Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

5 Game AAA ini makin gempak dimainkan bersama MSI GS66!

Bersama spec Nvidia RTX 2080 dengan Max Q memang bukan kalen-kalen!

Nyny.A by Nyny.A
December 21, 2020
in ARPG, Artikel, Battle Royale, Berita, Genre, Laptop, PC, Pendapat, Teknologi, Tinjauan & analisis
0 0
0
5 Game AAA ini makin gempak dimainkan bersama MSI GS66!
Share on FacebookShare on Twitter

PKP makin lama makin bertambah harinya, ialah dengan pandemik COVID-19 yang belum reda lagi ini, banyak syarikat dan pelajar-pelajar masih perlu duduk di rumah dengan bekerja dan belajar melalui dalam talian. Musim sebegini, jika nak membeli satu set PC nanti bila di rumah sahaja boleh digunakan, jadi terasa lebih berbaloi pula jika membeli Laptop, lagi-lagi laptop gaming! Kan kalau dah penat belajar atau buat kerja boleh luangkan masa dengan bermain game pula!

Sejak dua menjak ini, sederet pula game AAA yang hadir dan buat kita teringin nak mainkan, sebab dari segi grafik tu memang kaw-kaw nampak padu. Tapi makin menggila grafik yang tinggi semestinya kita memerlukan spesifikasi hebat kalau nak cari laptop tu, jadi kami mencuba 5 permainan AAA terkini pada laptop gaming terbaru MSI iaitu MSI GS66 10SGS-072.

Assassin’s Creed Valhalla (ARPG)

Assassin’s Creed Valhalla adalah permainan video Aksi RPG yang di kembangkan oleh Ubisoft Montreal dan diterbitkan oleh Ubisoft. Ini adalah ansuran utama kedua belas dan pelepasan kedua puluh dua dalam siri Assassin’s Creed dan penerus Assassin’s Creed Odyssey 2018. Baru-baru ini, Assassin’s Creed Valhalla turut menjadi pelancaran siri Assassin’s terbesar dalam sejarah. Sebelum ini kami turut telah memberi ulasan penuh untuk permainan ini dan memberikannya 8/10 mata keseluruhan.

Sebelum bermain di GS66 ini, teringat pula dengan keindahan ukiran GE66 Raider edisi terhad Valhalla yang kami unboxing sebelum ini. Okay abaikan, kita teruskan dengan ujian permainan ARPG ini di GS66 ini. Secara keseluruhan kami memang tergoda sangat dengan grafik yang begitu nampak realistik pada permainan ini. Perjalanan kami disekelilingi alam fauna kesemuanya nampak realistik. Tidak sia-sia menggunakan tetapan “high grafik” berserta RTX on untuk permainan ini!

Melawan musuh tiada masalah dengan lagging, FPS bergerak di antara 50-80 memang nyata stabil. Bukan itu sahaja, Assassin’s Creed Valhalla turut mempunyai Benchmark tersendiri untuk kami cuba, sampaikan hasil ujian tersebut memuaskan untuk kami!

Call of Duty Black Ops Cold War (FPS)

Call of Duty: Black Ops Cold War baru-baru ini hadir dengan memakan memori yang tinggi oleh kerana tetapan dan banyak mod yang tersedia untuk dimainkan. Black Ops Cold War adalah permainan video FPS 2020 yang dilancarkan November lalu dan dikembangkan oleh Treyarch dan Raven Software serta diterbitkan oleh Activision.

Mempunyai mod yang banyak seperti termasuk mod Campaign, Multiplayer, Zombie dan juga Warzone sememangnya memerlukan kuasa yang tinggi dari sesebuah peranti, disebabkan kita tidak menggunakan set PC, tetapi dengan GS66 bersama spesifikasi yang hebat mampu membawa permainan ini sehingga memuaskan hati kami. Mungkin ada permasalahan dengan mod Multiplayer, tetapi dengan Killer AX1650 , WiFi 6, sambungan talian kami sentiasa terhubung. 

Tiada sebarang kelewatan atau lagging ketika bermainan Black Ops Cold War, kami masih dapat menembak musuh mengikuti akurasi yang tepat sekali dengan perjalanan FPS dari 60-100 dibawah tetapan grafik tertinggi. Jujur, memang seronok bermain permainan ini, anda juga boleh baca semula review kami sebelum ini untuk Black Ops Cold War!

Cyberpunk 2077 (ARPG)

Masih belum reda kehangatannya, baru sahaja dilancarkan awal Disember ini, memerlukan grafik yang sangat hebat untuk permainan ini memuaskan. Tetapi, banyak tohmahan terjadi pada permainan ARPG  yang di kembangkan dan diterbitkan oleh CD Projekt Red ini. Ini kerana apa yang dijanjikan tidak memuaskan ramai peminat yang menantikan permainan ini selama bertahun-tahun. Tetapi, kami memuji pihak CD Projekt Red yang memberi penyelesaian dengan mengganti bayaran balik pada pemain yang tidak puas hati untuk permainan ini.

Cerita ini berlaku di Night City, dunia terbuka yang terletak di alam semesta Cyberpunk. Walaupun tidak sempurna permainan ini dengan banyak bug yang berlaku contohnya seperti “gelas wain berterbangan” ketika kami main, kami masih puas hati kerana FPS dan grafik Cyberpunk 2077 paling padu dalam ujian kami ini! Alang-alang itu, kami pun dah berikan ulasan awal pandangan permainan ini sebelum ini.

Yup, FPS berjalan diantara 60-120! Menakjubkan betul tidak? Walaupun dalam tetapan tertinggi untuk grafik, sememangnya tiada masalah dengan lagging langsung! Alam Cyberpunk yang penuh lampu neon memang memuaskan hati kami, rupa watak pun nampak sangat realistik!

Immortal Fenyx Rising (Action/Open World)

Immortal Fenyx Rising adalah sebuah permainan mitologi dunia terbuka oleh Ubisoft yang dilancarkan juga pada awal Disember lalu. Immortals Fenyx Rising menceritakan kisah “good vs evil” yang sering kita dengar, tetapi ia tidak terlalu fokus pada nada serius atau tragedi. Ia memilih komedi sebagai elemen utama, dan mengambil unsur mitologi Yunani untuk memberi naratif yang lebih ringan. Dialog di dalam permainan sering bergurau tentang mitos-mitos lama, menceritakan semula watak-watak legenda dalam cara yang menghiburkan, dan sentiasa merujuk budaya terkini.

Menggunakan tetapan tertinggi pada paparan 15.6″ dengan skrin IPS 1920×1090 dan 300Hz ini, setiap kali lihat pemandangan dari gunung, ke pohon ke air, semuanya nampak realistik walaupun permainan ini agak ke kartun sedikit berbanding permainan lain yang kami cuba kali ini. Walaupun kartun, setiap inci rupa memang nampak sangat teliti.

Perjalanan FPS bergerak di antara 60-80, ya tiada lagging okay terutama ketika melawan musuh! Walaupun bertarung di bawah sejumlah besar musuh, kami merasa terkejut dengan prestasi yang ditunjukkan oleh semua kemahiran yang luar biasa.

Watch Dogs: Legion (Aksi/ Open World)

Watch Dogs adalah permainan terakhir yang anda boleh mainkan dalam pilihan AAA kali ini, permainan yang mampu menggunakan ultra 4K dengan NVIDIA GeForce RTX 30 juga refleksi ray tracing dengan NVIDIA DLSS sememangnya memerlukan tetapan yang padu untuk meneruskan permainan ini.

Watch Dogs: Legion ditetapkan dalam versi negara London masa depan, di mana masyarakat berada di ambang kehancuran. Dengan latar belakang ini, London mengalami serangan pengeboman besar-besaran yang menimbulkan ketakutan di kalangan semua warga London. Serangan pengganas adalah titik kilat yang menjatuhkan London ke dalam kekacauan. Selepas itu, para otoriter dan oportunis telah mengisi kekosongan yang di tinggalkan oleh pemerintah yang tidak berkesan dan mereka mengeksploitasi keadaan untuk keuntungan mereka sendiri.

Permainan ini sememangnya sangat memerlukan grafik yang terbaik untuk pengalaman terbaik. Jika grafik tinggi tetapi alatan tidak menyokong, sudah tentu Watch Dogs akan menjadi lagging. Maka ada sesetengah kita harus berpuas hati dengan tetapan serdahana. Watch Dogs berjalan di FPS antara 20-70. Setiap ketelitian permainan memang kami sangat puji, Watch Dogs antara permainan yang kami sangat kagum dengan realistiknya. Nak tahu ulasan penuh Watch Dogs Legion kami? Baca sini meh.


Seperti yang dinyatakan di atas kami menggunakan MSI Stealth GS66 10SGS-072 FHD IPS Laptop Gaming bersaiz 15.6″ dengan 300Hz. Kekuatan menjalankan kelima-lima permainan AAA di atas sememangnya memuaskan dalam Laptop gaming ini. Nak tahu spesifikasi dan serba sedikit ujian benchmark laptop ini? Jom usha di bawah;

MSI Stealth GS66 10SGS-072

GS66 Stealth adalah laptop gaming yang mantap dilengkapi dengan pemproses Intel Core i9 Gen ke-10 dan grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER MAX-Q. Untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi, Cooler Boost Trinity + eksklusif baru dengan bilah nipis 0.1 mm untuk memaksimumkan aliran udara. Bateri besar 99.9Whr dan paparan kadar penyegaran 300Hz yang cepat menyala memastikan produktiviti dan permainan lancar yang tidak dapat dihentikan.

Reka bentuk hitam matte dan berprofil rendah GS66 Stealth serba baru sesuai dengan Stealth, yang membolehkan anda menyatu dalam keadaan apa pun. Casis logam hitam yang di perkuat menjadikannya lebih  sempurna untuk kegunaan harian. GS66 Stealth bukan sahaja laptop gaming mudah alih yang hebat tetapi juga alat penting yang memberikan keyakinan yang tidak jelas dalam dunia permainan dan profesional.

Nak tahu kenapa grafik makin mantap dalam semua permainan AAA ini? Sudah tentu siri SUPER GeForce RTX yang baru mempunyai lebih banyak teras dan jam yang lebih tinggi untuk prestasi pantas SUPER berbanding dengan GPU generasi sebelumnya. Lihat permainan anda menjadi hidup dengan jejak sinar SUPER-cepat; memberikan bayangan, pantulan, dan pencahayaan yang tepat secara fizikal. Gunakan Tensor Cores untuk pemprosesan AI yang hebat. Memori yang maju, peningkatan prestasi, dan teknologi pemprosesan menjadikan GPU ini sebagai senjata sempurna untuk pemain tegar. Dapatkan kekuatan SUPER anda.

Sedikit ujian Benchmark yang kami cuba semestinya membuat anda sendiri rasa kagum dengan keputusannya:

 

1 of 5
- +

Awesome sangat kan? Di bawah adalah spesifikasi ringkas MSI Stealth GS66 10SGS-072:

CPU / Pemproses Intel® Core™ i9-10980HK Processor
Memori 2GB (16GB*2) DDR4 2666MHz Ram
Slot Memori 2 Slots Max 64GB
Storan 2TB NVMe PCIe Gen3x4 SSD
Graphic Card NVIDIA® GeForce RTX2080 Super Max-Q, GDDR6 8GB
Paparan/ Resolusi 15.6″ FHD (1920*1080), 300Hz Thin Bezel, close to 100%sRGB
Kamera IR HD type (30fps@720p)
Operation System Windows 10 Home
Audio & Video  2x 2W Speaker
Network / Connectivity Technology Killer Gb LAN 802.11 ax Wi-Fi 6 + Bluetooth v5.1
Keyboard Per-Key RGB Backlight Keyboard
Interface 1x RJ45; 1x (4K @ 60Hz) HDMI; 1x Type-C (USB3.2 Gen2 / DP / Thunderbolt™3) with PD charging; 1x Type-C USB3.2 Gen2; 3x Type-A USB3.2 Gen2; 1 Mic-in/Headphone-out Combo Jack
Bateri 4-Cell Li-Polymer 99.9Whr
Dimensi (LXDXT) 358.3 x 248 x 18.3-19.8 mm
Berat 2.1 kg
Remark 2 Years MSI Warranty
Harga RM16,999.00

Mantap kan pilihan kali ini? Sememangnya dah bersedia untuk anda yang perlu bawa kemana sahaja laptop gaming ini. Pada anda yang ingin tahu lebih lanjut mengenai MSI Stealth GS66 10SGS-072, jangan lupa ke ulasan kami sebelum ini dan di laman web rasmi MSI. 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin's Creed ValhallaCall of Duty: Black Ops Cold WarCyberpunk 2077Immortals Fenyx RisingMSI GamingMSI Stealth GS66MSI Stealth GS66 10SGS-072Watch Dogs Legion
Previous Post

Kemaskini terbaru COD MOBILE membawa Winter War dengan perrubahan yang banyak!

Next Post

Raikan akhir tahun dengan permainan game browser Ubisoft ini!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Next Post
Raikan akhir tahun dengan permainan game browser Ubisoft ini!

Raikan akhir tahun dengan permainan game browser Ubisoft ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd