Tidak disangkal lagi bahawa game mobile merupakan satu pasaran yang besar di Malaysia. Dengan pelbagai game mobile yang dilancarkan, sudah tentu ada beberapa game yang berjaya menangkap perhatian ramai pemain mobile. Kami telah melihat senarai game mobile yang paling banyak dimuat turun oleh pemain-pemain di Malaysia pada 2023. Ingin tahu game mobile yang paling banyak dimuat turun gamer Malaysia sepanjang 2023? Jom kita lihat data tersebut bersama-sama!
Untuk pengetahuan anda, data yang kami akan tunjukkan nanti dirujuk melalui laman web AppMagic, sebuah servis untuk meneliti pasaran aplikasi mobile.
1. MONOPOLY GO! — 4,937,810 muat turun

Seperti namanya, MONOPOLY GO! berjaya menarik perhatian ramai pemain dengan lebih daripada 4 juta muat turun sejak pelancarannya pada April 2023! Bukan setakat itu sahaja, Malaysia antara negara tertinggi yang memuat turun game ini.
2. Mobile Legends: Bang Bang – 3,061,309 muat turun

Di tempat kedua, tidak lain tidak bukan game Mobile Legends: Bang Bang dengan lebih daripada 3 juta muat turun! Game ini sememangnya popular dalam kalangan gamer mobile Malaysia. Game ini juga banyak dipertandingkan daripada pelbagai peringkat!
3. Roblox – 2,819,318 muat turun

Satu lagi game yang banyak dimainkan oleh gamer mobile adalah Roblox. Didominasi oleh ramai pemain-pemain muda, Roblox telah dimuat naik lebih daripada 2 juta kali! Terdapat pelbagai jenis game yang tersedia dalam Roblox untuk dimainkan. Jadi tidak peliklah jika ramai kanak-kanak menyukainya.
4. Candy Crush Saga – 1,836,835 muat turun

Masih ramai lagi pemain yang setia bermain game Candy Crush Saga. Kami pasti ia juga berjaya menarik pemain baru juga. Pada tahun lalu, Candy Crush Saga telah dimuat turun sebanyak lebih 1.8 juta oleh pengguna mobile Malaysia.
5. PUBG Mobile – 1,809,651 muat turun

Di belakang game Candy Crush Saga, PUBG Mobile merupakan game mobile kelima yang paling banyak dimuat turun di Malaysia. Game shooter ini masih lagi popular dalam kalangan gamer Malaysia malah kejohanan e-sukan game ini juga masih hangat di negara ini.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda semua. Game mobile mana yang anda muat turun dan paling banyak main pada 2023? Boleh kongsikannya di ruang komen! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post