Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 perkara yang orang sentiasa Salah Faham atau Pandang Negatif tentang Genshin Impact!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2021
in Android, Artikel, Berita, Epic Store, Genre, iOS, Mobile, Open World, PC, Pendapat, PS4, PS5
0 0
0
5 perkara yang orang sentiasa Salah Faham atau Pandang Negatif tentang Genshin Impact!
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika Genshin Impact dikeluarkan buat kali pertama pada tahun 2020, ramai yang kagum selepas mendalami jalan ceritanya yang menarik sambil mengumpul “waifu” atau “husbando” kegemaran – semuanya dengan penampilan, senjata dan kemahiran unik sendiri. Hampir masuk ke tahun 2022, Genshin Impact masih dapat sambutan yang besar sehingga mengadakan kafe bertema di Malaysia. Walau bagaimanapun, beberapa gamer mungkin salah faham atau mempunyai tanggapan yang negatif bagi Genshin Impact memandangkan game ini penuh dengan kontroversi.

Di sini, saya jelaskan lima perkara yang para gamer sentiasa salah faham atau pandang negatif tentang Genshin Impact!

Penuh dengan waifu yang terlalu seksi

The ratio between 4* girls and 4* guys is looking kinda bleak... - Çukute

Disebabkan aspek pengumpulan watak dalam game ini, beberapa orang menyatakan kebimbangan tentang jumlah watak wanita yang terlalu ramai dan terlalu seksi. Dalam tinjauan di forum komuniti Mihoyo , sebanyak 26.87% responden bersetuju bahawa watak wanita dalam Genshin mempunyai pakaian yang terlalu mendedahkan. Salah seorang responden juga menyatakan yang bahagian dada untuk watak Noelle terlalu menyerlah kerana pakaian pembantu rumahnya. Pada masa yang sama, seorang lagi pengguna turut komen tentang pakaian ketat untuk watak seperti Ganyu dan Rosaria.

Walau bagaimanapun, 44.05% daripada tinjauan ini mengundi bahawa watak-watak di dalam permainan kelihatan “cantik” tanpa perlu membuat perubahan. Di Reddit, seorang gamer wanita berkongsi perspektifnya dan menjelaskan yang Genshin Impact sebenarnya sangat “female-friendly” dari segi watak dan jalan cerita. Dia bersambung kata “selain banyak watak wanita yang boleh dimainkan, jalan cerita juga menampilkan wanita dalam kedudukan yang berkuasa dan menerima banyak perkembangan.

Sistem pertempuran yang minimalis

Simultaneous vaporise and overload🤔🤔 - miHoYo Player Community

Semasa mula-mula didedahkan, ramai menganggap Genshin sebagai klon Breath of the Wild, dan menjangkakan sistem pertempuran adalah sama dan terdiri daripada campuran aksi dan misi berunsur teka-teki. Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja yang menarik tentang sistem pertempuran Genshin Impact.

Setiap watak bukan sahaja mempunyai senjata unik sendiri tetapi juga dapat mengawal elemen tertentu seperti Pyro, Geo, Hydro, Electro atau Anemo. Watak dengan elemen yang sama akan menerima bonus dalam bentuk Resonance manakala serangan elemental boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan persekitaran sekeliling. Oleh itu, pemain boleh menghasilkan pelbagai jenis kesan seperti membakar, membeku, renjatan elektrik dan sebagainya.

Jalan cerita yang membosankan

'Genshin Impact' review: it does more than just ride on the coattails of  'Breath Of The Wild'

Memandangkan ia Free-to-Play, sesetengah orang mendapat tanggapan pertama bahawa game ini tidak mempunyai jalan cerita yang menarik dan menceritakan kisah generik atau cliche di mana “hero perlu selamatkan dunia”. Walaupun betul kita perlu selamatkan dunia, ramai tidak menyangka yang kisah Genshin Impact lebih rumit dan mendalam daripada yang disangkakan walaupun dipromosikan sebagai Free-to-Play.

Ramai bersetuju di sebuah posting Reddit bahawa jalan cerita Genshin adalah salah satu sebab besar mengapa mereka tertarik pada game tersebut. Untuk sinopsis ringkas, kita akan bermain sebagai Traveler (boleh pilih antara lelaki atau perempuan) yang harus menyelamatkan kembar mereka daripada sejenis tuhan misteri di dunia bernama Teyvat. Bagaimanapun, ketibaan mereka di dunia tersebut tidak berjalan lancar dan pemain sendiri harus menyelesaikan isu-isu sambil membongkarkan sebuah konspirasi besar untuk akhirnya temui kembarnya.

Sistem Gacha yang tidak adil

Next Genshin Impact banner: release date and time | Rock Paper Shotgun

Sistem Gacha merupakan salah satu punca mengapa ramai pendang negatif pada Genshin Impact. Sudah tentu, perkataan gacha sudah cukup untuk membuat sesetengah orang takut kerana biasanya game seperti ini bergantung pada nasib untuk mendapatkan barang tertentu. Disebabkan ini, ramai menyatakan kebimbangan untuk cuba kerana anggap tidak adil.

Nasib baik, Genshin Impact mempunyai Pity System, yang pada asasnya, memastikan kita menerima watak atau senjata 5-star selepas membuat jumlah Wish tertentu. Pada masa yang sama, ada sistem tersembunyi bernama “Soft Pity” yang meningkatkan kebarangkalian untuk mendapatkan ganjaran yang bernilai. Akhir sekali adalah sistem 50/50 yang menjaminkan kita dapat watak eksklusif dalam banner terhad selepas gagal dalam percubaan sebelum.

Pendek kata, peluang kita tidaklah serendah seperti yang disangkakan, dan semua pemain, lambat atau cepat, sepatutnya akan menerima watak/senjata 5-star sendiri. Pemain cuma perlu merendahkan harapan dari sudut mengumpul watak kerana membeli pakai duit sebenar sudah tentu lebih cepat dan lebih senang.

Tak seronok untuk pemain Free-to-Play

Genshin Impact': Why this free-to-play game is big right now • l!fe • The  Philippine Star

Memandangkan setiap game perlu menjana pendapatan, ia bukanlah sepenuhnya “percuma” untuk dimainkan kerana menggunakan kaedah monetization yang menggalakkan pemain untuk membeli item dan mata wang dalam permainan. Memandangkan Genshin Impact mempunyai sistem gacha, adakah ini bermakna pemain F2P terpaksa membeli item premium untuk menjadi kuat?

Jawapannya adalah tidak. Pada teras gameplay, Genshin amat permurah hati dan memberikan jumlah mata wang premium yang banyak apabila pemain menyelesaikan misi/tugas atau mencapai tahap tertentu. Selain itu, pemain boleh memperoleh sejumlah besar sumber untuk upgrade watak/senjata tanpa memerlukan sesi grinding yang terlalu melecehkan dari awal hingga pertengahan game.

Untuk mana-mana game, grinding adalah perkara wajib di end game – itu memang tidak boleh dielakkan tetapi sekurang-kurangnya pengalaman untuk menikmati jalan cerita atau menguatkan watak tidak dihalang 100%. Akhirnya, ia masih bergantung kepada cara anda main. Jika bermain secara santai, memang seronok. Kalau anda ingin setiap watak 5-star atau ingin menjadi kuat dalam tempoh masa yang pendek, itu pasti menjadi masalah kalau anda ikut cara F2P.


Itu sahaja yang saya ingin jelaskan tentang perkara-perkara yang para gamer sentiasa salah faham atau pandang negatif tentang Genshin Impact. Apa pendapat anda? Jom kongsikan pendapat di ruang komen.

Muat turun di sini
Genshin Impact
Publisher: miHoYo
Developer: miHoYo
Release Date: 2020-09-28
Android, Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5
Genshin Impact adalah permainan video permainan peranan bebas-permainan, bebas permainan fantasi berasaskan gacha yang dikembangkan dan diterbitkan oleh studio pengembangan permainan miHoYo. Ini adalah permainan kedua dari miHoYo yang menampilkan IP asli, yang pertama adalah Gun GirlZ. Kini ia hadir untuk mobile, PC dan PS4 dan juga boleh cross-play! 
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: analisisGenshin ImpactnegatifPendapat
Previous Post

Anime Miss Kobayashi’s Dragon Maid juga kena Censored di Bilibili!

Next Post

Ini 8 Filem Anime Terbaik 2021 menurut Rotten Tomatoes!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Ini 8 Filem Anime Terbaik 2021 menurut Rotten Tomatoes!

Ini 8 Filem Anime Terbaik 2021 menurut Rotten Tomatoes!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd