naruto dan Sasuke.
Sebenarnya sopan santun
Bertentangan dengan kekuatannya, Jigen sebenarnya sangat sopan jika berinteraksi dengan orang lain, tidak kisah sekutu atau musuh. Apabila bos Kara ini pergi untuk mengambil Kawaki dari rumah Naruto, dia menunjukkan rasa hormat kepada Hokage Ketujuh. Sama ada ini ialah sifat Jigen atau Otsutsuki Isshiki masih tidak diketahui. Pada masa yang sama, selepas bertarung Uzumaki Naruto dan Uchiha Sasuke, Jigen dilihat sedang menangis atas sebab-sebab tertentu lalu dilabelkan sebagai ‘menyedihkan’ oleh Isshiki.
Nombor Kara

Semua ahli anggota organisasi Kara nampaknya memiliki nombor khusus yang ditandakan pada satu bahagian di badan mereka. Jigen memegang nombor 4 di bawah mata kirinya. Maksud sebenar di sebalik nombor ini tidak diketahui tetapi ia tentu membawa makna yang penting. Seperti Jigen, Delta memegang nombor 1, manakala Kawaki memegang nombor 9. Teori menunjukkan bahawa ini mungkin juga ialah versi Boruto untuk ‘cincin Akatsuki‘. Diharapkan lebih banyak lagi akan didedahkan tentang maksud nombor ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post