Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Sebab Korang Patut Pertimbangkan Untuk Membeli Entry Gaming Laptop-Siri ASUS TUF Gaming

Silver Shroud by Silver Shroud
August 27, 2018 - Updated on March 3, 2020
in Artikel, Bimbingan, PC, Promosi, Teknologi
0 0
0
5 Sebab Korang Patut Pertimbangkan Untuk Membeli Entry Gaming Laptop-Siri ASUS TUF Gaming
Share on FacebookShare on Twitter

 

Haaa, mesti korang dah lama tak nampak aku publish apa-apa artikel kan? Maaf, aku agak sibuk kebelakangan ni. Jadi, hari ni, aku nak suruh korang fikir balik, lagi-lagi, kepada mereka yang merupakan seorang gamer dan mencari perkakasan untuk korang puaskan hati korang bermain game. Kalau korang ingat, dulu aku ada review satu laptop ASUS, tetapi dari siri TUF Gaming. Ianya merupakan ASUS TUF Gaming FX504. Jadi, jom baca artikel aku, sebab, aku nak terangkan 5 sebab yang korang patut pertimbangkan untuk memiliki Entry Gaming Laptop, lagi-lagi dari ASUS TUF Gaming ni

1.Harga yang berpatutan (harga yang diterima oleh ibu bapa)

Antara sebab pertama yang korang patut pertimbangkan adalah, harga yang bagi aku berpatutan dengan apa yang di tawarkan untuk ASUS TUF Gaming nih. Korang bayangkan, dengan dilengkapi dengan Prosessor Intel Core i7 generasi ke-8, dan juga GPU GTX 1050ti, korang bleh dapatkan dengan harga MYR 4, 399. Ianya berbaloi bagi aku. Tapi, ini adalah untuk mereka yang mempunyai bajet yang lebih, jangan risau, kepada mereka yang kekurangan bajet, korang boleh pilih option ke dua, siri yang sama, prosessor yang sama, cuma menggunakan NVIDIA GeForce GTX 1050 je. Harganya Cuma MYR 3, 299 je.

2.GPU GTX 1050 Ti amat sesuai untuk permainan game terkini

Kenapa aku cakap ianya berbaloi? Mari kita ke sebab kedua. Mesti korang rasa macam overprice kan untuk NVIDIA GTX 1050 ti kan? Haaa, pada pandangan aku, ianya sudah memadai sebab, GPU GTX 1050 ti mampu digunakan untuk memainkan game-game yang baru. Walaupun korang hanya boleh menggunakan setting medium, dan sesetengah game, boleh high, tapi, cukup untuk korang enjoy bermain game dan mengisi waktu lapang korang kan? Korang boleh usha balik artikel review yang aku tulis untuk maklumat lanjut. Aku siap buat benchmark untuk FFXV Windows Edition tau, dan skornya sangatlah memuaskan bagi aku.

3.Sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Sebab ketiga adalah, korang boleh main game on-the-go. Biasalah, dah nama pun laptop kan. Aku sangat lah sarankan kepada gamer yang merantau, contoh paling senang adalah student ataupun mereka yang bekerja kerap outstation tetapi, di dalam hati, tetap merupakan seorang gamer sejati. Walaupun sibuk belajar dan juga bekerja, korang masih boleh meluangkan mahupun mengisi masa lapang korang dengan bermain game yang korang minat dan juga terkini.

4.Sesuai untuk MOBA dan tiada lagi masalah lag.

Keempat, aku nak fokuskan kepada golongan yang merupakan kipas-susah-mati MOBA. Sebagai contoh Smite, League of Legends, dan terutama sekali, DOTA 2. Aku tahu, ramai yang suka akan bermain Game DOTA 2 ni. Bagi aku, kalau dah boleh run FFXV Windows Edition dengan smooth, DOTA 2 apatah lagi kan. Korang takkan lagi dapat rasa laggy bila bermain, dengan menggunakan tetapan yang paling tinggi. Jadi, dengan menggunakan Entry Gaming laptop dari ASUS TUF Gaming ni, korang boleh “Juke” lawan korang, dengan selamba dan bergaya.

5.Rekaan yang elegan dan Teknologi dalaman yang baru.

Terakhir sekali, sebab yang kelima adalah rekaan ASUS TUF Gaming ni. Di sini, aku nak highlightkan ASUS TUF Gaming FX504, sebab aku review kan. Dari segi rekaan, ianya nampak menarik, cool dan sleek. Yang paling aku suka adalah ADC (Anti-Dust Cooling), Overboost Fan, dan teknologi Hypercool. Ketiga-tiga ini berfungsi untuk mengekalkan suhu laptop korang supaya tidak overheat, dan memastikan prestasi laptop korang pada tahap yang optimum. Oh, lupa pulak, kalau korang nak tahu, ASUS TUF Gaming FX504 merupakan Gaming laptop yang bagi aku, ringan. Walaupun nampak tebal dan macam berat, tapi, sebenarnya, ianya ringan jika dibandingkan dengan gaming laptop yang lain.

Jadi, aku telah bagi 5 sebab untuk korang pertimbangkan Entry Gaming laptop dari ASUS siri TUF Gaming. Bagi aku, ianya memadai, mampu dimiliki dan boleh dikatakan antara gaming laptop yang murah yang ada di dalam pasaran sekarang. Oh, sebelum aku akhiri artikel aku untuk kali ini, nah, aku racun lagi korang, tolong tengok video di bawah:

Disini ada Electronic Fair kat Lazada untuk sesiapa yang nak beli laptop dengan harga yang berpatutan dan ada diskaun RM200 bagi model FX504,  bermula dari 27-29 ogos,  Tekan link disini untuk beli laptop sebelum promosi habis!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Asusgaming laptopNew ProductsPCTeknologiTUF Gaming
Previous Post

Mod Competitive Untuk Fortnite

Next Post

Tembakan rambang dalam Tournament NFL di Amerika Syarikat

Related Posts

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Acara Hands-On Nintendo Switch 2 Akan Singgah di Singapura Bermula 20 Jun
Acara

Acara Hands-On Nintendo Switch 2 Akan Singgah di Singapura Bermula 20 Jun

June 13, 2025
Next Post
Tembakan rambang dalam Tournament NFL di Amerika Syarikat

Tembakan rambang dalam Tournament NFL di Amerika Syarikat

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd