Walaupun pada dasarnya ialah sebuah konvensyen anime, Anime Expo adalah sebuah event untuk meraikan permainan video juga. Tahun ini tidak juga terkecuali, kerana pelbagai studio ingin menayangkan permainan video akan datang mereka di Dewan Pameran konvensyen tersebut.
Senarai berikut ialah antara game kegemaran saya yang boleh dimainkan (atau mempunyai gameplay untuk tontonan umum). Jika mana-mana game ini berjaya menarik minat anda, korang tidak perlu menunggu lama untuk memainkannya. Kebanyakan game yang disenaraikan disenarai ini dijadualkanuntuk keluar sebelum akhir tahun 2019, dengan satu game dijangka untuk pelancaran 2020. Jadi, mari kita mulakan!
Granblue Fantasy Versus
Granblue Fantasy akhirnya datang ke barat, tetapi sebagai sebuah fighting game bernama Granblue Fantasy Versus dan bukan sebuah mobile RPG. Seperti Dragonball FighterZ, Granblue Fantasy Versus juga dihasilkan oleh Arc System Works.
Versus menggunakan sistem kombo yang agak sama seperti game fighting 2D lain oleh Arc System Works– tetapi Cygames membuat Versus lebih mudah untuk belajar dan akses bagi pemain baru untuk belajar. Walau bagaimanapun, ternyata Versus mempunyai daya tarikan complex sendiri dengan sistem special skill setiap fighter untuk membuat pemain lama terus bermain. Selain itu, ciri-ciri terbaik Granblue Fantasy juga boleh didapati di Versus, seperti memenuhi fighting game ini dengan watak-watak menarik, serangan yang gila epik, dan soundtrack fenomenal oleh komposer terbaik.
Granblue Fantasy Versus dijangka akan keluar pada tahun 2019.
Kill La Kill: IF
Sebuah Anime Expo yang cemerlang untuk Arc System Works, kerana developer ini juga mempunyai Kill la Kill: IF untuk dipamerkan bagi peminat bermain. Arena fighting game ini sebenarnya berdasarkan anime terkenal, Kill la Kill, tetapi game ini menceritakan jalan cerita siri anime tersebut daripada perspektif Satsuki Kiryuin.
Kedua-dua barisan pelakon suara asal Jepun dan Inggeris telah kembali untuk menyuarakan watak masing-masing, dan permainan ini mempunyai sistem permainan yang mudah agar pemain baru join sekali berseronok. Kebanyakan watak-watak mudah dikawal, dan untuk menerima content atau berita baru tentang Kill la Kill memang seronok dan berbaloi sekali!
Kill la Kill: IF dijangkakan akan keluar untuk PS4, Nintendo Switch, dan PC pada 26 Julai.
AI: The Somnium Files
Sebuah game action-adventure misteri, AI: The Somnium Files menangani banyak tema yang berbeza. “AI” di dalam tajuk sebenarnya adalah perkataan Jepun “ai” yang bermaksud “mata” atau “I” serta “cinta”. Jadi game ini adalah tentang Artificial Intellingence, tetapi ia juga bermaksud makna tersembunyi yang tidak boleh dilihat oleh mata manusia, mengenali diri sendiri, dan meneroka pelbagai definisi cinta yang berbeza.
Game ini meletakkan anda di peranan seorang detektif yang dilengkapi dengan mata siber yang mengandungi sebuah artificial intelligence. Anda ditugaskan untuk memburu ancaman yang mencuri bebola mata orang awam, dan juga mempunyai mesin khas yang membolehkan anda memasuki memori dan mimpi peribadi saksi atau suspek untuk membongkarkan kebenaran. Permainan ini sepenuhnya ditentukan oleh pilihan pemain, dan direka dengan bijak di mana setiap ending yang berbeza adalah canon dalam cara mereka sendiri.
AI: The Somnium Files dijangka akan keluar untuk PS4, Nintendo Switch, da PC opada September 17.
Tales Of Crestoria
https://www.youtube.com/watch?v=kdzxfUsFiQk
Sebelum Tales of Arise, siri RPG Tales akan menyambung warisan mereka tahun ini dengan Tales of Crestoria. Tema permainan Tales kali ini adalah dosa dan jenayah, serta memaparkan senarai watak yang dianggap sebagai penjahat di dunia mereka sendiri.
Dalam Tales of Crestoria, korang bermain sebagai Kanata, yang tinggal di dunia di mana semua orang harus memakai vision orb. Melalui vision orb, setiap rakyat yang membuat jenayah akan dinilai melalui undian. Ketika Kanata terpaksa melanggar peraturan untuk menyelamatkan Misella, seorang gadis yang beliau amat cinta, dan Misella juga terpaksa melakukan perbuatan yang sama untuk menyelamatkan Kanata, kini mereka dilabelkan sebagai pelanggar undang-undang. Mereka melarikan diri daripada hukuman dan terserempak dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai pelanggar undang-undang paling terkenal di dunia, yang menasihati mereka bahawa mereka boleh mengalahkan dosa mereka atau membiarkan dosa itu memakan mereka. Melalui dosa, mereka telah menemui kuasa yang lebih kuat yang mampu mengubah dunia.
Tales of Crestoria dijangka akan keluar untuk peranti mobile pada tahun 2019.
Robotics;Notes Elite
Kebanyakkan peminat game visual novel hanya tahu satu judul dalam siri Science Adventure, iaitu Steins; Gate. Kedua-dua Chaos;Head dan Robotics;Notes sebenarnya agak bagus juga, dan akhirnya, Robotics;Notes mendapat versi Bahasa Inggeris, yang dikenali sebagai Robotics;Notes Elite pada tahun depan.
Seperti permainan video Science Adventure yang lain, Robotics;Notes mempunyai banyak protagonis dan jalan cerita bercabang yang ditentukan oleh pilihan pemain. Dalam Robotics;Notes, sekumpulan pelajar cuba untuk mengetahui jika sebuah robot pertempuran gergasi benar-benar boleh dibina seperti yang dilihat dalam anime dan manga. Tindakan mereka akhirnya membawa mereka bertemua watak-watak daripada Steins;Gate dan Chaos;Head.
Robotics;Notes telah dikeluarkan di Jepun untuk PS4, Nintendo Switch, PlayStation Vita, Xbox 360, dan PS3 manakala pelancaran antarabangsa untuk Robotics;Notes Elite dijangakan pada tahun 2020 untuk PS4, Nintendo Switch, dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post